Khamis, Jun 04, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(021)

Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 2(021)

diberikan juga kepada mereka orang-orang yang bersabar dan berita gembira bahawa petolongan Allah ada bersama
berjihad.(Lihat ayat 153).
Perkataan  صابرين di sini digunakan untuk pejuang-pejuang yang tetap pendirian dan tidak berganjak di medan peperangan. Di dalam paragraf ini juga sudah ada
pendahuluan bagi perintah berjihad. (Lihat ayat 153-157).

(2) Paragraf kedua (bermula dari ayat 153 hingga 158).
Di dalamnya tersebut hukum-hakam haji dan 'umrah. Dari beberapa sudut sememangnya ada keserupaan di antara
jihad dan haji.

(3) Paragraf ketiga (bermula dari ayat 159 hingga 167).
Di dalamnya terdapat penekanan terhadap aqidah tauhid. Tanpanya segala amalan tidak dikira sah. Dalil-dalil tauhid rububiyyah dan pembatalan kepercayaan syirik juga terdapat di dalamnya.

(4) Paragraf keempat (bermula dari ayat 168 hingga 176).
Di dalamnya dinyatakan hukum halal dan haram. Semua benda-benda yang baik di muka bumi dihalalkan.
Dalam masalah halal dan haram tidak boleh dipakai prinsip (ما ألفينا عليه آباءنا),
sebaliknya hendaklah dipakai prinsip (ما أنزل الله ).
Empat perkara dihukum haram:
(i)bangkai.
(ii) darah.
(iii) daging babi.
(iv) dan binatang yang disembelih tidak dengan
nama Allah.
Bagaimanapun dalam keadaan dharurat diperbolehkan memakan semua yang tersebut itu.Balasan menyembunyikan (ما أنزل الله  ) adalah api neraka.

(5) Paragraf kelima terdiri daripada ayat ke-177. Di dalamnya terdapat roh baginsekalian hukum. Ayat ini dipanggil آية البر(ayat kebaikan dan kebajikan). Orang yang
benar-benar bertaqwa ialah orang yang tidak hanya mementingkan soal menghadap ke arah timur atau barat, sebaliknya ia adalah orang yang beriman kepada Allah, hari
kemudian, para malaikat, kitab dan para nabi, ia juga menunaikan hak-hak Allah dan juga hak-hak manusia. Selain itu ia bershalat, memberi zakat, menyempurnakan janji dan tetap pendirian di medan perjuangan.
(6) Paragraf keenam (bermula dai' ayat 178 hingga 189). Di dalamnya terdapat hukum-hukum qishash, wasiat, puasa, rasuah dan lain-lain.
(a) Pada asalnya hukuman qishash diwajibkan. Tetapi jika pewaris-pewaris orang yang terbunuh mema'afkan, maka tiada lagi kewajibannya. Dalam keadaan itu

21

Tiada ulasan:

Catat Ulasan