Rabu, Jun 03, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 1(009)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 1(009)

masuk syurga selain mati.
(Hadits riwayat at-Thabaraani, an-Nasaa'i, Ibnu as-Sunni
dan lain-lain).

(3)
Syaitan berupa manusia yang pernah hendak mencuri makanan, tiba-tiba ditangkap oleh Abu Hurairah yang berkawal menceritakan tentang kelebihan ayat al-Kursi.
Ceritanya itu kemudiannya disahkan oleh Rasulullah s.a.w. Kata syaitan itu:
Bermaksud: Apabila engkau telah ke tempat tidurmu, bacalah ayat al-Kursi 'awal hinggi ke akhir ayat.
Dengan membacanya akan terus ada pengawal
daripada Allah yang mengawalmu dan syaitan sama sekali tidak akan dapat menghampirimu hingga ke pagi.
(Hadits riwayat al-Bukhari).

Kelebihan Dan Fadhilat Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah Secara Khusus

Rasulullah s.a.w. Maksudnya: Dua ayat  diakhir surah albaqarah,sesiapa membacanya pada suatu malam ,ia akan mencukupi untuknya(pada malam itu)
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Perkaitan Surah Al-Baqarah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
Di dalam Surah al-Fatihah telah tersebut golongan yang dimurkai Allah  المغضوب عليهم. Mereka adalah orang-orang Yahudi. Di dalam Surah al-Baqarah disebutkan
kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh mereka di sepanjang sejarah. Di dalam Surah al-Fatihah juga telah tersebut golongan yang sesat (الضالين). Mereka adalah
orang-orang Kristian. Di dalam Surah Aali 'Imraan yang akan menyusul selepas Surah al-Baqarah ini pula disebutkan kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh mereka di sepanjang sejarah. Akibatnya mereka hilang kelayakan untuk menjadi pemimpin manusia. Hamba-hamba Allah yang sebenar dan mu'min sejati tidak akan mahu memilih jalan yang dilalui kedua-dua golongan itu.

Di dalam Surah al-Fatihah tersebut doa orang   
mu'min(اهدنا الصراط المستقيم). Ia diterima Allah, lalu sebagai respons terhadapnya Allah mengurniakan sebuah buku panduan telah bersabda:

9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan