Daurah tafsir 2016 sesi 175 Ar rahman1-78
055.Surah Arrahman
Dari Allah lah segala keberkatan
Cari dimana yg allah kata ada keberkatan,
Keberkatan ada pada
1.alquran ini.
2.kaabah,tanah haram
3.dalam majlis ilmu
4.dalam amal2 manusia.
Kalu nak keberkatan ,Ambillah dari perkara2 ini.
Surah ini 3 bahagian
Bhg Pertama
Keajaiban ciptaan allah,dalil aqli
Bhg ke2
Perkara2 yg akan berlaku diakhirat bg golongan yg masih mengingkari
Bhg ke3
Berita gembira,tabsyir bg mereka yg sudah beriman dan disudahi dgn keberkatan hanya dari allah.
Ayat 1
الرَّحْمَٰنُ
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Ayat 2
عَلَّمَ الْقُرْآنَ
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
👉Ini nikmat rohani
Ayat 3
خَلَقَ الْإِنْسَانَ
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
👉Nikmat ke2 jasmani tubuh manusia
Ayat 4
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
👉Nikmat jasmani yg ke2
Berbeza dgn malaikat dan binatang.
Ayat 5
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
👉
Ayat 6
وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
👉
Ayat 7
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا
وَوَضَعَ الْمِيزَانَ
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi,
serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
👉tinggi berbanding dgn bumi.
Ayat 8
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
👉Neraca baik buruk الْمِيزَانِini larangan.
Ayat 9
وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Ayat 10
وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
Ayat 11
فِيهَا فَاكِهَةٌ
وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan
dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
Ayat 12
وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ
وَالرَّيْحَانُ
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami
serta daun,
dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
Ayat 13
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
👉Semua dr allah
Ayat 14
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ
كَالْفَخَّارِ
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering
seperti tembikar,
👉
Ayat 15
وَخَلَقَ الْجَانَّ
مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ
Dan Ia telah menciptakan jin
dari lidah api yang menjulang-julang;
Ayat 16
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 17
رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
👉Dalil aqli ke2
Ayat 18
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 19
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
👉
Ayat 20
بَيْنَهُمَا
بَرْزَخٌ
لَا يَبْغِيَانِ
Di antara keduanya
ada penyekat yang memisahkannya,
masing-masing tidak melampaui sempadannya;
👉
Ayat 21
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 22
يَخْرُجُ مِنْهُمَا
اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Dari kedua laut itu,
keluar mutiara dan marjan;
Ayat 23
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 24
وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنْشَآتُ
فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut,
yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
Ayat 25
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 26
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
Ayat 27
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Dan akan kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
Ayat 28
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 29
يَسْأَلُهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya.
Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
Ayat 30
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
👉Habis pemberitahuan tentang dunia.
Ayat 31
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
👉Pemberitahuan tentang akhirat
Ayat 32
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 33
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ
إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ تَنْفُذُوا
مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
فَانْفُذُوا ۚ
لَا تَنْفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
Ayat 34
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Ayat 35
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِنْ نَارٍ
وَنُحَاسٌ
فَلَا تَنْتَصِرَانِ
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang
dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian,
kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 36
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 37
فَإِذَا انْشَقَّتِ السَّمَاءُ
فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
👉waktu hisab.
Keadaan kemurkaan allah وَرْدَةً
Ayat 38
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
👉
Ayat 39
فَيَوْمَئِذٍ
لَا يُسْأَلُ عَنْ ذَنْبِهِ إِنْسٌ وَلَا جَانٌّ
Pada masa itu
tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin,
yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
👉Tanya, kadang2 untuk dilepaskan.
Ayat 40
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 41
يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ
فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya,
lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
Ayat 42
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 43
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
👉
Ayat 44
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا
وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang
di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
👉
Ayat 45
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 46
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya),
disediakan baginya dua Syurga, -
👉Tabsyir
Berbagai jenis syurga جَنَّتَانِ
Ayat 47
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 48
ذَوَاتَا أَفْنَانٍ
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
👉
Ayat 49
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
👉
Ayat 50
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
Ayat 51
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
Ayat 52
فِيهِمَا مِنْ كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
Ayat 53
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 54
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ
بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ
وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan,
yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam;
dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
👉
Ayat 55
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 56
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata),
yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Ayat 57
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 58
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
Ayat 59
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 60
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
Ayat 61
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 62
وَمِنْ دُونِهِمَا جَنَّتَانِ
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
Ayat 63
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 64
مُدْهَامَّتَانِ
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
Ayat 65
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 66
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
Ayat 67
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 68
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
Ayat 69
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 70
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
Ayat 71
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 72
حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
Ayat 73
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 74
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
Ayat 75
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 76
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
Ayat 77
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ayat 78
تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan