Tafsir quran dgn quran sesi 012
AlBaqarah ayat 34 dan 35
Al-Baqarah 2:34
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلْكَٰفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir.
Al-Baqarah 2:35
وَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Dan Kami berfirman, “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan istrimu di dalam surga, dan makanlah dengan nikmat (berbagai makanan) yang ada di sana sesukamu. (Tetapi) janganlah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang zhalim!”
Tafsir quran sesi 012
AlBaqarah ayat 34 dan 35
Al-Baqarah 2:34
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلْكَٰفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir.
Al-Baqarah 2:35
وَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Dan Kami berfirman, “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan istrimu di dalam surga, dan makanlah dengan nikmat (berbagai makanan) yang ada di sana sesukamu. (Tetapi) janganlah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang zhalim!”
Allah berfirman: "Wahai Adam! Beritahulah nama benda-benda ini kepada mereka."Tu Maka setelah Adam memberitahu nama benda-benda itu kepada mereka, Allah pun berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepadamu,bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Akumengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?"77[33].
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Tunduk dan beri hormatlah kamu kepada (Nabi) Adam".78
Lalu mereka tunduk memberi hormati
76 Setelah para malaikat mengakui kelemahan dan kekurangan ilmu mereka, Allah berfirman kepada Adam: "Wahai Adam! Beritahulah nama benda-benda ini kepada mereka". Benda-benda yang diajar nama-namanya oleh Allah kepada Adam bukan semuanya ber'aqal, malah kebanyakannya tidak ber'aqal. Tetapi Allah mentaghlibkan(memenangkan) makhluk yang ber'aqal daripada yang tidak ber'aqal, kerana itulahAllah menggunakan dhamir (ganti nama) jama' mudzakkar pada بأسماءهم bukan بأسماءها.
Contoh mentaghlibkan (memenangkan) makhluk yang ber'aqal daripada yang tidak ber'aqal dapat juga dilihat pada perkataan العالمين(semesta alam) di dalam ayat ke-dua surah al-Fatihah. Allah telah menggunakan perkataan jama' mudzakkar salim(yang menunjukkan makhluk yang ber'aqal) di situ, padahal kejadian Allah yang lebih banyak di alam semesta ini ialah yang tidak ber'aqal.
77Di dalam nota ke-74 sebelum ini telah dikemukakan empat perkara yang dinyatakan oleh malaikat dan dua perkara yang disembunyikan mereka. Itulah yang dimaksudkan dengan "Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan". Mungkin juga yang dimaksudkan dengan apa yang kamu sembunyikan itu ialah sikap takabbur dan sombong Iblis. Kalau itulah yang dimaksudkan dengan apa yang kamu sembunyikan, maka firman Allah:
إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَر
di dalam ayatke-34 selepas ini menjelaskannya.
78 Perkataan اسجدواseharusnya dipakai dengan erti seperti yang diberikan di atas, iaitu Tunduk dan patuhlah kamu kepada Adam, atau beri hormatlah kamu kepada Adam.Sujud dengan erti ini memang ada digunakan di dalam Al-Qur'an pada tempat yanglain.
Lihat firman Allah
Al-Insyiqaq 84:21
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ۩
Bermaksud: dan apabila Al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka tidak mahutunduk dan patuh.
(al-Insyiqa aq: 2l).
Tidak seharusnya perintah Allah ini dipakai dengan erti sujud dengan meletakkan dahi di tanah sebagaimana kita sujud kepada Allah. Sebabnya Allah melarang bersujud seperti itu kepada selainNya di dalam ayat berikut:
Fushshilat 41:37
وَمِنْ ءَايَٰتِهِ ٱلَّيْلُ وَٱلنَّهَارُ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُۚ لَا تَسْجُدُوا۟ لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Dan sebagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya ialah malam, siang, mata-hari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan jangan (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.
melainkan Iblis;
79 ia enggan dan berlagak sombong. Dengan itu termasuklah ia dalam golongan orang-orang yang kafir.80 [134]
Bermaksud: Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya,kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah. (Fusshilat:37).
Tidak jelas daripada firman Allah ini, adakah ia merupakan perintah yang mula-mula sekali diberikan kepada para malaikat atan sebelum itu sudah pun ada perintah supaya mereka tunduk dan memberi penghormatan kepada Adam. Perintah yang diberikan menerusi ayat ini sebenarnya adalah setelah Adam diciptakan dengan sempurna dan dihidupkan. Sebelum kejadian Adam lagi telah pun ada perintah supaya para malaikat tunduk dan hormat kepadanya, apabila dia dicipta dan dihidupkan nanti. Ia dapat dilihat pada beberapa firman Allah seperti berikut:
Al-Hijr 15:28
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى خَٰلِقٌۢ بَشَرًا مِّن صَلْصَٰلٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sungguh, Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk.
Al-Hijr 15:29
فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُوا۟ لَهُۥ سَٰجِدِينَ
Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan roh (ciptaan)-Ku ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.”
Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:"Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. (28).
Apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduk dan beri hormatlah kamu kepadanya." (29).
(al-Hijr:28-29)
Shad 38:71
إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى خَٰلِقٌۢ بَشَرًا مِّن طِينٍ
(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.
Shad 38:72
فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُوا۟ لَهُۥ سَٰجِدِينَ
Kemudian apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan roh (ciptaan)-Ku kepadanya; maka tunduklah kamu dengan bersujud kepadanya.”
Surah shaad 71-72
Bermaksud: (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada paru malaikat:"sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia (Adam) dari tanah. (71)
Apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduk dan beri hormatlah kamu kepadanya." (72).(Shaad:71-72).
79 Bahagian permulaan ayat ini secara zahimya menampakkan hanya malaikat sahaja yang diperintah Allah supaya tunduk dan memberi hormat kepada Adam, tetapi kenapa pula selepas itu dikecualikan Iblis, adakah Iblis juga termasuk dalam makhluk yang diperintah supaya tunduk memberi hormat kepada Adam? Jawabnya, ya. Iblis juga diperintahkan supaya tunduk dan memberi hormat kepada Adam.
Buktinya ialah beberapa firman Allah berikut:
Shad 38:75
قَالَ يَٰٓإِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَىَّۖ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ ٱلْعَالِينَ
(Allah) berfirman, “Wahai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasaan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?”
Bermaksud: Allah berfirman: Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turuttunduk kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kedua tanganKu? Adakah engkau menyombong ataupun engkau (merasa) termasuk dalam orang-orang yang(lebih) tinggi?" (Shaad:75)
.58
Al-A'raf 7:11
وَلَقَدْ خَلَقْنَٰكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَٰكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ
Dan sungguh, Kami telah menciptakan kamu, kemudian membentuk (tubuh)mu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam,” maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia (Iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud.
Al-A'raf 7:12
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ
(Allah) berfirman, “Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?” (Iblis) menjawab, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”
Al araf 11-12
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami membentuk rupamu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat: "Tunduk dan*patuhlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. (11)
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangmu daripada tunduk ketika Akumenyuruhmu?" Iblis menjawab: o'Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahaiTuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. (12). (al-A'raaf:11-12).
Firman Allah di dalam ayat-ayat di atas menunjukkan Iblis juga termasuk dalam golongan makhluk yang diperintah Allah supaya tunduk kepada Adam bersama-samapara malaikat, walaupun ia bukan dari kalangan malaikat. Bukti ia bukan dari*kalangan malaikat ialah firman Allah di bawah ini:'
Al-Kahfi 18:50
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ ٱلْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِۦٓۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُۥ وَذُرِّيَّتَهُۥٓ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِى وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّۢۚ بِئْسَ لِلظَّٰلِمِينَ بَدَلًا
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Dia adalah dari (golongan) jin, maka dia mendurhakai perintah Tuhannya. Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, padahal mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah (Iblis itu) sebagai pengganti (Allah) bagi orang yang zhalim.
Kaf 50
Bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada paramalaikat: "Tunduk dan beri hormatlah kamu kepada Adam; maka mereka tundukmemberi hormat melainkan Iblis. Dia adalah dari golongan jin. Dengan itu ia mendurhakai perintah Tuhannya. Maka, patutkah kamu hendak menjadikan Iblis danketurunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi .pemimpin selaindaripadaku? Sedang mereka itu adalah musuhmu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yangzalim. pengganti yang mereka pilih itu. (al-Kahf:50).
80 Tidak tersebut di dalam ayat ini sebab dan alasan Iblis enggan dan takabbur, tidakmahu tunduk dan hormat kepada Adam, sehingga ia termasuk dalam golongan yangkafir. Di dalam dua ayat di bawah ini disebutkan sebab dan alasannya:
Al-A'raf 7:12
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍ
(Allah) berfirman, “Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?” (Iblis) menjawab, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”
Al araf 12
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangmu daripada tunduk ketika Akumenyuruhmu??' Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahaiTuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. (al-A'raaf:12)
Al-Hijr 15:33
قَالَ لَمْ أَكُن لِّأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُۥ مِن صَلْصَٰلٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ
Ia (Iblis) berkata, “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk.”
Al hijr 33
Bermaksud: Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan tunduk kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanahkental yang berubah warna dan baunya." (a1-Hijr:33).59
Tiada ulasan:
Catat Ulasan