Isnin, Mei 18, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 01.(1)(e2)nota1(003).

Daurah tafsir 2019 sesi 01.(1)(e2)nota1(003).

Nasaa'i, Abu Ya'la, at-Thabaraani, al-Haakim, Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain).

(3)
أَنَّ رسولَاللهِ صلى عليه وسلم قَالَ: لا صلاةَ  لمن يَقرأ بِفَاتحةِ الكِتابِ
Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada sembahyang bagi orang yang tidak membaca Fatihatil Kitab (Surah al-Fatihah).
(Hadits riwayat al-Bukhari,Muslim dan lain-lain).

(4)
فاتحة الكتاب سورة لم ينز في التوراة في الإنجيل ولا في الزبور ولا في القران مثله
Bermaksud: Tidak pernah turun sama ada di dalam Taurat, Injil atau Zabur dan Qur'an seumpama Surah al-Fatihah. (Hadits riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah,Tirmidzi, an-Nasaa'i dan lain-lain).

Kelebihan Ucapan آمين Secara Khusus
Ma'na آمين ialah terimalah (doa kami). Selepas selesai membaca Surah al-Fatihah kita disuruh Nabi mengucapkannya. Lihat saja hadits baginda berkenaan di bawah ini:
عَنْ أَبِي هُرَيْرًةَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قال:إِذَ أَمَّنَ الإِمَامُ فَأَمِّنُوا فَإِنَّه مِنْ وَافَقَ تَأْمِينَ الْمَلَائكَةِ غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Bermaksud: Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila imam mengucapkan 'Aamin', kamu ucapkan juga Aamin (bersamanya). Kerana orang yang ucapan Aaminnya
berbetulan dengan Aamin para malalkat, diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu."
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kesinambungan Surah Al-Fatihah Dengan Dua Surah Terakhir Di Dalam AI-Qur'an
Al-Qur'an diakhiri dengan dua surah yang memproklamasikan sifat rububiyyah Allah,رب الفلق dan رب الناس.Surah al-Fatihah juga dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah sebagai Rab (Tuhan) bagi sekalian 
alam, الحمد لله رب العالمين bererti ia juga memproklamasikan sifat rububiyyah Allah seperti dua Surah di penghujung al-Qur'an itu.Kesedaran tentang adanya Tuhan sebagai Rabb (Tuhan yang mempunyai sifat rububiyyah) itulah yang mendorong manusia memuji, memuja dan memohon segala  hajat kepadaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan