Khamis, Disember 05, 2019

Qawaid tafsir 2018 sesi 06

Qawaid tafsir 2018 sesi 06

قاعدة 16   إذَ عُلِّقَ الْأَمْرُ عَلَى شَرْطٍ، أَوْ صِفَةٍ فَإِنَّهُ يَقْتَضِي التَّكْرَارَ

Apabila sesuatu perintah dikaitkan dengan sesuatu syarat atau sifat, maka ia menghendaki berulang (hukum berkenaan apabila ada syarat atau sifat itu).

Pada asalnya apa yang diperintahkan oleh Allah tidak menghendaki ia dilakukan berulang kali. Tetapi dalam keadaan ada dalil atau petunjuk yang menghendaki perintah itu diikut buat beberapa kali atau banyak kali, maka barulah ia menunjukkan apa yang diperintahkan perlu dibuat banyak kali.
-pada asal perintah hanya sekali.

Lihat firman Allah di bawah ini sebagai contohnya:

Al-Baqarah 2:172

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Bermaksud: Wahai orang-orangyang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kamu menyembahnya.
(al-Baqarah:172).

Di dalam ayat ini terdapat perintah Allah supaya orang-orang mu'min memakan rezeki yang baik-baik yang Allah kurniakan. Apakah ia bererti orang-orang mu'min dituntut sentiasa memakan rezeki yang baik-baik atau memakannya beberapa kali?Jawabnya tentulah tidak. Kerana perintah itu tidak dikaitkan sesuatu syarat atau sesuatu sifat.Adapun perintah mengerjakan shalat fardhu lima waktu misalnya, maka ia perlu diulang-ulangi banyak kali kerana ia dikaitkan dengan waktu. Demikian juga apabila sesuatu hukum dikaitkan dengan sesuatu syarat atau sesuatu sifat, maka setiap kali ada syarat atau sifat berkenaan, perlulah dijunjung perintahNya. Tetapi perlu diingat,ia dilakukan beberapa kali bukan kerana perintah itu sendiri, sebaliknya kerana ada syarat atau sifat berkenaan padanya.Qaedah ke-16 inilah yang dipakai pada dua firman Allah di bawah ini

-tayiba=sedap2=lazat
-kena makan sokmo?
-tidak syarat dan sifat...bukan kena makan sokmo.
-dirikanlah solat..ada waktunya..sampai waktu kena buat berulang ...ia dikaitkan waktu..
-zakat ,apa bila cukup nisab atau setahun...ini bermakna berulang teti bukan kerana perintah itu sendiri tetapi kerana syaratnya..
-kalu haji sekali jah,sebab tiada syarat.
Minit 9

:l8

Al-Ma'idah 5:6

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً
👈فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhu'lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit(tidak boleh kena air) atau dalam perjalanan atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersetubuh dengan isteri-isterimu, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu' dan mandi), maka hendaklah kamu
👉bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan)kamu dan hendak menyempurnakan ni'matNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
(al-Maa' idah: 6).

-perintah dengan syarat.

Perintah Allah supaya bertayammum itu perlu dan boleh dilakukan berkali-kali  apabila terdapat syarat-syarat yang tersebut di dalam ayat ini iaitu apabila kamu berhadats, kamu sakit atau kamu dalam perjalanan dan tidak ada air yang boleh diguna untuk mengangkat hadats kamu, atau air ada, tetapi kamu tidak boleh menggunanya. Dalam keadaan-keadaan itu perlulah atau bolehlah kamu bertayammum berapa kali pun.

2) An-Nur 24:2

👈ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى
-perintah yg dikait dengan sifat.

فَٱجْلِدُوا۟ كُلَّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِا۟ئَةَ جَلْدَةٍۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ

Bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklahdisaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
(an-Nuur:2).

Perintah Allah supaya menyebat penzina sebanyak seratus sebatan baik lelaki atauperempuan itu berulang kerana berulangnya sifat berzina itu.Berdasarkan qaedah yang diberikan ini perintah Allah itu dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:

i) Perintah yang ada petunjuk dan bukti menghendaki apa yang diperintahkan perludilakukan beberapa kali atau banyak kali (أمر مربوط بقرينة التكرار) Iaitu perintah yang dikaitkan dengan sesuatu syarat atau sifat.

ii) Perintah yang ada petunjuk dan bukti menghendaki apa yang diperintahkan tidak  perlu dilakukan berulang kali

(أمر مربوط بقرينة عدم التكرار)

(iii) Perintah yang tidak ada petunjuk dan bukti menghendaki apa yang diperintahkan perlu dilakukan berulang kali atau tidak.
(امر مجرد عن تلقرينة)

Dalam keadaan ada petunjuk dan bukti menghendaki apa yang diperintahkan perlu dilakukan beberapa kali atau banyak kali, maka perlulah ia dilakukan beberapa kali.Dalam keadaan ada petunjuk dan bukti menghendaki apa yang diperintahkan hanya perlu dilakukan sekali sahaja, maka sekali sahajalah yang perlu dilakukan.Dan dalam keadaan tidak ada petunjuk dan bukti menghendaki apa yang diperintahkan perlu dilakukan banyak kali atau sekali sahaja, maka sekali sahajalah yang perlu dilakukan.

20

قاعدة 17 إِذَا كَانَ ثُبُوْتُ شَيّءٍ أَوْ نَفْيُهُ يَدُلُّ عَلَى ثُبُوْتِ آخَرَ أَوْ نَفْيِهِ ،فَالْأَوْلَى الاِقْتِصَارُ عَلَى الدَّالِّ مِنْهُمَا، فَإِنْ ذُكِرَا  فَالْأَوْلَى تَأْخِيْرُ الدَّالِّ

Apabila ada sesuatu atau tiadanya menunjukkan adanya sesuatu yang lain atau tiadanya,maka yang terlebih utama ialah berpada dengan  الدال (yang menunjukkan)daripada keduanya. Jika kedua-duanya(الدال والمزلول) disebut pula, maka yang terlebih utama pula ialah menta'khirkan الدال (yang menunjukkan)

Maksud qaedah ini ialah apabila sesuatu mempunyai dua sifat dan salah satu daripada dua itu menunjukkan yang satu lagi, maka dalam keadaan itu yang lebih utamanya ialah berpada dengan yang menunjukkan (الدال) . Dan jika kedua-dua sifat disebutkan,maka yang lebih utamanya ialah menta'khirkan sifat yang menunjukkan (kepada sifat satu lagi yang tidak menunjukkan).

Qaedah ini dapat diaplikasi pada firman Allah s.w.t. berikut:

l) Aali-Imran 3:133

وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Bermaksud: Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang lebarnya (bidangnya) seluas langit dan bumi. Ia disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.
(Aali 'Imraan:133).

Syurga mempunyai dua sifat, panjang dan lebar. وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا. Oleh kerana lebarnya sudah menunjukkan kepada panjangnya, dikira memadailah dengan menyebutkan lebarnya sahaja.

Minit 24

(2) An-Nahl 16:81

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِلَٰلًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلْجِبَالِ أَكْنَٰنًا

👈وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَٰبِيلَ تَقِيكُمُ ٱلْحَرَّ وَسَرَٰبِيلَ تَقِيكُم بَأْسَكُمْۚ كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ

Bermaksud: Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya:Benda-benda untuk berteduh dan Dia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung dan Dia juga menjadikan bagi kamu pakaian-

21

pakaian yang memelihara kamu dari panas (dan sejuk), juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Dia menyempurnakan ni'matNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya.
(an-Nahl:81).

-ijaz=ringkas.
-jika panas pun perlu ,sejuk lebih lagi perlu.

Sememangnya selepas perkataan الحر di dalam ayat ini ada perkataan والبرد yang ditaqdirkan. Oleh kerana perkataan الحر sudah menunjukkan  والبرد dibuang saja perkataan  والبرد itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan