Qawaid tafsir 2019 50 Qaedah jelas
Daripada Al-qur'an untuk panduan Hidup Manusia
Qaedah Pertama:
Firman Allah s.w.t.
(al-Baqarah: 83).
ِ وَقُولُوا۟ لِلنَّاسِ حُسۡنًا
Bermaksud: Ucapkanlah kata-kata yang baik
kepada manusia
Qaedah Kedua:
Firman Allah s.w.t.
(al-Baqarah :216).
وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـًٔا وَهُوَ خَیۡرٌ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمۡۚ
Bermaksud:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu
Qaedah Ketiga:
Firman Allah s.w.t.
al-Baqarah:237
وَلَا تَنسَوُا۟ ٱلۡفَضۡلَ بَیۡنَكُمۡۚ
Bermaksud: Dan janganlah kamu melupakan
kelebihan di antara kamu
Qaedah Keempat:
Firman Allah s.w.t.
بَلِ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِیرَةٌ 14
وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِیرَهُۥ(15)
Bermaksud:
Bahkan manusia itu(anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri (14)
Walaupun dia memberikan
alasan-alasannya
(untuk membela diri)(15).
(al-Qiyaamah: 14-I5).
-
Qaedah Kelima:
Firman Allah s.w.t.
Thaa Ha 20:61
وَقَدْ خَابَ مَنِ ٱفْتَرَىٰ
Bermaksud: sesungguhnya orang yang
berdusta, tetap hampa dan kecewa.
(Thaha:61).
Qaedah Keenam:
Firman Allah s.w.t.
An-Nisaa' : 128
وَٱلصُّلۡحُ خَیۡرٌۗ
Bermaksud:Perdamaian itu lebih baik (bagi
mereka) daripada bercerai-berai .
Qaedah Ketujuh:
Firman Allah s.w.t
at-Taubah:91
مَا عَلَى ٱلۡمُحۡسِنِینَ مِن سَبِیلٍۚ
Bermaksud:
Tidak ada jalan sedikitpun untuk
menyalahkan orang orang yang berbuat baik.
Qaedah Kelapan:
Firman Allah s.w.t.
al-An' aam :164
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰۚ
Bermaksud: dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya
sahaja) ;
Qaedah Kesembilan:
Firman
Allah s.w.t
Aali 'Imraan:36
.وَلَيْسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلْأُنثَىٰۖ
Bermaksud:
anak lelaki dengan anak perempuan memanglah tidak sama
Qaedah Kesepuluh:
Firman Allah s.w.t.
(Muhammad:7)
إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Bermaksud:
Jika kamu membela (agama)
Allah, nescaya Allah membela kamu dan
meneguhkan kedudukanmu.
Qaedah Kesebelas:
Thaa Ha 20:69
ٍۖ وَلَا يُفْلِحُ ٱلسَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ
Firman Allah s.w.t.
Bermaksud tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang.
Qaedah Kedua Belas:
Firman Allah s.w.t
al-Hujuraat:13
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Bermaksud: Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.
Qaedah Ketiga Belas:
Firman Allah s.w.t.
An-Nisaa' : 11
ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًاۚ
Bermaksud:
(Tentang) orang tuamu dan
anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara
(banyak) manfa'atnya bagimu.
Qaedah Keempat Belas:
Firman Allah s.w.t.
Al-Qasas 28:50
فَإِن لَّمْ يَسْتَجِيبُوا۟ لَكَ فَٱعْلَمْ أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهْوَآءَهُمْۚ
Bermaksud:
Maka jika mereka tidak
dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya
mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada
orang yang menurut hawa nafsunya.
(al-Qashash:50).
Qaedah Kelima Belas:
Firman Allah s.w.t
Al-A'raf 7:128
وَٱلْعَٰقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ
Bermaksud: Dan akibat kesudahan yang baik
adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
Qaedah Keenam Belas:
Firman Allah s.w.t.
Al-Ma'idah 5:100
قُل لَّا يَسْتَوِى ٱلْخَبِيثُ وَٱلطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ ٱلْخَبِيثِۚ
Bermaksud: Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik"
(al-Maa'idah:100).
Qaedah Ketujuh Belas:
Firman Allah s.w.t.
Al-Qasas 28:26
إِنَّ خَيْرَ مَنِ ٱسْتَـْٔجَرْتَ ٱلْقَوِىُّ ٱلْأَمِينُ
Bermaksud: Sesungguhnya sebaik-baik
orang yang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.
(al-Qashash:26).
Qaedah Kelapan Belas:
Firman Allah s.w.t.
Fathir 35:43
وَلَا يَحِيقُ ٱلْمَكْرُ ٱلسَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِۦۚ
Bermaksud:
Rencana Yang Jahat Itu Tidak Akan Menimpa Selain Orang Yang Merencanakannya Sendiri"
(Faatir: 43)
Qaedah Kesembilan Belas:
Firman Allah s.w.t.
Al-Baqarah 2:179
وَلَكُمْ فِى ٱلْقِصَاصِ حَيَوٰةٌ
Bermaksud: Dan dalam qishash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu.
(al-Baqarah :179).
Qaedah Kedua Puluh:
Firman Allah s.w.t.
Al-Hajj 22:18
وَمَن يُهِنِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن مُّكْرِمٍۚ
Bermaksud: dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah, maka tidak akan ada sesiapapun yang dapat memuliakannya.
(al-Hajj:18).
Qaedah Kedua Puluh Satu:
Firman Allah s.w.t.
At-Taubah 9:119
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَكُونُوا۟ مَعَ ٱلصَّٰدِقِينَ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.(at-Taubah: 119).
Qaedah Kedua Puluh Dua:
Firman Allah s.w.t.
Yusuf 12:90
إِنَّهُۥ مَن يَتَّقِ وَيَصْبِرْ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ ٱلْمُحْسِنِينَ
Bermaksud: Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
(Yusuf: 90).
Qaedah Kedua Puluh Tiga:
Firman Allah s.w.t.
Al-Baqarah 2:189
وَأْتُوا۟ ٱلْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَٰبِهَاۚ
Bermaksud: Dan masuklah kerumah-rumah itu dari pintunya
(al-Baqarah:189).
Qaedah Kedua Puluh Empat:
Firman Allah s.w.t.
Al-'Ankabut 29:69
وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ
Bermaksud: Dan orang-orang yang berjihad (berusaha dengan bersungguh-sungguh) kerana Kami (demi memenuhi kehendak agama Kami), sesungguhnya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
(al-'Ankabut:69).
Qaedah Kedua Puluh Lima:
Firman Allah s.w.t.
Al-Isra' 17:59
وَمَا نُرْسِلُ بِٱلْءَايَٰتِ إِلَّا تَخْوِيفًا
Bermaksud: dan biasanya Kami tidak memberi mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran(bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman).
(al-Israa':59).
Qaedah Kedua Puluh Enam:
Firman Allah s.w.t.
Al-Hujurat 49:6
إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟
Bermaksud: Jika datang kepadamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya)
(al-Hujuraat:6).
Qaedah Kedua Puluh Tujuh:
Firman Allah s.w.t.
Fathir 35:18
وَمَن تَزَكَّىٰ فَإِنَّمَا يَتَزَكَّىٰ لِنَفْسِهِۦۚ
Bermaksud: dan sesiapa yang
membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang), maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri.
(Faathir:18)
Qaedah Kedua Puluh Lapan:
Firman Allah s.w.t.
Hud 11:85
وَلَا تَبْخَسُوا۟ ٱلنَّاسَ أَشْيَآءَهُمْ
Bermaksud: dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka.
(Huud:85).
Qaedah Kedua Puluh Sembilan:
Firman Allah s.w.t.
An-Nisa' 4:45
وَٱللَّهُ أَعْلَمُ بِأَعْدَآئِكُمْۚ
Bermaksud: Dan Allah lebih mengetahui (dari pada kamu) tentang musuh-musuhmu.
(an-Nisaa' :45).
Qaedah Ketiga Puluh:
Firman Allah s.w.t.
At-Thalaq 65:3
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓۚ
Bermaksud: Dan sesiapa yang bertawakkal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
(at-Thalaq:3).
Qaedah Ketiga Puluh Satu:
Firman Allah s.w.t.
An-Nisa' 4:19
وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۚ
Bermaksud:Dengan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
(An nisa:19)
7
Qaedah Ketiga Puluh Dua:
Firman Allah s.w.t.
Al-Hajj 22:47
وَلَن يُخْلِفَ ٱللَّهُ وَعْدَهُۥۚ
Bermaksud: Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya.
(al-Hajj :47).
Qaedah Ketiga Puluh Tiga:
Firman Allah s.w.t.
Al-Qasas 28:77
وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْءَاخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنْيَاۖ
Bermaksud: Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia.
(al-Qashash:77).
Qaedah Ketiga Puluh Empat:
Firman Allah s.w.t.
Al-Baqarah 2:120
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ ٱلْيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْۗ
Bermaksud: Orang-orang Yahudidan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
(al-Baqarah:120).
Qaedah Ketiga Puluh Lima:
Firman Allah s.w.t.
Al-Baqarah 2:186
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌۖ
Bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku
adalah dekat.
(al-Baqarah:186).
Qaedah Ketiga Puluh Enam:
Firman Allah s.w.t.
At-Taghabun 64:16
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ
Bermaksud: Maka bertaqwalahkamu kepada Allah menurut kesanggupanmu (at-Taghabun:16).
Qaedah Ketiga Puluh Tujuh:
Firman Allah s.w.t.
Hud 11:112
فَٱسْتَقِمْ كَمَآ أُمِرْتَ
Bermaksud: Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana
yang diperintahkan kepadamu
(Huud:112).
Qaedah Ketiga Puluh Lapan:
Firman Allah s.w.t.
Az-Zalzalah 99:7
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥ
Az-Zalzalah 99:8
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ
Bermaksud: Maka sesiapa yang
mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.(7)
dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat
(balasan)nya pula. (8)
(az-Zalzalah:7 -8).
Qaedah Ketiga Puluh Sembilan:
Firman Allah s.w.t.
Asy-Syarh 94:7
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
Asy-Syarh 94:8
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب
Bermaksud: Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh(urusan)yang lain.(7)
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap(8)
(al-Insyiraah:7-8).
Qaedah Keempat Puluh:
Firman Allah s.w.t.
An-Nahl 16:90
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْل
Bermaksud: Sesungguhnya Allah
menyuruh (kamu) berlaku adil (an-Nahl:90).
Qaedah Keempat Puluh Satu:
Firman Allah s.w.t.
Asy-Syura 42:30
وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُوا۟ عَن كَثِيرٍ
Bermaksud: Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu
sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu).
(asy-Syura:30).
Qaedah Keempat Puluh Dua:
Firman Allah s.w.t.
Al-Ma'idah 5:89
وَٱحْفَظُوٓا۟ أَيْمَٰنَكُمْۚ
Bermaksud: Dan jagalah sumpahmu.
(al-Maa' idah: 89).
Qaedah Keempat Puluh Tiga:
Firman Allah s.w.t.
Al-Hasyr 59:9
وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Bermaksud: Dan sesiapa yang
menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabi'at bakhilnya,
merekalah orang-orang yang berjaya.(al-Hasyr: 9).
Qaedah Keempat Puluh Empat:
Firman Allah s.w.t.
Al-Hasyr 59:7
وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ۚ
Bermaksud: dan apa jua
perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta
amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya
(al-Hasyr:7).
Qaedah Keempat Puluh Lima:
Firman Allah s.w.t.
Hud 11:114
إِنَّ ٱلْحَسَنَٰتِ يُذْهِبْنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِۚ
Bermaksud: Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang
buruk.
(Huud:114).
Qaedah Keempat Puluh Enam:
Firman Allah s.w.t.
Al-Baqarah 2:197
وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ ٱللَّهُۗ
Bermaksud: Dan apa yang
kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya.
(al-Baqarah:197)'
Kaedah Keempat Puluh Tujuh:
Firman Allah s.w.t.
At-Taghabun 64:11
وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥۚ
Bermaksud: dan sesiapa yang
beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah
berlaku itu dengan tenang dan sabar)
Kaedah Keempat Puluh Lapan:
Firman Allah s.w.t.
Al-Baqarah 2:60
قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْۖ
Bermaksud: sesungguhnya
tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-
masing.(al-Baqarah:60).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan