Sabtu, Mei 16, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0015

Qawaid tafsir 2018  kaedah 0015
قاعدة 15 إِذَا  رَتَّبَ الشَّرِعُ الْحُكْمَ عَلى أَنَّ ذَلِكَ يَدُلُّ عَلَى أَنَّ ثُبُوْتَهُ لِأَجْلِهِ

Apabila Allah mengikat sesuatu hukum atau perkara dengan sesuatu sifat tertentu. maka itu menunjukkan adanya hukum kerana adanya sifat tersebut.

Menurut sesetengah 'ulama. qaedah ini lebih terang kalau dikatakan begini:-
ترتب الحكم على الوصف يقتضي عليه ذلك الوصف لذلك الحكك

Maksudnya: Sesuatu hukum jika dikaitkan dengan sesuatu sifat tertentu, maka ia menunjukkan sifat itulah yang menjadi 'illat bagi hukum tersebut.

Contoh yang dapat dikemukakan untuk qaedah ini ialah firman Allah berikut:

1) Al-Ma'idah 5:38
وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقْطَعُوٓا۟ أَيْدِيَهُمَا جَزَآءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكَٰلًا مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ 
Bermaksud: Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(al-Maa'idah:38).

وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقْطَعُوٓا۟ أَيْدِيَهُمَا 
Bermaksud: Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri,
-potonglah tangan
-dikait dgn sifat ttt iaitu sifat mencuri
-ada sifat mencuri baru ada hukum potong tangan.
-kata imam abu hanifah, nabash(curi kain kafan)
Minit 14
-tak kena potong tangan.disini ada syubhah.
-hukum hudud dihindari jika ada syubhat.

keduanya sebagai satu balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(al-Maa'idah:38).

(2)An-Nur 24:2

ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى فَٱجْلِدُوا۟ كُلَّ وَٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِا۟ئَةَ جَلْدَةٍۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ 

Bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agamaAllah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklahdisaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dariorang-orang yang beriman. 
(an-Nuur:2).
-zina lain ,liwat lain.
-sebabnya adalah ilat

(3) Al-Infithar 82:13
إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ 
Bermaksud; Sesungguhnya orang-orang yang berbakti, tetap berada dalam Syurga yang penuh ni'mat; 
(13)

Al-Infithar 82:14
وَإِنَّ ٱلْفُجَّارَ لَفِى جَحِيمٍ 
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat 
dalam Neraka yang menjulang-julang. (14). 

-orang ada sifat berbakti sebab yg melayakan dia kesyurga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan