Rabu, Jun 03, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(020)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(020)

Struktur Makro Bahagian Ketiga Surah Al-Baqarah

Bahagian ketiga ini mengandungi 12 paragraf. Melaluinya diberikan hukum-hukum syari'at yang terakhir kepada umat yang baru terpilih.

Antara ciri-ciri bahagian ketiga Surah Al-Baqarah ialah di celah-celah hukum-hakam yang diberikan di dalamnya terdapat arahan berinfaq dan berjihad. Ia mengisyaratkan
kepada keperluan adanya negara Islam untuk menyempurnakan pelaksanaan hukum-hukum Islam. Untuk itu umat Islam hendaklah berjihad dengan harta bendanya
menerusi iniaq dan dengan jiwa raganya menerusi perang fiihad).

(1) Paragraf pertama bermula dari ayat I42 hingga 153. Di dalamnya tersebut perlantikan umat terpilih أمة وسطا memegang jawatan sebagai saksi dan contoh
kepada manusia شهادة على الناس. Penyingkiran Bani Israil daripada jawatan kepemimpinan. Arahan bershalat ke arah Ka'bah. (Lihat ayat 143-144).

Penukaran arah qiblat berlaku pada tahun ke-2 Hijrah. Sebelum itu umat Islam bershalat dengan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 bulan. Terdapat dua isyarat di sebalik penukaran arah qiblat:
(a) Ia mengisyaratkan kepada peralihan jawatan kepemimpinan daripada Bani Israil kepada Bani Ismail.
(b) Ia mengisyaratkan kepada perlunya Ka'bah yang menjadi qiblat umat Islam itu dibersihkan daripada berhala-berhala. Bagaimana pun Ka'bah baru dapat dibersihkan daripada berhala-berhala enam tahun kemudian, pada bulan Ramadhan tahun ke-8
Hijrah setelah umat Islam berjaya menkluki Mekah.
Terdapat arahan daripada Allah supaya umat Islam tidak takut kepada orang-orang Yahudi berhubung dengan penukaran arah qiblat itu. فلا تخشو هم واخشونى.
(Lihat ayat 150).
Umat terakhir diberi janji bersyarat oleh Allah. Jika mereka ingat kepada Allah, maka Allah akan ingat juga kepada mereka. فاذكر ونى أذكركم (Lihat ayat 152).
Ketika diberi arahan kepada mereka supaya berjihad, bersabar dan bershalat,

20

Tiada ulasan:

Catat Ulasan