Rabu, April 01, 2020

Qawaid tafsir 2018 sesi 16

Qawaid tafsir 2018 sesi 16


قاعدة 35
Qawaid tafsir 2018 sesi 16


قاعدة 35
اَلْأَمْرُ بِالشَّيْءِ  يَسْتَلْزِمُ النَّهْيَ عَنْ ضِدَّهِ

Perintah supaya melakukan sesuatu bererti juga melarang daripada melakukan lawannya.

Dengan kata lain dapat juga disimpulkan begini: "Lawan bagi sesuatu yang disuruh adalah dilarang." Apabila Allah memerintahkan supaya hambaNya melakukan sesuatu perkara, maka secara tidak langsung ia bererti Dia juga melarang daripada melakukan lawan bagi apa yang diperintahNya. Sebagai contohnya apabila Allah menyuruh hambaNya bersembahyang, maka ia secara tidak langsung bererti Allah juga melarang daripada tidak bersembahyang. Secara logiknya apabila anda menyuruh seseorang supaya diam (tidak bergerak), bererti anda melarangnya bergerak. Kerana bergerak adalah lawan diam. Justeru tidak mungkin anda boleh melakukan sesuatu yang disuruh seseorang dan dalam masa yang sama anda tidak meninggalkan lawannya. Bagaimanapun terlarangnya lawan bagi sesuatu yang disuruh adalah berdasarkan kemestian menurut akal (لزوم عقلي) , bukan ia terkandung dalam erti perintah atau suruhan itu sendiri.Selain contoh perintah bersembahyang, lihat juga contoh-contoh lain seperti perintah bertauhid, berzakat, berpuasa, berbuat baik kepada dua ibu bapa,bersilaturahim,bersabar dan lain2 .Semua lawannya dilarang.

55

قاعدة 36
اَلْأَرُ بِوَاحِدٍ مُبْهَمٍ مِنْ أَشْيَاءَ مُخْتَلِفَةٍ مُعَيَّنَةٍ، هَلْ يُوْجِبُ وَاحِدًا مِنْهَا عَلَى اسْتِوَاءٍ

Perintah supaya melakukan salah satu daripada beberapa perkara tertentu yang berlainan jenisnya secara tidak tentu, adakah setiap satu daripadanya sama saja daripada segi taraf kewajibannya?

36

Keterangan: Apabila Allah menyuruh kita melakukan salah satu daripada beberapa perkara yang berlainan jenisnya secara tidak tentu, apakah setiap satu daripadanya merupakan kewajipan yang sama tarafnya atau tidak sama? Jawabnya ya, sama saja taraf kewajibannya. Menurut pendapat yang sahih ialah jika perintah itu memberi pilihan di antara beberapa perkara dari jenis yang sama, cuma pilihan berbeza daripada segi kull dan juzu'nya atau daripada segi sedikit dan banyaknya, maka taraf hukumnya akan berbeza-beza.Dan jika perintah itu rnemberi pilihan di antara beberapa perkara dari jenis yang berlainan, maka taraf kewajibannya adalah sama. Kecuali kalau ada dalil dan petunjuk yang menunjukkan sememangnya ada perbezaan taraf di antaranya.Contoh aplikasi qaedah ini pada perkara-perkara yang berlainan jenisnya dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini:

Al-Ma'idah 5:89

لَا يُؤَاخِذُكُمُ ٱللَّهُ بِٱللَّغْوِ فِىٓ أَيْمَٰنِكُمْ وَلَٰكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ ٱلْأَيْمَٰنَۖ فَكَفَّٰرَتُهُۥٓ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَٰكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٍۚ ذَٰلِكَ كَفَّٰرَةُ أَيْمَٰنِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْۚ وَٱحْفَظُوٓا۟ أَيْمَٰنَكُمْۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 



Bemaksud: Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah karnu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka atau rnemerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak Yang demikian itu.r ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya(hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.(al-Maa'idah:89).

Menerusi ayat ini Allah mernberi pilihan di antara beberapa perkara dari jenis yang berlainan sebagai kaffarah sumpah, iaitu
(1) Memberi makan sepuluh orang rniskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluargamu.
(2)Memberi pakaian untuk mereka.
(3) Memerdekakan seorang hamba.
(4) Dalam keadaan tidak dapat menunaikan denda yang tersebut, seseorang hendaklah berpuasa tiga hari sebagai kaffarah sumpahnya.
Menurut qaedah ke-36 ini, oleh kerana  kuffarah  tersebut berlainan jenisnya, maka taraf kewajibannya adalah sama sahaja. Seseorang yang bersumpah boleh saja memilih mana-mana satu daripada kaffarah yang tersebut itu untuk melepaskan kewajiban yang ditanggungnya.Contoh aplikasi qaedah ini pada perintah Allah yang memberi pilihan di antara beberapa perkara dari jenis yang sama, curla pilihan berbeza daripada segi kull dan juzu'nya atau daripada segi sedikit dan banyaknya pula dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini:
 /o )rJj 'ot:,ii ,j::: #:;i o j* + ,;,hl j;,,2a.

Bermaksud: 
Wahai orang yang berselimut!.(l).
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa(yang tak dapat tidak untuk berehat) (2)
Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu(3)
Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-quran dengan "Tartil".(4).
(al-Muzzammll:1-4).

Firman Allah ini memberi pilihan kepada Rasulullah s.a.w. untuk bersembahyangtahajjud sepanjang satu per tiga malarn, atau separuh malam atag dua per tiga malam.
Pada firn-ranNya انقص منه (kurangkan sedikit dari separuh malarn itu) difahami satu pertiga malam. Pada firmanNya زد عليه (lebihkan sedikit daripadanya) difahami dua pertiga malam. Setiap satu daripada bahagian-bahagian malam yang tersebut itu merupakan kadar lebih dan sedikit daripada waktu malam. Maka bersembahyang tahajjud sepanjang satu per tiga malam adalah suatu perintah yang wajib dilaksanakanoleh Rasulullah s.a.w. Kerana ia merupakan kadar yang paling rendah disebutkan.
Sementara bersembahyang tahajjud sepanjang separuh malam atau dua per tiga malam pula hanyalah sunat dan mustahab kepada Baginda s.a.w.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan