Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 183 Al mumtahanah 1-13

Daurah tafsir 2016 sesi 183 Al mumtahanah 1-13
060.Surah Al mumtahanah.
Surah al hasyr teguran untuk orang munafikin.
Surah ini teguran untuk orang mukmimin
Orang beriman jangan bertindak dgn tindakan yg mencurigakan.
Perempuan mekah dtg minta bantuan.
Sedangkan dia seorang pengintip.
Hatib bin Abi Baltah kirim surat untuk keluarganya dimekah kerana kasihan belas kepada keluarga kafirnya.
Sampai Raudatukfik ,4sahabat jumpa perempuan itu.
Untuk ahli badar ,boleh buat apa sj dia tetap ahli syurga

Ayat 1
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ
تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ
وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ مِنَ الْحَقِّ
يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ
أَنْ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي
وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ
تُسِرُّونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ
وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ
وَمَا أَعْلَنْتُمْ ۚ
وَمَنْ يَفْعَلْهُ مِنْكُمْ
فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat,
dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka,
sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu;
mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu.
(Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan.
Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian,
maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan
👉Ayat ini sebagai peringatan
Allah tengok manusia dgn syariatnya.
Membenci wahyu dan menghalau rasul allah.
Memutuskan hubungan kasih sayang .

Ayat 2
إِنْ يَثْقَفُوكُمْ يَكُونُوا
لَكُمْ أَعْدَاءً
وَيَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ
وَأَلْسِنَتَهُمْ بِالسُّوءِ وَوَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ

Jika mereka dapat menguasai kamu,
nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu,
dan mereka akan membebaskan tangan mereka
dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).
👉

Ayat 3
لَنْ تَنْفَعَكُمْ أَرْحَامُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ ۚ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ
يَفْصِلُ بَيْنَكُمْ ۚ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat;
Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu).
Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.
👉

Ayat 4
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ
إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ
إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ
وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
كَفَرْنَا بِكُمْ
وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا
حَتَّىٰ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ
إِلَّا قَوْلَ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ
لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ
وَمَا أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ ۖ
رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik,
semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar):
"Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu
dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah;
kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu
dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan
dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya,
sehingga kamu menyembah Allah semata-mata",
tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya):
"Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu,
dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu".
(Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri,
dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat,
serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!
👉doa nabi ibrahim

Ayat 5

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا
وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ
إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir,
dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
👉doa nabi ibrahim lagi.

Ayat 6
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَة
ٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ ۚ
وَمَنْ يَتَوَلَّ
فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat.
Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka,
(maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri),
kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji
👉

Ayat 7
عَسَى اللَّهُ أَنْ يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ
وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُمْ مِنْهُمْ مَوَدَّةً ۚ
وَاللَّهُ قَدِيرٌ ۚ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam).
Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu),
dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉 Tabsyir

Ayat 8
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ
لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ
وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ
أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik
dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu),
dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu;
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
👉zimmi dan ahdi(kafir yg duduk bawah pemerintahan islam)
Kafir mekah adalah kafir harbi.

Ayat 9
إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ
وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ
وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ ۚ
وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu),
dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu.
Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
👉

Ayat 10
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا جَاءَكُمُ الْمُؤْمِنَاتُ مُهَاجِرَاتٍ فَامْتَحِنُوهُنَّ ۖ اللَّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِهِنَّ ۖ
فَإِنْ عَلِمْتُمُوهُنَّ مُؤْمِنَاتٍ فَلَا تَرْجِعُوهُنَّ إِلَى الْكُفَّارِ ۖ
لَا هُنَّ حِلٌّ لَهُمْ وَلَا هُمْ يَحِلُّونَ لَهُنَّ ۖ
وَآتُوهُمْ مَا أَنْفَقُوا ۚ
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ
إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۚ
وَلَا تُمْسِكُوا بِعِصَمِ الْكَوَافِرِ
وَاسْأَلُوا مَا أَنْفَقْتُمْ
وَلْيَسْأَلُوا مَا أَنْفَقُوا ۚ
ذَٰلِكُمْ حُكْمُ اللَّهِ ۖ
يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ ۚ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu,
maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian,
sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir.
Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri),
dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami).
Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan.
Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir,
dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan,
dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil).
Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉undang2 mengenai wanita.

Ayat 11
وَإِنْ فَاتَكُمْ شَيْءٌ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ إِلَى الْكُفَّارِ
فَعَاقَبْتُمْ فَآتُوا الَّذِينَ ذَهَبَتْ أَزْوَاجُهُمْ
مِثْلَ مَا أَنْفَقُوا ۚ
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ

Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri-isteri kamu (yang menjadi murtad serta)
melarikan diri ke pihak orang-orang kafir,
kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu
serta mendapat harta rampasan
maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti maskahwinnya
sebanyak yang mereka telah bayar.
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.
👉jika orang beriman yg suami kafirnya bg maka bg kepada suami yg isterinya lari kepada orang kafir

Ayat 12
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ
يُبَايِعْنَكَ عَلَىٰ
أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا
وَلَا يَسْرِقْنَ
وَلَا يَزْنِينَ
وَلَا يَقْتُلْنَ
أَوْلَادَهُنَّ
وَلَا يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ
وَأَرْجُلِهِنَّ وَلَا يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ ۙ
فَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللَّهَ ۖ
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia,
bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu pun,
dan mereka tidak akan mencuri,
dan mereka tidak akan berzina,
dan mereka tidak akan membunuh anak-anaknya,
dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam sesuatu perkara yang baik, -
maka terimalah pengakuan taat setia mereka
dan pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉zajrun

Ayat 13
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَتَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
قَدْ يَئِسُوا مِنَ الْآخِرَةِ كَمَا يَئِسَ الْكُفَّارُ مِنْ أَصْحَابِ الْقُبُورِ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah,
mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat,
sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.
👉zajrun kepada munafikin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan