K023 Setiap perkataan adalah doa
[Bila dah tak ter'handle']
.
Saya dapati ramai ibubapa yang 'struggle' nak 'handle' anak-anak bila datang situasi mencabar.
.
Bila dah tak ter'handle', biasanya mulalah keluar parkataan yang tak sesuai didengar, terutama untuk anak-anak.
.
Setiap perkataan itu adalah DOA.
------
.
Benar, inilah yang dikongsikan dengan saya oleh klien-klien kaunseling yang datang bertemu dengan saya.
Ada yang menyatakan kekesalan mereka tentang cara 'parenting' mereka dahulu,
dan sekarang terpaksa menanggung akibatnya.
Tidak kurang juga 'survivor'-anak yang sudah dewasa yang berkongsi bagaimana mereka diperlakukan oleh ibu bapa sehingga terpaksa melalui sesi terapi dewasanya.
.
Saya boleh melihat 'pattern' ini, kerana sebagai kaunselor, biasanya saya akan bertemu dengan ibubapa / anak dalam keadaan sudah lewat, kesan 'parenting' yang bertahun-tahun sejak anak-anak kecil.
Saya rasakan saya perlu lakukan sesuatu, kerana di posisi ini, saya nampak punca dan akibatnya.
.
Saya percaya dengan menggunakan teknik dan perkataan yang baik, situasi begini dapat dielakkan atau dicegah, malah dapat meningkatkan hubungan baik anak-anak dengan ibu bapa serta
menambah keyakinan ibubapa sendiri untuk hadapi situasi sebegini.
.
Jika dilakukan dengan teknik dan cara yang betul, InsyaAllah apa yang kita akan tuai adalah yang lebih baik. Terutama jika kita bermula awal.
i
-------
.
Bila kita gunakan perkataan yang kurang sesuai, maka anak pun tidak akan respon dengan baik.
Lama-lama bila berterusan, ibubapa pun boleh jadi stres dan akan mula memberi tekanan atau marah kepada anak.
Lebih lagi bila nampak kesan 'onthespot', iaitu anak balas atau jadi sebiji macam gaya mereka sendiri.
.
Bila berterusan komunikasi ini tidak diperbaiki, maka anak-anak pun akan mula menunjukkan / melakukan bantahan secara sengaja / tidak seperti:
.
tak mahu ke sekolah
suka mandi lambat
bergaduh adik beradik
suka melawan ibu bapa dan seterusnya
.
Namun bukan semua disebabkan itu, ada juga situasi mencabar anak-anak ini disebabkan oleh fasa perkembangan normal anak, yang ibu bapa tidak perasan / tahu.
Contohnya apabila umur anak 2-3 tahun, anda akan lihat anak mudah tantrum, mengamuk, dll - ini adalah normal dalam fasa umur begini.
.
Tetapi jika ibu bapa tidak ada pengetahuan tentang ini, anak akan menjadi mangsa.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan