Rabu, Jun 03, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(017)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(017)

mereka sahaja.Mereka langsung tidak dapat menerima kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad semata-mata kerana dia dari keluarga Bani Ismail, bukan dari keluarga Bani Israil. (Lihat ayat 90 dan 91).

Di dalam ayat-ayat daripada 92 hingga 105 disebut pula kesalahan dan jenayah mereka yang lain-lain lagi. Antaranya, mereka pernah menyembah anak lembu,
selepas berjanji dan memberi taat setia, 
berkata  سمعنا وعصينل (Kami mendengar tetapi tidak mahu menurutinya), terlalu mementingkan kehidupan 
dunia احرص الناس علىحياة memusuhi Jibril, melempar ke belakang segala janji dan sumpah yang dibuat,
mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut lalu memusnahkan rumah tangga orang ramai dengannya, dan banyak lagi yang lain.

Di dalam ayat-ayat 106 hingga 109 disebut betapa Bani Israil itu kuat berdengki,kerana dengkilah mereka gembira sekali kalau orang-orang yang telah memeluk Islam
kembali menjadi kafir.

Melalui ayat 10 hingga 115 Allah menyebutkan betapa rasisnya puak Bani Israil itu.Mereka berasa amat selesa,bangga dan yakin dengan semangat nasionalisma mereka yang begitu tebal itu, sehinggga mereka berkata:

Al-Baqarah 2:111
وَقَالُوا۟ لَن يَدْخُلَ ٱلْجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوْ نَصَٰرَىٰۗ تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْۗ قُلْ هَاتُوا۟ بُرْهَٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ 
111. Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani.

Di dalam ayat-ayat 116 hingga 123 disebutkan dengan terang bahawa Allah tidak mempunyai anak. Dia mempunyai kuasa "kun fa yakun". Umat Islam diingatkan
bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selagi kamu tidak mengikuti agama dan cara hidup mereka. Dan di akhir sekali Allah mengancam
orang-orang Yahudi dan Kristian terhadap azab yang akan menimpa mereka pada hari kiamat nanti.

Ayat 122 merupakan pengulangan ayat 47 sebelumnya juga. Setelah mengemukakannya Bani Israil diancam pula dengan azab di hari kiamat nanti.

(6) Paragraf keenam dan terakhir. Ia bermula dari ayat 124 hingga ayat 141. Di

17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan