Ahad, Mei 10, 2020

K014 Mudah urus kanak-kanak adik beradik di rumah sebenarnya sebab usia mereka berbeza,Nak bersaing pun keupayaan berbeza

K014 Mudah urus kanak-kanak adik beradik di rumah sebenarnya sebab usia mereka berbeza,Nak bersaing pun keupayaan  berbeza

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua. 

Jika kanak-kanak dalam satu kelas pun mudah rasa tersaing antara satu sama lain,
Apatah lagi anak anak kita dalam satu rumah, kan ?

Lebih mudah urus kanak-kanak adik beradik di rumah sebenarnya sebab usia mereka berbeza,
Nak bersaing pun keupayaan / kemampuan berbeza,
Cuma Mak Ayah aja sama 😁.

Satu dari cara berfikir yang saya gunakan semasa anak kedua lahir, ialah:-

🏑Tiada sesiapa merampas kedudukan nombor anak no 1,
Sebab dia tetap abanglong, anak no 1,

🏑Manakala anak no 2 ni tetap kedudukan anak no 2 yang tiada boleh rampas juga,
Maksudnya setiap anak dialah pemula, dialah pengakhir (bagi kes bukan kembar, kan),

🏑Tiap satu dianugerahkan 100% atau 300% kasih sayang 'full' tak berbelah bahagi, sebab kedudukan masing masing berbeza di kerusi berbeza.

Setiap anak unik. 

Kini sudah 3 anak,

Tiap satu pun sangat comel dan tersendiri,

Ada kelebihan, keunikan tersendiri,

Dihadiahkan kasih sayang 100% sama setiap seorang semenjak terjadi atau tercambahnya benih kejadian mereka.

Kasih sayang mak ayah mereka tiga ni semakin berkembang melimpah ruah,
Tak kurang sikit pun bila anak yang baru lahir,
Semakin lama semakin banyak 😍😍😍👍

Ada 7 tips mudah saya tulis dulu,
Mungkin boleh bantu anda,
Untuk atasi isu anak / adik beradik gaduh & tak ngam.

Ebook.maznahibrahim.com/ngam

CARE❤,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan