Video animasi 05(e2)
Kali ini kita akan bahas fiil sahih dan fiil muktal.
Kita akan tinjau fiil ditinjau dari huruf2 penyusun.
Dlm pelajaran lepas kita telah belajar fiil menjadi 3.
Fiil madhi,fiil mudharik dan fiil amar
Ambil contoh fiil madhinya كَتَبَ telah menulis fiil mudharik يَكْتُبُ sedang menulis dan fiil amarnyaأُكٍتُبْ tulislah.
Seluruh fiil ini akan terbahagi lagi menjadi dua ditinjau dr huruf2 penyusunnya.
Satu fiil sahih
Dua fiil muktal
Apa itu fiil sahih?
Apa itu fiil muktal?
Fiil sahih adalah fiil yg huruf penyusunnya tidak mengandung huruf ilat.
Sebaliknya fiil muktal adalah fiil yg huruf penyusunnya mengandung huruf ilat.
Huruf ilat dlm ilmu nahu dan sorof ada tiga
Pertama ا
Kedua و
Ketiga ي
Jadi bila dlm huruf penyusun fiil ada salah satu atau lebih huruf2 ilat ini yakni ا و dan ي maka fiil itu adalah fiil muktal.
Namun perlu dicatat bahawa ا yg dimaksud pada huruf ilat berbeza dgn huruf أ(hamzah)
Saya ingatkan kembali bahawa ا bukanlah أ(hamzah).
Bila kita ingin bezakan secara mudah ا dgn أ(hamzah)
Maka sederhananya bisa kita katakan bahawa ا yg berbaris َ ُ ِ atau ْ itu disebut dgn hamzah,sedang اsendiri tidak berharakat (berbaris).
Ia hanya fungsinya untuk huruf mad atau memanjangkan kata.contohnya قَالَ yg ertinya telah berkata , ا ini adalah huruf ilat
Ada pun أَكَلَ telah makan,maka itu bukan ا melainkan hamzah. Sehingga kita boleh mengatakan قَالَ sebagai fiil muktal kerana ada huruf ilatnya.tetapi kita tidak boleh mengatakan أَكَلَ sebagai fiil muktal kerana itu bukan ا melainkan hamzah.
Contoh lain untuk fiil sahih sangat banyak dan sebhg besar fiil itu sahih.
Ertinya tidak mengandung huruf ilat.
Diantaranya
menulis كَتَبَ
membaca قَرَأَ
mendengar سَمِعَ
memuji حَمِدَ
baik حَسُنَ
bagus جَمُلَ
Ada contoh muktal sudah saya sebut قَالَ.
Dimana muktalnya?
Setelah huruf ق ada alif ا ,maka قَالَ disebut dgn fiil muktal.
Fiil muktal ini ada huruf ilatnya ini ada didepan,ditengah dan diakhirnya.
Contoh didepan
berjanji وَعَدَ
meletakan وَضَعَ
Contoh ditengah
berpuasa صَامَ
berdiri قَامَ
Contoh dibelakang
berdoa دَعَا
membangun بَنَى
Perhatikan bahawa semua fiil tersebut mengandung huruf ilat.Lalu apa manfaat kita mengetahui suatu fiil itu sahih atau muktal?
Manfaatnya adalah dengan mengetahui suatu fiil sahih atau muktal maka kita akan mengetahui tashrifnya atau pola perubahan kata.
Kenapa?
Kerana tashrif (pola perubahan kata)fiil sahih dengan tashrif fiil muktal hal itu berbeza.
Perhatikan ilustrasi berikut
Fiil madhiكَتَبَ fiil mudharik يَكْتُبُ fiil amar اُكْتُبْ
Fiil madhi قَالَ fiil mudharik يَقُوْلُ fiil amar قُلْ
Perhatikan Fiil madhiكَتَبَdan fiil amarnya اُكْتُبْ
Lihat كَتَبَ jadi يَكْتُبُ ada 3 huruf ك ت ب berbaris atas dan fiil amar اُكْتُبْ
Bandingkan dgn fiil muktal ,maka disini ada sedikit perbezaan ,contohnya قَالَ،memang 3 huruf tetapi lihat bahawa kata قَالَini berbaris 2 ,yakni ق dan ل sahaja sedang ا nya tidak berharakat.
Fiil mudhariknya يَقُوْلُ pada hal kalau mengikuti يَكْتُبُ seharusnya menjadi يَقْوُلُ begitu pula fiil amarnya apabila mengikuti اُكْتُبْ maka seharusnya jadi اُكْوُلْ
Ini faedahnya kita pelajari fiil sahih dan fiil muktal.
Dimana nanti kita akan pelajari bahawa perubahan kata pada fiil muktal tidaklah sama antara satu kata yg lain.
Berbeza dengan fiil sahih yg sudah ada aturan bakulnya.
Nah bg pemula sangat penting mempelajari fiil sahih terlebih dahulu dibandingkan fiil muktal.
Kenapa?
Kerana Fiil sahih rumusnya seragam sedangkan fiil muktal meskipun ada rumusnya akan tetapi tidak seragam.
Kesimpulan dari pelajaran kali ini fiil ditinjau dari huruf penyusunnya terbahagi menjadi sahih dan fiil muktal
Fiil sahih yg huruf penyusunnya tidak mengandung huruf ا و ي sedang kan fiil muktal mengandung huruf ا و ي
Tiada ulasan:
Catat Ulasan