Ahad, Disember 01, 2019

Qawaid tafsir 2018 sesi 04

Qawaid tafsir 2018 sesi 04

قاعدة 11   إِذَا  دَخَلَ حَرْفُ الاِسْتِفْهَامِ  عَلَى فِعْلِ  التَّرَجِّي اَفَادَ تَقْرِيْرَ مَا هُوَ مُتَوَقَّعٌ وَأَشْعَرَ بِأَنَّهُ كَائِنٌ

Apabila tersebut sebelum "f il tarajji kata tanya (حرف الاستفهام), maka ia menghilangkan ma'na tarajji (semoga;mudah-mudahan) dan menukarnya dengan ma'na kepastian dan keyakinan.Selain itu ia juga menunjukkan apa yang tersebut selepasnya akan berlaku.

Lihat aplikasi qaedah ini pada firman Allah berikut:
Muhammad 47:22

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوٓا۟ أَرْحَامَكُمْ

Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan melakukan kerosakan dimuka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?
(Muhammad:22).

Maksudnya ialah kamu pasti akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan jika berkuasa.

قاعدة 12  إِذَا دَخَلَتْ الأَلِفُ وَاللَّامُ عَلَى اسْمٍ مَوْصُوْفٍ اِقْتَضَتْ اَنَّهُ أَحَقُّ بِتِلْكَ مِنْ الصِّفَةِ مِنْ غَيْرِهِ
Apabila "Alif Laam" memasuki sesuatu isim maushuf, maka itu memberi ma'na ia paling berhak dan paling sempurna dalam mempunyai sifat yang tersebut selepasnya daripada orang-orang lain.

Lihat contohnya pada firman Allah di bawah ini:
Al-Fatihah 1:6

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(al-Fatihah:6).

Andaikata disebutkan di sini
صراطا مستقيما
dengan nakirah begitu, maka ia menunjukkan apa-apa jalan saja, asalkan ia lurus. Ia tidak akan menunjukkan kekhususan atau jalan yang paling istimewa dalam kelurusannya.

قاعدة 13  إذا دخلت قد على تلمضارع المسند إلى اللَّه تعالى فهي للتحقيق دائمًا

Apabila perkataan قد tersebut sebelum fiil mudhari' yang disandarkan kepada Allah, maka ia sentiasa memberi ertikepastian

Perkataan قد dipakai dalam bahasa 'Arab untuk menunjukkan beberapa erti. Ia pada kebiasaannya bergantung kepada fiil yang terletak selepasnya. Jika f iil yang terletak selepasnya adalah fiil madhi, maka ia menunjukkan erti kepastian atau terlalu hampir berlakunya. Dan jika f il yang terletak selepasnya adalah f il mudhari', maka ia menunjukkan erti kadang2(تقليل) atau boleh jadi dan kemungkinan)(تشكيك) Tetapi kalau fiil mudhari disandarkan pafa Allah  maka oa sama sekali tidak  memberi erti kadang2 atau boleh jadi dan kemungkinan, sebaliknya ia sentiasa memberi erti kepastian.

Aplikasi qaedah ini dapat dilihat pada dua firman Allah di bawah ini:

(1)
Al-Baqarah 2:144

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَىٰهَاۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguhKami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu kearah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu kearahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab(Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram ituadalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang merekakerj akan.
(al-Baqarah :I 44).

(2) An-Nur 24:64

أَلَآ إِنَّ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ قَدْ يَعْلَمُ مَآ أَنتُمْ عَلَيْهِ وَيَوْمَ يُرْجَعُونَ إِلَيْهِ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوا۟ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌۢ

Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langitdan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya(wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Diaakan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, keranasesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(an-Nuur:64)

15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan