Tafsir nota 3(44)
Mereka diberi buah-buahan yang serupa (pada zahirnya dengan buah-buahan didunia), dan untuk mereka disediakan di dalamnya isteri-isteri yang suci,⁵⁹ disanalah mereka tinggal kekal abadi.[25]
Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perbandingan dengan apa sahaia,dengan nyamuk atau dengan (serangga dan lain-lain) yang lebih kecil darinya.⁶⁰ Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahawa
Bermaksud: Sesungguhnya kami (semasa di dunia) dahulu sentiasa berdoa kepadaNya. Sesungguhnya Dialah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Pengasih.
(at-Thur:28).
⁵⁹ dari segala perangai yang keji dan pekerti yang tercela.
Allah berfirman:
Al-Ahzab 33:33
وَقَرْنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ ٱلْجَٰهِلِيَّةِ ٱلْأُولَىٰۖ وَأَقِمْنَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتِينَ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِعْنَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجْسَ أَهْلَ ٱلْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumahmu serta janganlah kamu berhias dan mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu. Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan ta'atilah Allah sertaRasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu)hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dirimu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya(dari segala perkara yang keji).
(al-Ahzaab:33).
Sifat-sifat zahir isteri-isteri ahli syurga yang suci itu tidak disebut di sini, ia disebutkan pada beberapa tempat lain di dalam Al-Qur'an.
Antaranya:
Ash-Shaffat 37:48
وَعِندَهُمْ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ عِينٌ
Bermaksud: Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak menumpukanpandangannya melainkan kepada mereka, j elita matanya.
(as- Shaffaat 48).
Ar-Rahman 55:58
كَأَنَّهُنَّ ٱلْيَاقُوتُ وَٱلْمَرْجَانُ
Bermaksud: Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
(ar-Rahman:58)
Al-Waqi'ah 56:22
وَحُورٌ عِينٌ
Al-Waqi'ah 56:23
كَأَمْثَٰلِ ٱللُّؤْلُؤِ ٱلْمَكْنُونِ
Bermaksud: Dan bidadari-bidadari bermata jelita, (22) laksana mutiara yang tersimpan baik. (23)
(al-Waaqi' ah :22-23).
An-Naba' 78:33
وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا
Bermaksud: dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;
(an-Naba':33).
⁶⁰ Kerana pada semua kejadian Allah, baik besar mahupun kecil ada tujuan dan hikmahnya. Antara kejadian Allah yang lebih kecil dari nyamuk dan Allah juga telahmembuat perbandingan dengannya ialahzarrah (debu) atau atom.
Lihat firman Allahdi bawah ini sebagai contohnya:
44
Tiada ulasan:
Catat Ulasan