Tafsir nota 1 (9)
baiklah kepada ibu bapa, janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak daripadanya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (menurut syari'at Islam). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.(151)
Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang terbaik(untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri). Dan sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil,sekalipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya).(152)
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang lurus, makahendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.(153).
(al-An'aam:151-153).
Di dalam ayat ke-153 Allah menyebutkan jalan yang lurus itu sebagai jalanKu. Iapada hakikatnya adalah ajaran Islam.
10 Siapakah orang-orang yang Allah telah kurniakan ni'mat kepada mereka? Di dalam Surah an-Nisaa' Allah menjelaskan siapa mereka.
Lihat ayat berkenaan di bawah ini:
An-Nisa' 4:69
وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّٰلِحِينَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَٰٓئِكَ رَفِيقًا
Bermaksud: Orang-orang yang taat kepada Allah dan RasulNya, mereka akan(ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan ni'mat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, orang-orang Shiddiqiin, orang-orang yang Syahid dan orang-orang yang saleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
(an-Nisaa':69)."
Yangg dimaksudkan dengan mereka yang dimurkai ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang berkelakuan seperti mereka. Walaupun tidak disebutkan dengan jelas di sini siapa mereka, tetapi melalui sekian banyak ayat-ayat Al-Qur'an dapat dipastikan merekalah golongan yang paling menepatinya.
Ayat-ayat berikut adalahsebahagian contohnya:
Al-Baqarah 2:90
بِئْسَمَا ٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ أَن يَكْفُرُوا۟ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بَغْيًا أَن يُنَزِّلَ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦۖ فَبَآءُو بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍۚ وَلِلْكَٰفِرِينَ عَذَابٌ مُّهِينٌ
Bermaksud: Alangkah buruknya (hasil perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan mengkufuri (mengingkari) apa yang telah diturunkan Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNyadari kalangan hamba-hambaNya. Maka mereka mendapat kemurkaan demi
9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan