Rabu, Jun 03, 2020

Sahih bukhari kitab iman Sesi 12(2015)

Sahih bukhari kitab iman Sesi 12(2015)

٢ -  الإيمان » ٤ -  المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
2. Iman » 4. Seorang muslim adalah orang yang Kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya.

باب الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ: 
Bab  Orang Islam yg sebenarnya adalah orang yg mana orang Islam yg lain terpelihara dari kejahatan dan gangguan  dari  tangan dan lidahnya.

٩ - حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي السَّفَرِ وَإِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَقَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا دَاوُدُ هُوَ ابْنُ أَبِي هِنْدٍ عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ عَبْدُ الْأَعْلَى عَنْ دَاوُدَ عَنْ عَامِرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

9.Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas berkata, Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abdullah bin Abu As Safar dan Isma'il bin Abu Khalid dari Asy Sya'bi(Amir bin Syarahi) dari Abdullah bin 'Amru dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bersabda: Orang Islam( Muslim) yang sebenarnya adalah orang yang mana orang Islam (muslim)yg lain selamat terpelihara dari kejahatan atau gangguan lisan dan tangannya, dan  orang yg sebenar berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " Abu Abdullah(yakni imam bukhari) berkata; dan Abu Mu'awiyyah berkata;Telah menceritakan kepada kami Daud, dia adalah anak Ibnu Hind, dari 'Amir berkata; aku mendengar Abdullah bin Amar maksudnya ibnu 'Amru, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam Dan berkata Abdul A'laa dari Daud dari 'Amir (bin Syarahi)dari Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam 

Adakah orang Islam lain sahaja yg dikehendak selamat?
Islam rahmat untuk semua orang?
2 jawapan
1.nabi sebut sebab biasanya lebih banyak yg bergaul dengan orang Islam ialah orang Islam juga.
2.mungkin orang Islam juga bersaudara.
Jika sesama muslim boleh melakukan kejahatan kepada orang lain maka lebih2lah lagi.
Maksud hadis mendidik ini tidak melakukan kejahatan kepada sesiapa jua bermula sesama saudara hingga kepada orang2 asing.
Jadi kenapa disebut الْمُسْلِمُ ?
Kerana orang muslim itu bersaudara.
Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara(ikhwah).
KenapamAllah guna perkataan ikhwah tidak ikhwan?
Jawapnya kerana ikhwah menunjukan saudara darah daging atau seketurunan.
Sementara ikhwan saudara dalam hubungan yg lain,saudara sekampung,sepekerjaan dlll.
Ini Allah nak bg tau hubungan sesama Islam seperti seibusebapa yakni saudar darah daging .Itu keadaan orang Islam.
Kalau saudara darah daging tak selamat dari gangguan kita bagaimana orang lain nak terselamat dari gangguan kita.
Pada umumnya manusia sayang pada saudara dan adik beradiknya.
Kalu orang tu adikberadik dia pun tak boleh jaga atau tak baik jangan harap dia boleh baik dengan orang lain.
Disini nabi saw nak menanam sifat kasihsayang dan persaudaraan itu.
Bila bersaudara kena ada kasihsayang bukannya ada gangguan.
Manusia mula diri sendiri kemudian keluarganya.
Dorongan mengasihi saudaranya ada sifat semula jadi.
Orang muslim itu saudara sesama muslim.
Orang Islam mesti sedar ,mual2  sayang kepada  adikberadik kemudian kepada adikberadik seagama kemudian sayang adikberadik semanusia sesama insan.
Tetapi secara berperingkat2 tak boleh sekali gus.
Tak boleh anggap semua sama sekali gus itu bercanggah dengan fitrah.itu ajaran nabi.bukti bukan hanya jaga orang Islam sahaja kena jaga dlm riwayat yg lain.disebut annas.jadi bukan khusus orang Islam sahaja.

Bukan Islam ada 2
1.kafir tidak harbi(perang)
2.kafir harbi.

Bahkan ajaran Islam memberi keselamatan kepada binatang  seperti kucing.

Orang Islam bukan hanya orang yg selamat bahkan binatang juga.
Boleh pukul tapi bukan pukulan yg mencederakan tapi pukulan mendidik.
Tiada sebab maka yg wajar maka tidak boleh menyakiti sesorang.
Jika ada sebab yg wajar tidak termasuk dlm hadis ini.

Termasuk gangguan lidah juga:
1.menyumpah.
2.menyeranah.
3.memaki.
4.melaknat.
5.mengumpat.
6.mengacuh.
7.mengadu domba.
8. Mencela.
9.Mengeji.
10.Menghina
11.memfitnah
12.memerli.
13.menjampi .
14.menyihir.
15.mencarut
16.menjelir lidah.

Lidah dan tangan yg biasa.
Kaki juga termasuk .
Antara lidah dan tangan kenapa dahulukan lidah?
Lidah tak sampai mati.
Kerana kejahatan dengan lidah lebih mudah.dibelakang pun boleh.jauh pun boleh.hidup atau mati pun boleh.Banyak pula yg berlaku dlm masyarakat.Kesanya pun lebih teruk lagi.seperti sihir pada kura2 ,kura2 hilang dan yg kena tak boleh dipulihkan.
Mengacuh bukan shj orang biasa yg buat tetapi orang yg ada kedudukan.

Ar-Rum 30:41

ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ 

Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Tangan sebagai isyarat.



9. Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas berkata, Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abdullah bin Abu As Safar dan Isma'il bin Abu Khalid dari Asy Sya'bi dari 👉Abdullah bin 'Amru dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bersabda: "Seorang muslim (Orang Islam yg sebenarnya)adalah orang yang(yang mana orang Islam yg lain)Kaum Muslimin selamat(terpelihara dari kejahatan atau gangguan) dari lisan dan tangannya, dan seorang Muhajir (orang yg sebenat berhijrah)adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah " Abu Abdullah(yakni imam bukhari) berkata; dan Abu Mu'awiyyah berkata;
Telah menceritakan kepada kami Daud, dia adalah anak Ibnu Hind, dari 'Amir berkata; aku mendengar Abdullah(bin Amar) maksudnya ibnu 'Amru, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam Dan berkata Abdul A'laa dari Daud dari 'Amir dari Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam 

Hakikat hijrah.
4 sebab
1.mengingatkan sahabat  jangan hanya bergantung kepada hijrah zahir sahaja dan sudah tidak mahu jaga perintah dan larangan tapi yg penting juga hijrah batin.
2.hadis byk bagi tau kelebihan hijrah jadi diingatkan jangan lalai dengan amal taat.sebab itu kena bergantung kepada Allah.
3. Menghibur hati umat Islam yg tidak sempat dapat  keistimewaan berhijrah bersama Nabi.Ini cara Islam  menjaga kepentingan semua orang termasuk orang susah.
4.
a. Ada orang berfikir sama sekali tidak lagi perpindahan dalam agama.sedang jika masih berlaku penganiayaan sebab agama.
b.orang fikir sudah tiada pahala hijrah!sedang masih ada lagi.dimana sahaja.

Muslim bukan hanya ucapan 2 kalimah dan amal satu dua tatacara keagamaan.
Islam mempunyai hubungan baik dengan Allah  dan ada hubungan baik dengan manusia.

Intisari pertama
Muslim dan orang2 keseluruhanya terpelihara dari kejahatannya dan gangguannya mereka malah menaruh kepercayaan penuh kepadanya terhadap nyawa, kehormataan dan nyawa,Dia juga  pejuang kebenaran dan penegak keadilan.Itulah muslim yg sebenarnya.
Intisari kedua terjemahan yg tepat untuk perkataan Muhajir.
Perpindahan tempat kediaman kerana agama Islam.
Balasan yg selayaknya iaitu syurga.
Semua orang yg hijrah atau tidak mesti kena jauhkan larangan Allah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan