Daurah tafsir 2019 sesi 07(16)nota7(139)
Sesi 07(15,16,17).
Zaman Diturunkan
Surah an-Nahl juga diturunkan di peringkat terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, kira-kira
pada tahun ke-12 Kenabian sebelum Baginda berhijrah ke Madinah lagi. Di dalamnya terdapat galakan berhijrah kepada orang-orang Islam yang dizalimi, bersabar dan bertawakkal. Beberapa ayatnya diturunkan ketika berlaku kemarau yang dahsyat di Mekah iaitu pada tahun ke-7 Kenabian, sesetengah ayatnya pula diturunkan ketika para sahabat dizalimi dengan dahsyat sekali seperti ayat ke-106 yang dikatakan ia diturunkan berkaitan dengan peristiwa yang berlaku kepada 'Ammar bin Yasir. Ayat itu
membenarkan orang-orang Islam mengucapkan kalimah kufur untuk menyelamatkan diri dalam keadaan hati tetap teguh dengan iman.
Beberapa Ciri Khusus Surah
1. Permulaan surah dimulakan dengan dalil-dalil tauhid khaliqiyyah (tuhan sebagai pencipta) kemudian
dinyatakan tujuan dan matlamat diutuskan para rasul. (Ayat: 36). Semua para rasul menyeru manusia supaya taat kepada Allah dan menyembahnya semata-mata disamping menjauhi dan mengelak diri daripada mengikuti Thaghut (pemimpin semasa yang derhaka kepada Allah) (Ayat: 36).
An-Nahl 16:36
ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ
“Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut”,
2. Di dalam surah ini juga terdapat penolakan terhadap kepercayaan uluhiyyah para malaikat (Ayat: 57).
وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ ٱلْبَنَٰتِ سُبْحَٰنَهُۥۙ وَلَهُم مَّا يَشْتَهُونَ
Dan mereka menetapkan anak perempuan bagi Allah. Mahasuci Dia, sedang untuk mereka sendiri apa yang mereka sukai (anak laki-laki).
3. Di dalam surah ini terdapat perbandingan di antara pemimpin muslim dan pemimpin musyrik. Di mana kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan pemimpin musyrik didedahkan.
4. Surah an-Nahl diturunkan sebelum Surah al-An'aam, ia semacam pendahuluan kepadanya. Didalamnya juga terdapat beberapa hukum permulaan berkenaan halal dan haram sebagai persediaan untuk masyarakat Islam yang akan terbentuk di Madinah nanti. (Ayat:115-116). Perintah supaya berlaku adil,ihsan dan menjaga janji juga diberikan di dalamnya (Ayat: 90).
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِ وَٱلْإِحْسَٰنِ وَإِيتَآئِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ وَٱلْبَغْىِۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.
Perkaitan Surah An-Nahl Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Hijr sebelum ini terdapat cerita tentang kebinasaan مُستَهزِئين (golongan yang suka memperolok-olokkan utusan Allah) dan مُجْرِمِين (orang-orang yang durjana dan jahat). Di dalam Surah
an-Nahl ini pula dikemukakan cerita tentang pemimpin Quraisy yang musyrik dan sombong (مُسْتَكْبِرِين).
2. Surah an-Nahl meramalkan hijrah ke Madinah akan berlaku di samping menyatakan kelebihannya
(Ayat: 41 dan 110). Di dalam Surah Bani Israil selepas ini diajarkan doa untuk berhijrah dengan cukup jelas
(Ayat: 80-81).
3. Sepuluh perintah yang diberikan kepada umat Nabi Musa juga diberikan kepada umat Muhammad
139
Tiada ulasan:
Catat Ulasan