Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 166 Al hujurat 1-8

Daurah tafsir 2016 sesi 166 Al hujurat 1-8
049.Surah Alhujjurat
Surah hujurat adalah surah untuk memberitahu adab2 dalam negara islam.
Selepas haamin 7adalah surah qital,surah beritahu tentang peperangan
setelah memberitahu aqidah tauhid jelas2,tinggal lagi berperang jika tidak dengar lagi dan bila berperangan islam menang surah fath.
Bila menang terbentuk negara perlu ikut peraturan undang2 negara islam.
Ini surah hujurat tentang peraturan negara islam.
Penjelasan tauhid,ajak menerima tauhid,jika engkar perangi kemudian jika mereka kalah mereka ditawan dan dapat negara islam kena ikut peraturan negara islam
Surah ini terbahagi kepada dua

Bahagian pertama
Ayat 1-13
Ada 7 undang2 negara islam.

Bahagian ke2
Manakala ayat 14-18 adalah syikayah mengenai sifat2 setengah orang islam .

Undang2 pertama,
Jangan mendahului allah dan rasul dalam apa sj perkara.
Jangan mencanggahi alquran dan sunnah.
Aqidah jangan lawan quran
Kehidupan jangan lawan sunnah

Ayat 1
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya;
dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉jangan pandai2 buat apa2 sebelum tanya quran dan sunnah.kita dikira salah jika buat tanpa rujuk quran dan sunnah.

Ayat 2
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ
وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ
كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ
أَنْ تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ
وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi,
dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya
semasa bercakap dengan setengahnya yang lain.
(Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya,
sedang kamu tidak menyedarinya
👉Ini undang2 ke2,adab dgn pemimpin.
Sahabat sangat jaga perhubungan dgn nabi
Sebuah bilik kebilik 15kaki
Jarak bilik kepintu besar 10kaki.
Semua bilik mengadap ke masjid.
Orang kampung dtg ajak nabi seperti berkawan dgn orang biasa.
Adap dgn ibubapa ramai yg tahu.

Ayat 3
إِنَّ الَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصْوَاتَهُمْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ امْتَحَنَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ لِلتَّقْوَىٰ ۚ
لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), -
merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa;
mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
👉Alamat taqwa ,cakap lembut  dan merendahkan suara dgn nabi.
Cakap kasar dgn nabi akan gugur pahala .

Ayat 4
إِنَّ الَّذِينَ يُنَادُونَكَ مِنْ وَرَاءِ الْحُجُرَاتِ
أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).
👉Teguran.
Panggil semua ke9 bilik.

Ayat 5
وَلَوْ أَنَّهُمْ صَبَرُوا حَتَّىٰ تَخْرُجَ إِلَيْهِمْ
لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka,
tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka;
dan (ingatlah),
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Pemimpin ada byk urusan.

Ayat 6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ
فَتَبَيَّنُوا
أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ
فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,
maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
👉Pastikan orang yg tidak fasik.
Berita kena pastikan betul atau tabayyun.
Kini dosa bertambah2 dlm wasap atau media sosial.
Pastikan benar atau  berita apa?

Ayat 7
وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ
لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ
لَعَنِتُّمْ
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ
وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ
وَالْفُسُوقَ
وَالْعِصْيَانَ ۚ
أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah
(maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya);
kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara,
tentulah kamu akan mengalami kesukaran;
akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya,
dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai
serta di perhiaskannya dalam hati kamu,
dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik
serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci;
mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
👉Rasul pemimpin yg perlu diikuti.
Ini doa yg nabi ajar dan ada juga dlm hadis
اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْناُ الْإِيمَانَ
وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِنا وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ
وَالْفُسُوقَ
وَالْعِصْيَانَ ۚ
أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Ayat 8
فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَنِعْمَةً ۚ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah;
dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan