Rabu, Jun 03, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(018)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(018)

dalamnya tersebut seruan kepada Bani Israil supaya kembali kepada ajaran nenek moyang mereka dahulu, khususnya Nabi Ibrahim a.s.Mereka diberi tahu bahawa Allah telah melantik Nabi Ibrahim menjadi imam
(pemimpin) kepada semua manusia إنى جاعلك الناس إماما Tetapi Allah juga telah menyebut kepada Nabi Ibrahim dengan terang لا ينال عهدى الظالمين  bahawa jawatan itu
tidak layak diperolehi anak cucunya yang zalim. Ia hanya layak disandang oleh orang yang beriman dan beramal saleh. (Lihat ayat 124).

Nabi Ya'qub berjanji dengan semua anak-anaknya dan berpesan kepada mereka ketika hampir meninggal dunia agar mereka menyembah hanya Tuhan yang Maha
Esa.(lihat ayat 133).

Di dalamnya juga dinyatakan bahawa kebangkitan Nabi Muhammad adalah hasil doa Nabi Ibrahim yang dimaqbulkan oleh Allah.(Lihat ayat t29).

Ahli Kitab diperintahkan supaya mengikuti agama Nabi Ibrahim a.s. (Lihat ayat 135).

Mereka juga diseru supaya tidak membeza-bezakan antara rasul-rasul. Kerana itu mereka hendaklah beriman kepada ajaran Nabi Muhammad yang merupakan rasul terakhir yang dilantik dari kalangan Bani Ismail.(Lihat ayat 136).

Ahli Kitab diseru supaya meninggalkan agarna Yahudi dan Kristian lalu memilih celupan (agama) Allah.(Lihat ayat 138).

Mesej Utama Bahagian Kedua Surah Al-Baqarah
Bani Israil diseru agar beriman kepada syari'at Muhammad,rasul terakhir daripada Allah. Mereka juga diberitahu kenapa mereka disingkirkan daripada jawatan
kepimpinan umat dan kenapa mereka tidak lagi layak mendapat keutamaan itu.

18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan