Daurah tafsir 2016 sesi 177 al hadid 1-19
1.Surah al hadid(57)
2.Surah al Mujadalah(58)
3.Surah al Hasr(59)
4.Surah Al mumtahah(60)
5.Surah as saf(61)
6.Surah al jumaah(62)
7.Surah al munafikun(63)
8.Surah at taghabun(64)
9.Surah at talaq(65)
10.Surah at tahrim(66)
10 surah serangkai iaitu Surah2 ada berkait antara satu sama lain.
Kebanyakan surah ini bermula dgn tasbih tauhid.
Kandungan surah ini dan surah ke10(surah tahrim) ada 2perkara penting iaitu infaq dan jihad
8 surah lagi dibahagi 2.
4mengenai jihad
4lagi mengenai infaq
Berselangi dgn tasbih.
Infaq dan jihad untuk tauhid.
Jihad menyebarkan tauhid
Bg keperluan jihad kena infaq.
Surah hadid terbahagi 2.
Bhg pertama ayat 1-24infaq
Ada 5sebab kenapa perlunya infaq.
Bhg ke2ayat 25-29jihad
Ayat 1
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah;
dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Mentasbihkan allah bererti mentauhidkan allah.
Ayat 2
لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ
وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi;
Ia menghidupkan dan mematikan;
dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉
Ayat 3
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ
وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ
وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir;
dan Yang Zahir serta Yang Batin;
dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉Ayat yg lebih afdal dari ayat lain sebanyak 1000ayat.
Yg zahir itu qudratnya meliputi segala2.
Yg batin itu ilmunya meliputi segala2.
Ayat 4
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۚ
يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ
وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا
وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا ۖ
وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ ۚ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy;
Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi
serta apa yang keluar daripadanya;
dan apa yang diturunkan dari langit
serta apa yang naik padanya.
Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada,
dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
👉Ilmu allah dimana sj.
Ayat 5
لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi;
dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
Ayat 6
يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ
وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ ۚ
وَهُوَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang,
dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti);
dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
Ayat 7
آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ
وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ ۖ
فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ
وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ
Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya,
dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil.
Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah);
mereka tetap beroleh pahala yang besar.
👉Sebab pertama infaq
Tuntutan keimanan.
Jadi infaq adalah alamat keimanan.
Ayat 8
وَمَا لَكُمْ لَا تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۙ
وَالرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ لِتُؤْمِنُوا بِرَبِّكُمْ
وَقَدْ أَخَذَ مِيثَاقَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah?
Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu,
dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya).
Ayat 9
هُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ عَلَىٰ عَبْدِهِ
آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ
لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ
وَإِنَّ اللَّهَ بِكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ
Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata,
kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang.
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.
👉
Ayat 10
وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
لَا يَسْتَوِي مِنْكُمْ
مَنْ أَنْفَقَ مِنْ قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ ۚ
أُولَٰئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً
مِنَ الَّذِينَ أَنْفَقُوا مِنْ بَعْدُ وَقَاتَلُوا ۚ
وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? -
Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya).
Tidaklah sama di antara kamu,
orang-orang yang membelanjakan hartanya
serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah).
Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu.
Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
👉Sebab infaq yg ke2
Ayat 11
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا
فَيُضَاعِفَهُ لَهُ
وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah,
sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya?
Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!
👉Sebab infaq yg ke3.
Infaq seperti memberi pinjam.
Diduniapun sudah dapat gandaanya.
Begitu juga diakhirat.
100rupiah dah jadi euro contoh.
Ayat 12
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
يَسْعَىٰ نُورُهُمْ
بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ
بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ
جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman,
lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka):
"Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
kekal kamu di dalamnya;
yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".
👉
Ayat 13
يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ
لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا
نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ
قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ
فَالْتَمِسُوا نُورًا
فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ
لَهُ بَابٌ
بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ
وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ
(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat),
berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami,
biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu".
(Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)",
serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.
Ayat 14
يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ ۖ
قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ
وَتَرَبَّصْتُمْ
وَارْتَبْتُمْ
وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ
حَتَّىٰ جَاءَ أَمْرُ اللَّهِ
وَغَرَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata):
"Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?"
Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar!
Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik)
dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam),
dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu).
Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
👉Sifat syaitan الْغَرُورُ
Ayat 15
فَالْيَوْمَ لَا يُؤْخَذُ مِنْكُمْ فِدْيَةٌ
وَلَا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
مَأْوَاكُمُ النَّارُ ۖ
هِيَ مَوْلَاكُمْ ۖ
وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
"Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu,
dan tidak juga dari orang-orang kafir.
Tempat tinggal kamu ialah neraka,
nerakalah sahaja penolong kamu,
dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!"
Ayat 16
أَلَمْ يَأْنِ
لِلَّذِينَ آمَنُوا
أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ
وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ
وَلَا يَكُونُوا
كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ
مِنْ قَبْلُ
فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ
فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ
وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ
Belum sampaikah lagi masanya
bagi orang-orang yang beriman,
untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah
serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?
Dan janganlah pula mereka menjadi
seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab
sebelum mereka,
setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras,
dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
👉Zajrun
Ayat 17
اعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ
قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَات
ِلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya;
sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti,
supaya kamu memahaminya.
👉Ada hubungan dgn qudrat allah.
Ayat 18
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا
يُضَاعَفُ لَهُمْ
وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah,
serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas),
akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya),
dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
👉Tagrib kepada infaq
Ayat 19
وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ أُولَٰئِكَ هُمُ الصِّدِّيقُونَ ۖ
وَالشُّهَدَاءُ عِنْدَ رَبِّهِمْ
لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ ۖ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا
وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid;
mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu;
dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka.
👉Orang yg infaq harta dan nyawa وَالشُّهَدَاءُ dapat jaminan dari allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan