Khamis, Mei 21, 2020

Tafsir asas quran nota 2(018)

Tafsir asas quran nota 2(018)

Al-Isra' 17:14
ٱقْرَأْ كِتَٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ ٱلْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا 

Bermaksud: Bacalah buku (suratan amalanmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan).(Al-Israa":14).

Menurut al-Qaffaal, perkara ini telah dijelaskan oleh Allah s,w,t" di dalarn Sibaaq ayat-ayat tersebut, iaitu di dalam ayat ke tiga belas sebelumnya:

Al-Qiyamah 75:13
يُنَبَّؤُا۟ ٱلْإِنسَٰنُ يَوْمَئِذٍۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ 

Bermaksud: Pada hari itu, manusia akan diberitahu tentang apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. (al-qiyaamah:13).

Lalu apabila bacaan mereka sampai kepada catitan-catitan amalan buruk masing-masing,mereka akan mempercepatkan bacaan kerana gerun dan takut kepada balasan yang akan diterima serta malu untuk mendedahkannya di hadapan khalayak rarnai di Mahsyar nanti.Pada ketika itulah dikatakan kepadanya:

لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ
Menurut al-Qaffaal, maksudnya ialah janganlah engkau membaca dengan cepat suratan
amalanmu itu. Kerana;
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ(17)
Al-Qaffaal mentafsirkannya dengan kata beliau: "sesungguhnya Kami telah mengumpulkan segala-galanya di dalam buku suratan amalanmu itu dan Kami pasti akan
membacanya (di hadapanmu)".Ayat kelapan belas selepasnya, iaitu:
فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ(18)
Menurut tatbiran al-Qaffaal adalah: Apabila Kami selesai membacanya, terima sajalah kandungan apa yang dibaca itu". Ayat kesembilan belas selepasnya pula, iaitu:

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ(19)
18
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan