Jumaat, Januari 17, 2020

Tafsir nota 3(40)

Tafsir nota 3(40)
Al-Baqarah 2:23

وَإِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا۟ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِۦ وَٱدْعُوا۟ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ

Al-Baqarah 2:24

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟ فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ

Dan jika kamu masih dalam keraguan tentang Al-Qur'an yang telah Kami turunkan kepada hamba Kami ⁵³ maka bawalah satu surah yang sebanding-

_____________________________________________________________________________________________________

⁵³ Siapakah hamba Kami (Allah) yang dimaksudkan itu? Apa namanya? Tidak disebutkan di sini, tetapi ia disebutkan di tempat lain di dalam Al-Qur'an.

Lihat firman Allah berikut:

Muhammad 47:2

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَءَامَنُوا۟ بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ

Bermaksud: Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman, beramal shaleh dan mempercayai apa (Al-Qur'an) yang diturunkan kepada Muhammad, (bahawa)ia memang benar dari Tuhan mereka, niscaya Dia (Allah) akan menutupi kesalahan-kesalahan mereka dan akan memperbaiki keadaan mereka.
(Muhammad:2).

Demikianlah perkataan عبدنا (hamba Kami) digunakan oleh Allah di dalam Al-Qur'an sebagai penghormatan kepada NabiNya Muhammad s.a.w.

Di dalam Surah al-Anfaal juga digunakan perkatan yang sama untuk Muhammad s.a.w.
Firman Allah:

Al-Anfal 8:41

وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا غَنِمْتُم مِّن شَىْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُۥ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ إِن كُنتُمْ ءَامَنتُم بِٱللَّهِ وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ ٱلْفُرْقَانِ يَوْمَ ٱلْتَقَى ٱلْجَمْعَانِۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Bermaksud: Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan)Allah, RasulNya, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnus-sabil(orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Altah) kepada hamba Kami (Muhammad)pada Hari Al-Furqan, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dankafir, di medan perang Badar) dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(al-Anfaal:41).

Perkataan عبد apabila dikaitkan dengan Allah di dalam Al-Qur'an, seperti dikatakan  عبدنا (hamba Kami) atau عبده (hambaNya) menunjukkan orang yang mulia di sisi Allah, seperti nabi, rasul atau orang shaleh dan kekasihNya. Dikatakan begitu, sebagai penghormatan kepada mereka.Perkataan عبدنا(hamba Kami) tidak digunakan oleh Allah di dalam Al-Qur'an untuk Nabi Muhammad s.a.w. sahaja. Ia juga digunakan untuk nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain sebagai penghormatan kepada mereka. Sebagai contohnya lihat firmanAllah di bawah ini:

Shad 38:17

ٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُۥدَ ذَا ٱلْأَيْدِۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ

40

Tiada ulasan:

Catat Ulasan