Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 131 yassin 13-83

Daurah tafsir 2016 sesi 131 yassin 13-83
Ayat 13
وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلًا أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ
إِذْ جَاءَهَا الْمُرْسَلُونَ

Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu
ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
👉Siapakah mereka itu?
Berselisih pendapat:Anbiya atau umat yg khusus pengikut2 akhir nabi Isa.

Ayat 14
إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ
فَكَذَّبُوهُمَا
فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ
فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُمْ مُرْسَلُونَ

Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya;
kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga,
lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
👉

Ayat 15
قَالُوا
مَا أَنْتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا
وَمَا أَنْزَلَ الرَّحْمَٰنُ مِنْ شَيْءٍ
إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ

Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga,
dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
👉

Ayat 16
قَالُوا
رَبُّنَا يَعْلَمُ
إِنَّا إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ

Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
👉

Ayat 17
وَمَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".

Ayat 18
قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ ۖ
لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا
لَنَرْجُمَنَّكُمْ
وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ

Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu.
Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu),
tentulah kami akan merejam kamu
dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
👉

Ayat 19
قَالُوا
طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ ۚ
أَئِنْ ذُكِّرْتُمْ ۚ
بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)?
(Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
👉Malang sebab mereka menolak apa yg dibawa.

Ayat 20
وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَىٰ
قَالَ
يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari,
lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
👉

Ayat 21
اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا
وَهُمْ مُهْتَدُونَ

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan,
sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk".
👉

Ayat 22
وَمَا لِيَ لَا أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku,
dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
👉

Ayat 23
أَأَتَّخِذُ مِنْ دُونِهِ آلِهَةً
إِنْ يُرِدْنِ الرَّحْمَٰنُ بِضُرٍّ
لَا تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا
وَلَا يُنْقِذُونِ

"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah?
(Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya,
mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku,
dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
👉

Ayat 24
إِنِّي إِذًا
لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

Ayat 25
إِنِّي آمَنْتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ

"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.

Ayat 26
قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ ۖ
قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ

(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga".
Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui
👉Lelaki itu telah dibunuh dan telah masuk syurga.

Ayat 27
بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي
وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ

"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku,
serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".
👉

Ayat 28
وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَىٰ قَوْمِهِ
مِنْ بَعْدِهِ
مِنْ جُنْدٍ مِنَ السَّمَاءِ
وَمَا كُنَّا مُنْزِلِينَ

Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka),
dan tidak perlu Kami menurunkannya.
👉

Ayat 29
إِنْ كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً
فَإِذَا هُمْ خَامِدُونَ

(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat),
maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
👉

Ayat 30
يَا حَسْرَةً عَلَى الْعِبَادِ ۚ
مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ رَسُولٍ
إِلَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul
melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
👉

Ayat 31
أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنَ الْقُرُونِ
أَنَّهُمْ إِلَيْهِمْ لَا يَرْجِعُونَ

Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka?
Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).
👉

Ayat 32
وَإِنْ كُلٌّ لَمَّا جَمِيعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُونَ

Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
👉

Ayat 33
وَآيَةٌ لَهُمُ الْأَرْضُ الْمَيْتَةُ
أَحْيَيْنَاهَا
وَأَخْرَجْنَا مِنْهَا حَبًّا
فَمِنْهُ يَأْكُلُونَ

Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia
serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian,
maka daripada biji-bijian itu mereka makan.
👉

Ayat 34
وَجَعَلْنَا فِيهَا جَنَّاتٍ
مِنْ نَخِيلٍ
وَأَعْنَابٍ
وَفَجَّرْنَا فِيهَا مِنَ الْعُيُونِ

Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma
dan anggur,
dan kami pancarkan padanya beberapa matair,
👉

Ayat 35
لِيَأْكُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ
وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ ۖ
أَفَلَا يَشْكُرُونَ

Supaya mereka makan dari buah-buahannya
dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka;
maka patutkah mereka tidak bersyukur?
👉

Ayat 36
سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا
مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ
وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi,
atau dari diri mereka,
ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
👉

Ayat 37
وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ
فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ

Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya,
maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
👉
Ayat 38
وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ
ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
👉

Ayat 39
وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ
مَنَازِلَ
حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ

Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat,
sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
👉

Ayat 40
لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا
أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ
وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan,
dan malam pula tidak dapat mendahului siang;
kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
👉

Ayat 41
وَآيَةٌ لَهُمْ
أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ

Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah,
Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
👉

Ayat 42
وَخَلَقْنَا لَهُمْ مِنْ مِثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ

Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
👉Termasuk kapal2

Ayat 43
وَإِنْ نَشَأْ نُغْرِقْهُمْ
فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ
وَلَا هُمْ يُنْقَذُونَ

Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka;
(kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka,
dan mereka juga tidak dapat diselamatkan,
👉

Ayat 44
إِلَّا رَحْمَةً مِنَّا
وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ

Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat
dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
👉

Ayat 45
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّقُوا مَا بَيْنَ أَيْدِيكُمْ
وَمَا خَلْفَكُمْ
لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini),
dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya).
👉

Ayat 46
وَمَا تَأْتِيهِمْ مِنْ آيَةٍ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِمْ
إِلَّا كَانُوا عَنْهَا مُعْرِضِينَ

Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka
melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya
👉

Ayat 47
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ
قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
لِلَّذِينَ آمَنُوا
أَنُطْعِمُ
مَنْ لَوْ يَشَاءُ اللَّهُ أَطْعَمَهُ
إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu",
berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): "
Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata".
👉Syikayah.

Ayat 48
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا الْوَعْدُ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu?
Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!",
👉Syikayah lagi.

Ayat 49
مَا يَنْظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً
تَأْخُذُهُمْ
وَهُمْ يَخِصِّمُونَ

Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
👉

Ayat 50
فَلَا يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةً
وَلَا إِلَىٰ أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ

Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya),
dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
👉

Ayat 51
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ
فَإِذَا هُمْ مِنَ الْأَجْدَاثِ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يَنْسِلُونَ

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati;
apabila berlaku yang demikian)
maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
👉

Ayat 52
قَالُوا
يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا ۜ ۗ
هَٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ
وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata:
Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): "
Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
👉saat mereka Dah sedar adanya Qiamat

Ayat 53
إِنْ كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً
فَإِذَا هُمْ جَمِيعٌ
لَدَيْنَا مُحْضَرُونَ

Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja,
maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
👉Tiupan sangkakala yg ke2.

Ayat 54
فَالْيَوْمَ
لَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا
وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun,
dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
👉Tabsyir.
Pemegang gran syurga

Ayat 55
إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ
الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ
فَاكِهُونَ

Sesungguhnya penduduk Syurga
pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;
👉pemegang Grant syurga

Ayat 56
هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلَالٍ
عَلَى الْأَرَائِكِ مُتَّكِئُونَ

Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh,
sambil duduk berbaring di atas pelamin;
👉

Ayat 57
لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ
وَلَهُمْ مَا يَدَّعُونَ

Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan,
dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
👉

Ayat 58
سَلَامٌ
قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ

(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
👉

Ayat 59
وَامْتَازُوا الْيَوْمَ
أَيُّهَا الْمُجْرِمُونَ

Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini,
hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
👉Boleh jadi dari satu keluarga atau suami isteri

Ayat 60
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ
يَا بَنِي آدَمَ
أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ ۖ
إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,
supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
👉Sembah syaitan bermakna ikut ajaran dia.
Syaitan lambang yg buruk bg orang arab

Ayat 61
وَأَنِ اعْبُدُونِي ۚ
هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ

"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
👉

Ayat 62
وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيرًا ۖ
أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ

"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu;
(setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
👉

Ayat 63
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ
الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
👉Penghinaan bg orang kafir.

Ayat 64
اصْلَوْهَا الْيَوْمَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

"Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"
👉

Ayat 65
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ
وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ
بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi
tentang apa yang mereka telah usahakan.
👉

Ayat 66
وَلَوْ نَشَاءُ
لَطَمَسْنَا عَلَىٰ أَعْيُنِهِمْ
فَاسْتَبَقُوا الصِّرَاطَ
فَأَنَّىٰ يُبْصِرُونَ

(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki,
Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata,
sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui).
(Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
👉

Ayat 67
وَلَوْ نَشَاءُ
لَمَسَخْنَاهُمْ
عَلَىٰ مَكَانَتِهِمْ
فَمَا اسْتَطَاعُوا مُضِيًّا وَلَا يَرْجِعُونَ

(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki,
kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya;
maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.
👉Takhwif dunia

Ayat 68
وَمَنْ نُعَمِّرْهُ
نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ ۖ
أَفَلَا يَعْقِلُونَ

Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya,
Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas)
maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
👉Zajrun.
Kembali seperti permulaan نُنَكِّسْهُ

Ayat 69
وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ
وَمَا يَنْبَغِي لَهُ ۚ
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ
وَقُرْآنٌ مُبِينٌ

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya,
dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran
dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
👉jawapan kepada tuduhan  kepada nabi seorang penyair.

Ayat 70
لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا
وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِينَ

Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya),
dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.
👉Inabah=hati yg hidup atau ingin kembali kepada allah

Ayat 71
أَوَلَمْ يَرَوْا
أَنَّا خَلَقْنَا لَهُمْ
مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا
أَنْعَامًا فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan,
bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak,
di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
👉

Ayat 72
وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ
فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ
وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ

Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka;
maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka,
dan sebahagian lagi mereka makan.
👉

Ayat 73
وَلَهُمْ فِيهَا
مَنَافِعُ
وَمَشَارِبُ ۖ
أَفَلَا يَشْكُرُونَ

Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman;
maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
👉Zajrun.

Ayat 74
وَاتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ آلِهَةً
لَعَلَّهُمْ يُنْصَرُونَ

Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah,
(dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
👉Sedang mereka juga akan mengadap Allah SWT.

Ayat 75
لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ
وَهُمْ لَهُمْ جُنْدٌ مُحْضَرُونَ

Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka,
sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.
👉Musyrikin Mekah mengambilnya sebagai syafaat.

Ayat 76
فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ ۘ
إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ
وَمَا يُعْلِنُونَ

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
👉Tasliyah

Ayat 77
أَوَلَمْ يَرَ الْإِنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ
فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
👉

Ayat 78
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا وَنَسِيَ خَلْقَهُ ۖ
قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ

Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"

Ayat 79
قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنْشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ ۖ
وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ

Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya;
dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

Ayat 80
الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ مِنَ الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَارًا
فَإِذَا أَنْتُمْ مِنْهُ تُوقِدُونَ

"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".
👉
Ayat 81
أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِقَادِرٍ
عَلَىٰ أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ ۚ
بَلَىٰ وَهُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu?
Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa!
Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
👉
Ayat 82
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا
أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu,
hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
👉

Ayat 83
فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu,
dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan