Jumaat, Januari 17, 2020

Tafsir nota 3(50)

Tafsir nota 3(50)

-mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan pula kamu (pada hari akhirat);akhimya kamu dikembalikan kepadaNya.⁶⁷ [28].

Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yangberasal) dari tanah. (12)
Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih (yang disimpan) dalam tempatpenetapan yang kukuh (rahim). (13)
Kemudian air benih itu Kami jadikan segumpal darah beku, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggianAllah sebaik-baik Pencipta. (14)
Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. (15)
Kemudian, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.(l6).
(al-Mu'minun:12-16).

⁶⁷ Untuk diberi balasan bagi segala amalan yang telah kamu kerjakan. Manusia dibangkitkan hidup kembali di akhirat untuk diberi balasan bagi amalan mereka yang baik dan yang buruk disebut oleh Allah di dalam sekian banyak ayat-ayat Al-Qur'an.Antaranya ialah ayat- ayat yang akan dikemukakan di bawah ini

Al-Jatsiyah 45:21

أَمْ حَسِبَ ٱلَّذِينَ ٱجْتَرَحُوا۟ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن نَّجْعَلَهُمْ كَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ سَوَآءً مَّحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْۚ سَآءَ مَا يَحْكُمُونَ

Al-Jatsiyah 45:22

وَخَلَقَ ٱللَّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِٱلْحَقِّ وَلِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Bermaksud: Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal shaleh,dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasamereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan (sangkakan) itu. (21)
Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan terhadap apa yang telah dikerjakannya {baik atau jahat),sedang mereka tidak dikurangkan bal asannya sedikitpun (22)
(al-Jaatsiyah:21-22) .

An-Najm 53:39

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

An-Najm 53:40

وَأَنَّ سَعْيَهُۥ سَوْفَ يُرَىٰ

An-Najm 53:41

ثُمَّ يُجْزَىٰهُ ٱلْجَزَآءَ ٱلْأَوْفَىٰ

Bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya seseorang manusia tiada memperoleh selainapa yang telah diusahakannya.
(39)
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya) (40)
Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna.(41).
(an-Najm:39-41).

Thaa Ha 20:74

إِنَّهُۥ مَن يَأْتِ رَبَّهُۥ مُجْرِمًا فَإِنَّ لَهُۥ جَهَنَّمَ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ

Thaa Ha 20:75

وَمَن يَأْتِهِۦ مُؤْمِنًا قَدْ عَمِلَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَأُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلدَّرَجَٰتُ ٱلْعُلَىٰ
Thaa Ha 20:76

جَنَّٰتُ عَدْنٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ وَذَٰلِكَ جَزَآءُ مَن تَزَكَّىٰ


Bermaksud: Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesungguhnya baginya neraka Jahannam. Ia tidak mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup(74)

50

Tiada ulasan:

Catat Ulasan