Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 191 al qalam 1-52

Daurah tafsir 2016 sesi 191 al qalam 1-52
068.Surah Al Qalam.
Maksud penting surah nun ,tidak boleh bertolak ansur tentang aqidah.
Teguran besar untuk orang kafir
Tasliyah kepada nabi supaya berjuang atas aqidah tauhid

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
ن ۚ
وَالْقَلَمِ
وَمَا يَسْطُرُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
-Sura Al-Qalam, Ayah 1

مَا أَنْتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ
بِمَجْنُونٍ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu -
bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
-Sura Al-Qalam, Ayah 2
👉Orang gila tak mungkin dapat ajar alquran.

وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
-Sura Al-Qalam, Ayah 3
👉Nabi akan dapat pahala yg tidak putus2.

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
-Sura Al-Qalam, Ayah 4
👉

فَسَتُبْصِرُ
وَيُبْصِرُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat,
dan mereka juga akan melihat, -
-Sura Al-Qalam, Ayah 5
👉

بِأَيْيِكُمُ الْمَفْتُونُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
-Sura Al-Qalam, Ayah 6

إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ
وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya,
dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.
-Sura Al-Qalam, Ayah 7
👉
فَلَا تُطِعِ الْمُكَذِّبِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).
-Sura Al-Qalam, Ayah 8
👉

وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
-Sura Al-Qalam, Ayah 9
👉Ini Maksud surah

وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ
مَهِينٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah,
lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
-Sura Al-Qalam, Ayah 10
👉
هَمَّاز
ٍمَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang suka mencaci,
lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),
-Sura Al-Qalam, Ayah 11
👉

مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ
مُعْتَدٍ أَثِيمٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -
-Sura Al-Qalam, Ayah 12
👉
عُتُلٍّ بَعْدَ ذَٰلِكَ زَنِيمٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang jahat kejam,
yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
-Sura Al-Qalam, Ayah 13
👉Yakni anak zina.
أَنْ كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
-Sura Al-Qalam, Ayah 14
👉Sifat seorang sangat menentang nabi.

إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا
قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami,
ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
-Sura Al-Qalam, Ayah 15
👉Syikayah
سَنَسِمُهُ عَلَى الْخُرْطُومِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
-Sura Al-Qalam, Ayah 16
👉Takhwif
Hidung seperti hidung khinzir.

إِنَّا بَلَوْنَاهُمْ
كَمَا بَلَوْنَا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ
إِذْ أَقْسَمُوا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana,
sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu),
ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
-Sura Al-Qalam, Ayah 17
👉sekumpulan keluarga yg mana ayahnya beriman.
Nikmat melimpah.anak2nya tidak seperti ayahnya.

وَلَا يَسْتَثْنُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
-Sura Al-Qalam, Ayah 18
👉Tidak mentauhidkan allah.

فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِنْ رَبِّكَ
وَهُمْ نَائِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari),
sedang mereka semua tidur.
-Sura Al-Qalam, Ayah 19

فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
-Sura Al-Qalam, Ayah 20
👉

فَتَنَادَوْا مُصْبِحِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
-Sura Al-Qalam, Ayah 21
👉

أَنِ اغْدُوا عَلَىٰ حَرْثِكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ صَارِمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu,
kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
-Sura Al-Qalam, Ayah 22
👉

فَانْطَلَقُوا
وَهُمْ يَتَخَافَتُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
-Sura Al-Qalam, Ayah 23
👉

أَنْ لَا يَدْخُلَنَّهَا .الْيَوْمَ عَلَيْكُمْ مِسْكِينٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
-Sura Al-Qalam, Ayah 24
👉

وَغَدَوْا عَلَىٰ حَرْدٍ قَادِرِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan,
(bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
-Sura Al-Qalam, Ayah 25
👉
فَلَمَّا رَأَوْهَا
قَالُوا إِنَّا لَضَالُّونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya,
mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
-Sura Al-Qalam, Ayah 26
👉

بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat),
bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".
-Sura Al-Qalam, Ayah 27
👉

قَالَ أَوْسَطُهُمْ
أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ
لَوْلَا تُسَبِّحُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya):
amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"
-Sura Al-Qalam, Ayah 28
👉Bukan tasbih biasa tapi aqidah yg betul.
Kalu tasbih biasa tidak akan ditimpa musibah

قَالُوا سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"
-Sura Al-Qalam, Ayah 29
👉

فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَلَاوَمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela.
-Sura Al-Qalam, Ayah 30
👉

قَالُوا يَا وَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا طَاغِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.
-Sura Al-Qalam, Ayah 31
👉Melampaui batas syariat.
Ini cerita nabi baca kepada orang mekah.

عَسَىٰ رَبُّنَا أَنْ يُبْدِلَنَا خَيْرًا مِنْهَا
إِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا رَاغِبُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu;
sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".
-Sura Al-Qalam, Ayah 32
👉

كَذَٰلِكَ الْعَذَابُ ۖ
وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ
لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia),
dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).
-Sura Al-Qalam, Ayah 33
👉

إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.
-Sura Al-Qalam, Ayah 34
👉Tabsyir

أَفَنَجْعَلُ الْمُسْلِمِينَ كَالْمُجْرِمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?
-Sura Al-Qalam, Ayah 35
👉Zajrun
مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
-Sura Al-Qalam, Ayah 36
👉

أَمْ لَكُمْ كِتَابٌ فِيهِ تَدْرُسُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?
-Sura Al-Qalam, Ayah 37
👉Penafian dalil naqli.

إِنَّ لَكُمْ فِيهِ لَمَا تَخَيَّرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?
-Sura Al-Qalam, Ayah 38
👉

أَمْ لَكُمْ أَيْمَانٌ عَلَيْنَا بَالِغَةٌ
إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۙ
إِنَّ لَكُمْ لَمَا تَحْكُمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami,
yang tetap hingga hari kiamat,
menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?
-Sura Al-Qalam, Ayah 39
👉Tiada perjanjian

سَلْهُمْ أَيُّهُمْ بِذَٰلِكَ زَعِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bertanyalah kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?"
-Sura Al-Qalam, Ayah 40
👉

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ
فَلْيَأْتُوا بِشُرَكَائِهِمْ
إِنْ كَانُوا صَادِقِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? Kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya,
jika betul mereka orang-orang yang benar.
-Sura Al-Qalam, Ayah 41
👉

يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ
وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ
فَلَا يَسْتَطِيعُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat),
dan mereka diseru supaya sujud
maka mereka tidak dapat melakukannya, -
-Sura Al-Qalam, Ayah 42
👉Takhwif ukhrowi.
Betis disingkap يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍkeadaan yg sangat teruk.

خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ
تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ
وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ
وَهُمْ سَالِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sambil pandangan mereka tunduk malu,
serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan)
sedang mereka dalam keadaan sihat.
-Sura Al-Qalam, Ayah 43
👉Sujud dgn makna mentauhidkan allah

فَذَرْنِي وَمَنْ يُكَذِّبُ بِهَٰذَا الْحَدِيثِ ۖ
سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini,
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
-Sura Al-Qalam, Ayah 44
👉Zajrun
Ini istidraj

وَأُمْلِي لَهُمْ ۚ
إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.
-Sura Al-Qalam, Ayah 45
👉

أَمْ تَسْأَلُهُمْ أَجْرًا
فَهُمْ مِنْ مَغْرَمٍ مُثْقَلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan),
lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
-Sura Al-Qalam, Ayah 46
👉

أَمْ عِنْدَهُمُ الْغَيْبُ فَهُمْ يَكْتُبُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Atau adakah di sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
-Sura Al-Qalam, Ayah 47
👉

فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ
وَلَا تَكُنْ كَصَاحِبِ الْحُوتِ
إِذْ نَادَىٰ وَهُوَ مَكْظُومٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka),
dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan.
(Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan.
-Sura Al-Qalam, Ayah 48

لَوْلَا أَنْ تَدَارَكَهُ نِعْمَةٌ مِنْ رَبِّهِ لَنُبِذَ بِالْعَرَاءِ
وَهُوَ مَذْمُومٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya,
nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai)
dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya).
-Sura Al-Qalam, Ayah 49
👉Tasliyah kepada nabi.

فَاجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَجَعَلَهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Selepas itu Tuhannya memilihnya, serta menjadikan dia dari orang-orang yang soleh.
-Sura Al-Qalam, Ayah 50

وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ
لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ
وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),
semasa mereka mendengar Al-Quran
sambil berkata: "Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila".
-Sura Al-Qalam, Ayah 51

وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.
-Sura Al-Qalam, Ayah 52

Tiada ulasan:

Catat Ulasan