Daurah tafsir 2016 sesi 181 Al hasyr 1-10
059.Surah Al Hasyr.
Surah yg allah nak bg tau tentang orang yahudi.
Yahudi tidak beriman dan tidak sokong yg menyusahkan nabi.nabi terima sj perjanjian sebegini.
Selepas perang badar yahudi dtg jumpa nabi untuk buat perjanjian.
Selepas perang uhud,yahudi batalkan perjanjian secara2 senyap2 dgn nabi saw.dan tolong musuh nabi untuk lawan nabi saw.
Halau keluar orang yahudi nadir yg tidak jujur dlm perjanjian dr tanah hijaz dimadinah itulah dipanggil hasyr.
Ayat 1
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah;
dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉
Ayat 2
هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ
مِنْ دِيَارِهِمْ
لِأَوَّلِ الْحَشْرِ ۚ
مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا ۖ
وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ
مِنَ اللَّهِ
فَأَتَاهُمُ اللَّهُ
مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا ۖ
وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ۚ
يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ
بِأَيْدِيهِمْ
وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ
فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ
Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab -
dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah.
Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat),
dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan
serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah.
Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka,
serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka,
(lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam)
sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar).
Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
👉Contoh takhwif duniawi.
Pengusiran sekadar semuatan unta dan jadi faith untuk orang islam.
Ayat 3
وَلَوْلَا أَنْ كَتَبَ اللَّهُ عَلَيْهِمُ الْجَلَاءَ
لَعَذَّبَهُمْ فِي الدُّنْيَا ۖ
وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابُ النَّارِ
Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Ia akan menyeksa mereka di dunia;
dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak.
👉Atau hukuman bunuh di madinah.
Yakni 2 cara.
Ayat 4
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۖ
وَمَنْ يُشَاقِّ اللَّهَ
فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya.
Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya.
👉Tentang allah=kerana tidak beriman dgn allah dan berkeras dgn agama mereka.
Tentang rasul=memungkiri perjanjian.
Ayat 5
مَا قَطَعْتُمْ مِنْ لِينَةٍ
أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً
عَلَىٰ أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّهِ
وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِينَ
Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang
atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal,
maka yang demikian adalah dengan izin Allah (kerana Ia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin),
dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik.
👉menjadi kubu tempat persembunyian dan tebang pokok2 boleh menyebabkan yahudi takut.
Ayat 6
وَمَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ
مِنْهُمْ
فَمَا أَوْجَفْتُمْ عَلَيْهِ
مِنْ خَيْلٍ
وَلَا رِكَابٍ
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يُسَلِّطُ رُسُلَهُ عَلَىٰ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan apa jua yang Allah kurniakan kepada RasulNya
dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya),
kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun
dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka);
tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang);
dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Faith=harta kembali kepada pemilik sebenar.tanpa peperangan.
Ayat 7
مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ
فَلِلَّهِ
وَلِلرَّسُولِ
وَلِذِي الْقُرْبَىٰ
وَالْيَتَامَىٰ
وَالْمَسَاكِينِ
وَابْنِ السَّبِيلِ
كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ
وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ
إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang,
maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah,
dan bagi kaum kerabat (Rasulullah),
dan anak-anak yatim,
dan orang-orang miskin,
serta orang-orang musafir (yang keputusan).
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan,
dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya
maka patuhilah laranganNya.
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
👉Cara pembahagian harta faith.
Ayat 8
لِلْفُقَرَاءِ
الْمُهَاجِرِينَ
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِم
ْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا
وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ
أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah,
yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam),
untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya;
mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).
👉Golongan miskin yg berhijrah dan ansari.
Ayat 9
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ
وَالْإِيمَانَ
مِنْ قَبْلِهِمْ
يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ
وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ
حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا
وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ
وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ
وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah)
serta beriman sebelum mereka,
mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan
apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu;
dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,
sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.
Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,
maka merekalah orang-orang yang berjaya.
👉Sayang harta شُحَّkurang sikit daripada kedekut.
Dah belanja dan masih ada yg tinggal dan sifat sayang ini dipanggil شُحَّ
Ayat 10
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ
يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا
وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا
رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata:
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman,
dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
👉Orang islam yg sefahaman dgn muhajirin dan ansar.
Dengki غِلًّا
Tiada ulasan:
Catat Ulasan