Jumaat, Ogos 14, 2020

K 139.Jangan Suruh Anak Berhenti Waktu Menangis. Dia Pun Nak Luah Perasaan Jadi Biarkan.

K 139.Jangan Suruh Anak Berhenti Waktu Menangis. Dia Pun Nak Luah Perasaan Jadi Biarkan.

Biasanya apabila anak-anak menangis, kita akan minta mereka berhenti dan jangan buat bising. Sebenarnya anak menangis itu normal, ia salah satu tanda mereka menzahirkan emosi yang terpendam.

Benarkan anak-anak menangis, tetapi usahlah dibiarkan mereka bersendirian. Menangis itu salah satu bentuk komunikasi, jangan sesekali dihalang proses itu berlaku.

BAHAYA BILA TIDAK BENARKAN ANAK MENANGIS.
MENANGIS JE PANDAI!

Bijak lah tu Anak itu Menangis.
Sebab Menangis itu Perlu.

“Selalu dia tidak macam itu”

“Lah Nangis lagi ke?”..

Sebenarnya tidak salah bertanya.

Yang SALAH bila tidak benarkan Proses Menangis berlaku.

BIAR itu maksudnya bermaksud BENARKAN bukan semata mata tinggalkan Anak.

Menangis itu Perlu.

Jadi jom kita betulkan Salah Faham ini.
Sedarkah Kita MENANGIS adalah satu bentuk Komunikasi?

Jika anda RASA sedih ke, marah ke ada ke kita dewasa tidak menangis?

Kalau kita boleh menangis kenapa Anak tidak boleh pula ya?

Dan kalau kita tidak menangis kita SIMPAN dan Pendam apa jadi?

INI ANTARA SALAH TIDAK BENARKAN ANAK MENANGIS

ANAK mudah Shut down tapi dia akan Pendam semua perasaan.

Bila dia ada isu di masa hadapan contoh ada orang Sentuh dia Cara Tidak sihat terus dia Shut down tidak beritahu Ibu Ayah

Jadi benda Happy atau Buruk semua dia tidak mahu kongsikan dengan Anak.

Jadi benda Happy atau Buruk semua dia tidak mahu kongsikan dengan Anak.

Padahnya bila anak cari Orang Lain luah emosi. Kalau orang itu baik niatnya tidak mengapa.

Yang perlu risau bila Niat tidak berapa nak baik.

ANAK lagi mudah Tantrum bila dia tidak dibenarkan Menangis.

Sudah lah kena pendam lepas itu tiada Ruang luah emosi dia.

Sampai satu Masa dia tidak boleh Tahan meletus juga api kemarahan dia itu.

Bila sudah meletus Ibu Ayah akan lebih mudah ikut Cakap Anak. Dan Anak pula akan dominasi Ibu Ayah.

Mula pula Fasa ‘Anak is the King’. Masa ini isu lain pula timbul.


ANAK tidak mudah percaya orang dan sukar kawal emosi diri.

Bila emosi dia tidak diraikan. Dia juga tidak tahu mana perlu dia tunjukkan emosi dia. Dia Sedih nak buat apa?
Dia Marah nak buat apa?

Dengan Anak kita perlu beri ruang dan tunjuk dia cara kendali emosi.

Anak Nangis Respon segera Anak Mudah faham kawal emosi sendiri

Begitulah kitarannya.

IBU AYAH perlu Faham yang Menangis adalah Satu Proses Belajar untuk Anak anak.

Memang perlu kita benarkan Anak menangis terutama bila anak di awal Fasa Perkembangan iaitu 0 ke 3 bulan Pertama.

Kerana tangisan masih dalam bentuk REFLEK di usia ini.

Masa ini Anak Menangis kerana ada KEPERLUAN penting badan dia perlukan seperti Lapar, Tidak selesa dan bukannya suka suka

JADI ini adalah Komunikasi. Anak bukan ada Perkataan lain untuk dia beritahu Ibu Ayah pada Fasa ini.

Pada usia 4 Bulan anak mula develop Sense of Authority. Jadi dia bereksperimen dengan Menangis.

Masa ini Perkembangan Visual dia juga lebih Jelas dia lihat Muka Ibu Ayah. Jadi dia sukalah tengok Muka Ibu Ayah.

Nak Tengok perlu lah dia komunikasi kan. Jadi dia Nangis. Salah satu sebabnya selain sebab-sebab lain.

Tapi Masa ini Otak dia belum fully develop jadi dia tidak lah faham konsep Waiting atau Sabar itu Perlu.

Dia akan belajar konsep Tengok apa Respon Ibu atau Ayah saya bila menangis.

Yes anak seawal 4 bulan sudah eksperimen ya.
Ini bertepatan dengan Piaget Theory yang banyak saya terangkan sebelum ini.

Pada usia 5 ke 7 bulan Anak mula eksperimen konsep jarak & ruang.

Anak mula sedar Ibu Atau Ayah boleh ambil masa lama bila dia akan menangis.
Anak mula eksperimen jika Ibu Ayah Jauh akan ambil masa.

Masa ini memang mencabar sebab itu bila kita nak ke tandas pun anak punya jerit lain macam.

Nak Angkat Punggung masa ini juga sangatlah perlu berhati hati kan?

Jadi untuk Anak yang kemampuan Mobile dia terbatas maka dia Menangis dan meraung.
Mulalah Anak ada Fasa Separation Anxiety.

Anak mula sedar yang ibunya boleh pergi jauh dan laju darinya. Sedangkan dia tak mampu buat apa-apa untuk ‘kejar’ mak. Ini adalah Separation Anxiety.

Dan ini adalah NORMAL. Separation anxiety kekal selama lamanya ya dan sangat memuncak ketika fasa 5 ke 7 bulan ini sebab dia mula kenal Siapa Primary Caregiver dia.

Bila anak masuk usia 7 ke 9 bulan fasa Anak lebih Panjang Akal. Dia akan Belajar lebih mendalam tentang Manipulasi dan Bereksperimen dengan semua benda di sekeliling dia.

Bila Merangkak ke Tangga Apa Respon Ibu Ayah?

Dia menangis berapa lama Ibu Ayah akan datang kepada dia sebagai Penyelamat keadaan untuk ajar dia Tenangkan diri.

Ha begitulah.

Ibu Ayah Dapat Sesuatu?

Keperluan Menangis itu sudah jelas ke?

Jadi perlu buat apa ya?

KUNCI untuk benarkan anak Menangis adalah:
1. Kekal Tenang Ibu Ayah.
Pause bila rasa Anak menangis itu buat anda Gelabah.

Pause dulu. Seek for Help. Self Care anda dulu Ibu Ayah.

2. Tegas dan Penyayang.

Yes perlu ada Dua dua. Tapi perlu Tahu bagaimana untuk terus kekal Sayang dan Tegas.
Perlu ada Sempadan juga untuk anak. Jadi perlu Tegas.

Perlu Tunjuk pada Anak cara luah emosi. Jadi perlu Sayang.

Dan ini Perlu ada Masa.

3. Belajar cara Tenang dan Pujuk Anak.

Bukan Mengikut sahaja Anak ya. Perlu belajar.
Gali lah Ilmu supaya kita sama sama belajar.

Jangan rasa Rugi belajar Ilmu Parenting. Sebab Nak Jadi Doktor pun perlu masuk Universiti.

Nak Jadi Ibu Ayah. Perlu rajin Belajar juga.

Saya juga masih belajar. Jadi saya kongsikan dengan Anda.

Mahu Belajar lebih lagi.jemput share









Tiada ulasan:

Catat Ulasan