Sabtu, Ogos 29, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms049

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms049
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms049

Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13

Misykatul masabiih 49

berbangga-bangga dalam mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi".⁵⁷ Kemudian Ielaki itu pergi. Tiga hari selepas itu Rasulullah s.a.w. bertanya aku:⁵⁸ "Wahai 'Umar, (tahukah kamu siapakah lelaki itu? Jawabku: "Hanya Allah dan RasulNya yang lebih tahu". Kata Nabi s.a,w.: "Itulah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan (asasasas) agama kamu".⁵⁹ (Hadits riwayat Muslim).⁶⁰ Abu Hurairah juga meriwayatkannya

___________________________________________________________
⁵⁷ Maksud sabda Nabi s.a.w. ini ialah orang-orang yang dahulunya miskin, papa kedana, tidak berkelayakan, berkerja sebagai penggembala kambing dan hidup dengan hanya menumpang orang lain, kemudiannya menjadi orang-orang ternama dan maju dalam bidang keduniaan. Mereka juga mengambil alih kuasa pemerintahan daripada kalangan bangsawan dan raja-raja yang memerintah sebelumnya. Pendek kata perubahan radikal dan revolusi sosial akan berlaku di mana-mana. Keadaan masyarakat menjadi terbalik paih dan betul-betul bertukar wajahnya.

⁵⁸ Ini adalah terjemahan yang paling sesuai pada pandangan penulis.  فَلَبِثْتُ مَلِيًّا adalah satu simpulan bahasa 'Arab yang asalnya bererti "Setelah berlalu kepadaku suatu jangka masa yang panjang (lama) atau setelah berlalu kepadaku beberapa ketika". Tetapi jangka masa yang lama atau beberapa ketika itu tidak pula ditentukan batasnya. 
Terjemahan yang oleh penulis di atas adalah berasaskan dua fakta berikut: 
(1) Riwayat Abu Daud, Ahmad, Nasaa'i, Tirmizi dan Baihaqi menjelaskan jangka masa yang tidak jelas di dalam riwayat ini. Lafaz riwayat mereka ialah . 
Di dalam satu riwayat Tirmizi yang lain Saiyyidina Umar berkata:  فلقيني النبي فلقيني النبي بعد ثلا.(selepas tiga malam kemudiannya). 
Di dalam satu Iagi riwayat Tirmizi tersebut: 
فلبثت ليالي فلقيني النبي بعد ثلاث
(Nabi s.a.w. bertemu denganku selepas tiga malam kemudiannya).
Ibnu Hibbaan meriwayat dengan lafaz بعد ثالثة (selepas malam ketiganya). Di dalam riwayat Ibnu Mandah pula tersebut dengan lafaz (selepas tiga hari). Semuanya menunjukkan selepas tiga malam atau tiga hari. 

(2) Menurut sesetengah ahli bahasa 'Arab, perkataan itu sendiri sememangnya bererti tiga malam, bererti malam dan siang. Kenyataan di dalam hadits ini zahirnya kelihatan bercanggah dengan apa yang tersebut di dalam riwayat Abu Hurairah. Kerana di dalam riwayat Abu Hurairah tersebut, selepas orang itu pergi Rasulullah s.a.w. terus berkata: 
رُدُّوهُ عَلَيَّ فَالْتُمِسَ فَلَمْ يَجِدُوهُ فَقَالَ رَسُولُ الله صلَّى اللهُ عليه وَسَلَّمَ هَذَا جِبْرِلُ اَرَادَ أَنْ تَعْلَّمُوا إِذْ تَسْاَلُوا
Bermaksud: "Kembalikan semula' orang itu kepadaku." Maka dicarilah dia, tetapi mereka tidak menemuinya. Lantas Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ini Jibril, oleh kerana kamu tidak bertanya, dia hendak kamu tetap mendapat ilmu."(lladits riwayat Muslim). 

Riwayat 'Umar di atas pula menyebutkan selepas tiga hari, baru Rasulullah s.a.w. bertanya Umar tentang orang yang telah datang kepada Baginda itu dan menceritakan kepada beliau siapa orang itu sebenarnya. Para ulama' hadits menthathiqkan (memadankan) kedua hadits 'Umar dan Abu Hurairah dengan mengatakan, mungkin Umar kerana ada sesuatu hal telah meninggalkan majlis tersebut sebaik sahaja segala pertanyaan Jibril selesai dijawab Rasulullah s.a.w. Bcliau tidak berada di majlis itu hingga ke akhirnya. Maka tidak sempatlah beliau mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. yang terdapat di akhir riwayat Abu Hurairah r.a. Adapun orang-orang lain, termasuk Abu Hurairah sendiri sempat mendengar keterangan Baginda tetus sebaik sahaja mereka gagal mendapatkan Jibril selepas majlis itu berakhir.

⁵⁹ Antara pengajaran dan panduan yang terdapat di dalam hadits ini ialah: 
(1) la merupakan sebuah hadits yang sangat penting dan besar ertinya, kerana terkmmpul di dalamnya rukun Islam, rukun iman, pengertian ihsan dan beberapa alamat kiamat. (2) Berkeadaan bersih dan segak ketika menghadhiri majlis ilmu. Sama ada untuk mengajar atau belajar, 
(3) Menuntut ilmu scbaik-baiknya hendaklah pada ketika masih muda belia dan sihat sejahtera. 
(4) Beradab dan bersopan santun dengan guru di samping menampakkan minat yang luar biasa kepadanya ketika bclajar adalah antara disiplin yang harus ada pada setiap orang pelajar. Itu semua seharusnya dijaga dengan maksud memperolehi perkenan hati guru dan keberkatan 
(5) Bersikap lembut terhadap pelajar dan mesra dengan penyoal supaya ia berani tampil ke hadapan untuk

49

Tiada ulasan:

Catat Ulasan