Rabu, Ogos 26, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms046

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms046
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms046

Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13

Misykatul masabiih 46.

Bermaksud :Iaitu orang-orang yang mendermakan  hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan)orang.Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.(Aali Imran:134)

(4)Al-A'raf 7:56
وَلَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَٰحِهَا وَٱدْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحْمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ ٱلْمُحْسِنِينَ 
Bermaksud: dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudah Allah menyediakan segala yanb membawa kebaikan padanya, berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah yang memperbaiki amalannya. (al-Araaf:56).

(5)Al-Ahqaf 46:12

وَمِن قَبْلِهِۦ كِتَٰبُ مُوسَىٰٓ إِمَامًا وَرَحْمَةًۚ وَهَٰذَا كِتَٰبٌ مُّصَدِّقٌ لِّسَانًا عَرَبِيًّا لِّيُنذِرَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ وَبُشْرَىٰ لِلْمُحْسِنِينَ 

Bermaksud: (bagaimana mereka tergamak mengatakan al-Quran ini rekaan duşta yang telah lama?) pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa sebagai petunjuk dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula adalah sebuah Kitab yang membenarkannya dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. (al-Ahqaaf: 12).

(6)Yunus 10:26
لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ ٱلْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌۖ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌۚ أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلْجَنَّةِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ 

Bermaksud:Untuk orang yang  berusaha menjadikan amalnya baik, dikumiakan pahala yang terbaik (syurga) dan satu tambahan lain (yang cukup istimewa iaitu dapat melihat Allah). Muka mereka (berseri-seri) tidak diliputi sebarang kesedihm dan kehinaan. Mereka ituıah ahli syurga. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. 
(Yunus:26).

(7)An-Nahl 16:30
وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوْا۟ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمْۚ قَالُوا۟ خَيْرًاۗ لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌۚ وَلَدَارُ ٱلْءَاخِرَةِ خَيْرٌۚ وَلَنِعْمَ دَارُ ٱلْمُتَّقِينَ 

Bermaksud: dan ditanya pula kepada yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan". Orang-orang yang berbuat kebaıkan di dunia ini beroleh balasan yang baik Sesungguhnya balasan negeri akhirat itü lebih baik laği dan memanglah negeri akhirat itü adalah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa. (anNahl:30).

(8)Al-Kahf 18:30
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا 

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Kahfi:30). 

Demikianlah sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan ihsan dan pecahan-pecahan perkataannya. Pada umumnya mina lughawinyalah (dari sudut bahasanyalah) yang dipakai. Dari sudut bahasa Arab ia bererti berbuat baik, berusaha memperbaiki (amaları dan lain-lain), memperelokkan, berusaha menjadikan (sesuatu amalan dan lain-lain) baik, amalan yang baik, balasan yang baik dan sebagainya. Dari segi istilahnya İhsan ialah yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. di dalam hadits ini. la mempunyai dua darjat. 

Pertama: Darjat musyahadah. Seseorang yang berada pada darjat ini beribadat dalam keadaan seolah-olahnya dia nampak Allah. 

Kedua: Darjat muraqabah. Seseorang yang berada pada darjat ini pula beribadat dalam keadaan şedar dan penuh yakin bahawa Allah sedang dan sentiasa melihatnya. Kalau darjat pertama ihsan tidak dapat dicapai, sekurang-kurangnya seseorang itü hendaklah berada pada darjat keduanya. Itulah maksud sabda Baginda s.aw.
أَنْ تَعْبُدَ الله كَانَكَ تَرَاهُ فَانْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَأنَّهُ يَرَاكَ
Bagaimanapun kedua-dua darjat itü tidaklah merupakan syarat untuk sahnya sesuatu ibadat yang dikerjakan. la hanya syarat untuk kempurnaan sesuatu amalan semata-mata. Sekadar untuk sah sahaja, menjaga syarat-syarat yang disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh sudah pun memadai. Jadi

46

Tiada ulasan:

Catat Ulasan