Daurah tafsir 2019 sesi 07(16)nota7(141)
Sesi 07(15,16,17).
cukup, dengan itu terbukti bahawa tuhan pencipta itulah yang mematikan, Dialah yang dapat menghilangkan ingatan dan kesedaran manusia, Dialah yang mempunyai kuasa mutlak (Ayat 70).
وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّىٰكُمْۚ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَىْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Dan Allah telah menciptakan kamu, kemudian mewafatkanmu, di antara kamu ada yang dikembalikan kepada usia yang tua renta (pikun), sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang pernah diketahuinya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahakuasa.
(h) Untuk melihat manusia menjadi makhluk yang taat dan patuh padaNya, Allah menjadikan bayang-bayang bagi kejadian-kejadianNya yang lain. Dia menjadikan bukit-bukau dan gunung-ganang sebagai tempat perlindungan, selain itu Dia juga menjadikan pakaian yang dapat melindungi manusia daripada kepanasan dan melindunginya daripada ancaman senjata, oleh itu manusia hendaklah menerima Allah sebagai pencipta dan menjadi makhluk yang muslim dan patuh kepadaNya (Ayat: 81).
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِلَٰلًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلْجِبَالِ أَكْنَٰنًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَٰبِيلَ تَقِيكُمُ ٱلْحَرَّ وَسَرَٰبِيلَ تَقِيكُم بَأْسَكُمْۚ كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ
Dan Allah menjadikan tempat bernaung bagimu dari apa yang telah Dia ciptakan, Dia menjadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia menjadikan pakaian bagimu yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikian Allah menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu agar kamu berserah diri (kepada-Nya).
(i) Kesimpulannya ialah, jika manusia berfikir dan merenung, maka dia akan berjaya mendapat jawapan
kepada persoalan, Apakah yang mampu mencipta sama dengan yang tidak mampu mencipta? Maksudnya ialah adakah pencipta dan bukan pencipta atau makhluk sama dengan khaliq? Oleh itu manusia hendaklah dapat membezakan dengan sebaik-baiknya antara khaliq dan makhluq lalu memilih ajaran tauhid yang suci dengan tidak mensyirikkan Allah dengan makhluk-makhluk yang lain (Ayat:17).
أَفَمَن يَخْلُقُ كَمَن لَّا يَخْلُقُۗ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Maka apakah (Allah) yang menciptakan sama dengan yang tidak dapat menciptakan (sesuatu)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
2. Dalil-dalil tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid haakimiyyah.Di dalam Surah an-Nahl diberikan bermacam-macam dalil lain untuk membuktikan tauhid, ia
dinamakan آية atau آيات (tanda-tanda kebesaran Allah). Manusia diminta berfikir tentangnya dan merenunginya supaya akhirnya dia menerima Allah sebagai khaliq lalu menerima tauhid khaliqiyyah,menerima Allah sebagai rabb lalu menerima tauhid rububiyyah, menerima Allah sebagai ilaah, lalu menerima tauhid uluhiyyah dan juga menerima Allah sebagai hakim dan pembuat undang-undang lalu
menerima tauhid haakimiyyah.
(a) Untuk meneruskan kehidupan manusia di bumi, Allah telah menyiapkan segala bentuk keperluan untuknya. Dengan merenungi dalil-dalil rububiyyah manusia akan memilih aqidah tauhid, Dialah tuhan yang menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan bermacam-macam bijirin dan buah-buahan. Dengan memikirkan dan merenungi kejadian Allah, manusia seharusnya menerima rububiyyah Allah dan seterusnya bersyukur kepadaNya (Ayat 11).
141
Tiada ulasan:
Catat Ulasan