Surah albaqarah bahagian 0
002.Al baqarah
Nama surah albaqarah.
Tertib surah 2
Bilangan ayat 286
Bilangan rukuk 40
Surah Madaniyah
Tertib turun surah yg ke 87
Bilangan bahagian ada 4
Surah al-Baqarah ini dapat dibahagikan kepada empat bahagian besar. Setiap bahagian yang besar ini mempunyai bahagian kecil pula di bawahnya. Masing-masing
daripadanya mempunyainya struktur makronya yang tersendiri. Bgmnpun terlebih dahulu dikemukakan di sini perincian tentang empat bahagian besarnya itu:
Bahagian pertama muqadimah ayat 1-39
Daripada tiga sikap manusia hendaklah
dipilih sikap orang-orang yang beriman ,terhadap
jawatan khilafah dan akidah tauhid.
Bahagian kedua ayat 40-141
Sebab-sebab pelucutan jawatan kepimpinan daripada Bani Israil dan seruan terhadap mereka supaya beriman kepada syariat yang terakhir.
Bahagian tiga ayat 142-283
Manusia hendaklah menerima ajaran Islam semua sekali dan beramal mengikut syariat rasul yg terakhir supaya benar2 menjadi ummat terpilih dan dapat menjadi contoh serta bukti untuk manusia sekaliannya.
Bahagian 4 ayat 283-284
Jika kamu mengikut syariat terakhir dengan penuh
keikhlasan dan setakat yang termampu maka kamu akan berjaya memperolehi kuasa.
Mesej utama.
Perubahan Kepimpinan.
Zaman diturunkan
Sebahagian besar daripada ayat-ayat di dalam Surah
tahun ke-2 Hijrah. Ayat-ayat yang berkaitan dengan
al-Baqarah diturunkan pada pengharaman riba bermula
daripada ayat 275-281 mungkin sekali baru pada tahun ke 10 hijrah.Tiga ayat di penghujung Surah sememangnya telah diturunkan sebelum Hijrah lagi.Selepas Surah al-Baqarah diturunkan Surah at-Thalaq. Sebelum perang Badar pula telah turun Surah Muhammad. Dan selepas perang Badar diturunkan Surah al-Anfaal.
Kelebihan dan fadhilat Surah al-Baqarah.
Beberapa hadits telah dinukilkan daripada Rasullah saw berhubung dengan kelebihan dan fadilat Surah Al Baqarah.
Antaranya:
(1)
أَنَّ رَسُولَ الله صلى وسلم قَالَ <<لَا تَجْعَلُو بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأْ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Janganlah kamu jadikan rumah-rumahmu kubur. sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca didalamnya Surah al-Baqarah.
(Hadits riwayat Muslim, an-Nasaa'i dan lain-lain).
(2)
قَالَ رَسُولَ الله صلى وسلم اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخَذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِعُهَا الْبَطَلَةُ
Bermaksud:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu bacalah surah al-Baqarah.Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya (tidak membacanya)menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.
(Hadits riwayat Muslim,at-Thabaraani, Abu 'Awaanah.Ibnu
Hibbaan dan lain-lain).
(3)
قَالَ رَسُولَ الله صلى وسلم اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافً تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطِلَةُ
Bermaksud:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bacalah kamu al-quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafa'at kepada orang-orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang gilang-gemilang, Surah al-Baqarah dan SurahAali 'Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua payung besar atau sebagai dua kumpulan burung
yang terbang berbaris-baris dengan tujuan membela pembaca-pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya
(Tidak membacanya)penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai(dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.
(Hadits riwayat Muslim, at-Thabaraani, Abu 'Awaanah, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).
(4) قال رسول الله صلىُ عليه وسلم : إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامًا وَإِنَّ سَنَامَ القُرآنِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "sesungguhnya setiap sesuatu ada puncaknya. Dan sesungguhnya puncak al-Qur'an itu adalah Surah al-Baqarah.
(Hadits riwayat al-Haakim. Beliau mengatakan ia sahih. Dan Az-Zahabi memperakui kesahihannya).
Kelebihan Dan Fadhilat Ayat Al-Kursi Secara Khusus.
Ayat ke-255 di dalam Surah al-Baqarah dipanggil Ayat al-Kursi. Beberapa hadits Rasulullah dinukilkan berkenaan dengan kelebihannya. Antaranya ialah hadits-hadits
di bawah ini:
(1)Bermaksud: Ubaiy bin Ka'ab meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda(kepadanya): "Wahai Aba al-Munzir, tahukah kamu mana satu ayat al-Qur'an yang
ada pada mu yang paling agung?" Aku manjawab: "Allah dan RasulNya lebih tahu'"Kata Baginda: "Wahai Aba al-Munzir, tahukah kamu mana satu ayat al-Qur'an yang
ada padamu yang paling agung?" Kata Ubaiy, Aku menjawab: " اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ
(ayat al-Kursi)." Kata Ubaiy: "Terus beliau s.a.w. menepuk dadaku seraya bersabda:Tahniahlah atas ilmumu wahai Aba al-Munzir! (Hadits riwayat Muslim, Ahmad,Abu Daud, an-Nasaa'i dan lain-lain).
(2)Bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas setiap sembahyang fardhu, niscaya tidak ada apa-apa lagi yang menghalangnya daripada masuk syurga selain mati.
(Hadits riwayat at-Thabaraani, an-Nasaa'i, Ibnu as-Sunni
dan lain-lain).
(3)Syaitan berupa manusia yang pernah hendak mencuri makanan, tiba-tiba ditangkap oleh Abu Hurairah yang berkawal menceritakan tentang kelebihan ayat al-Kursi.
Ceritanya itu kemudiannya disahkan oleh Rasulullah s.a.w. Kata syaitan itu:Bermaksud: Apabila engkau telah ke tempat tidurmu, bacalah ayat al-Kursi 'awal hinggi ke akhir ayat.Dengan membacanya akan terus ada pengawal
daripada Allah yang mengawalmu dan syaitan sama sekali tidak akan dapat menghampirimu hingga ke pagi.
(Hadits riwayat al-Bukhari).
Kelebihan Dan Fadhilat Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah Secara Khusus
Rasulullah s.a.w. Maksudnya: Dua ayat diakhir surah albaqarah,sesiapa membacanya pada suatu malam ,ia akan mencukupi untuknya(pada malam itu)
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Perkaitan Surah Al-Baqarah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
Di dalam Surah al-Fatihah telah tersebut golongan yang dimurkai Allah المغضوب عليهم. Mereka adalah orang-orang Yahudi. Di dalam Surah al-Baqarah disebutkan
kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh mereka di sepanjang sejarah. Di dalam Surah al-Fatihah juga telah tersebut golongan yang sesat (الضالين). Mereka adalah
orang-orang Kristian. Di dalam Surah Aali 'Imraan yang akan menyusul selepas Surah al-Baqarah ini pula disebutkan kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh mereka di sepanjang sejarah. Akibatnya mereka hilang kelayakan untuk menjadi pemimpin manusia. Hamba-hamba Allah yang sebenar dan mu'min sejati tidak akan mahu memilih jalan yang dilalui kedua-dua golongan itu.
Di dalam Surah al-Fatihah tersebut doa orang
mu'min(اهدنا الصراط المستقيم). Ia diterima Allah, lalu sebagai respons terhadapnya Allah mengurniakan sebuah buku panduan hidup .Itulah dia alquran .Ia dimulai dengan Surah Al baqarah .Dipermulaan Surah al-Baqarah, tersebut jaminan Allah berhubung dengan buku panduan hidup itu.
Al-Baqarah 2:2
ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
Maksudnya: Kitab Al-quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ra merupakan petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.(al-Baqarah 2)'
Beberapa Kata Kunci Terpenting DiDalam surah Al Baqarah
(1) Di dalam Surah al-Baqarah perkataan بلى tersebut dua kali' Dinyatakan didalamnya bahawa orang-orang Yahudi pernah ditegur dengan bermacam-macam cara kerana fahaman mereka yang salah. Mereka diperingatkan bahawa yang menentukan seseorang masuk syurga atau neraka ialah keimanan dan kekufurannya, demikian juga
amal baik dan amal jahatnya.
Ayat ke-81 yang dimulai dengan perkataan بلى dijawab dengan ayat ke-112 yang juga dimulai dengan perkataan yang sama
(a)Al-Baqarah 2:81
بَلَىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَٰطَتْ بِهِۦ خَطِيٓـَٔتُهُۥ فَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
81. (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar)bahkan sesiapa yg berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesakahannya,maka merekalah
ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(b)Al-Baqarah 2:112
بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُۥٓ أَجْرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
112. (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik
amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di siisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan
mereka pula tidak akan berdukacita.Ayat-ayat ini sebenarnya merupakan perincian dan penjelasan bagi dua ayat di akhir bahagian pendahuluan struktur makro Surah al-Baqarah, iaitu ayat ke-38 dan juga ke-39.
(2) Melalui ayat ke-40: وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ
(dan penuhilah janjimu kepadaKu,niscaya Aku penuhi janjiKu kepadamu),dinyatakan janji bersyarat oleh Allah kepada Bani Israil.Tetapi mereka telah memungkiri janji. Maka dilucutkanlah jawatan kepimpinan daripada mereka.
Ayat ke-152 juga merupakan janji bersyarat daripada Allah kepada umat Islam:فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ
Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), niscaya Aku ingat (pula) kepadamu).
(3) Ayat ke-47 danke-122 sebenarnya sama. Ini bererti ia diulangi dua kali di dalam Surah ini. Pada kedua-dua tempat itu Allah menyatakan kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Bani Israil setelah mereka dikurniakan begitu banyak ni'mat dan mereka dilebihkan daripada orang-orang lain di seluruh dunia.
يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ
Maksudnya: Hai Bani Israel, ingatlah akan ni'matKu yang telah Ku anugerahkan kepadamu, dan Aku telah melebihkan kamu atas segala umat.
Lalu setelah Bani Israil menderhakai Allah, tersingkirlah mereka daripada jawatan kepimpinan yang merupakan sebahagian daripada anugerah Allah kepada bangsa
mereka. Mahkota kepimpinan yang dipakaikan Allah di kepala mereka.وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَkemudiannya ditanggalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan