Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms043
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 43
dan engkau percaya kepada taqdir (ketentuan Allah), baik atau buruknya”.⁵¹ Lelaki iłu berkata: "Benarlah engkau! Dia bertanya lagi: "Beritahulah pula kepadaku tentang
___________________________________________________________
Semua kandungannya adalah benar dan tidak boleh diragui kerana ia tsabit berdasarkan al-Qur'an dan hadits-hadits yang mutawaatir. Antaranya wajib diketahui dan dipercayai secara terperinci, iaitulah empat buah kitab suci yang disebutkan nama-namanya di dałam al-Qur'an: Taurat, Zabur, Injil dan al-Qur'an. Yang tidak tersebut di dałam al-Qur'an, memadailah dengan percaya kepadanya secara umum. Wajib juga dipercayai bahawa kitab-kitab suci yang lain selain alQur'an telah pun dimansukhkan. Di samping iłu kita berkewajipan mepercayai al-Qur'an yang ada hari ini adalah terpelihara daripada sebarang penyelewengan dan tokok tambah. la adalah sebuah kitab suci yang sah dan terpakai hingga ke hari kiamat.
⁴⁹ Para rasul adalah manusia-manusia terpilih yang diutuskan oleh Allah untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Semua mereka adalah benar. Rasul-rasul yang nama-nama dan peranan mereka tersebut secara terperinci di dałam al-Qur'an mestilah dipercayai secara terperinci. Yang tidak tersebut secara terperinci, memadailah dengan percaya kepada mereka secara umum. Antara yang wajib dipercayai tentang mereka ialah:
(1) Para rasul iłu telah melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin.
(2) Mereka adalah orang-orang yang ma'shum (terpelihara daripada segala bentuk dosa, sama ada besar atau kecil). (3) Asas ajaran semua mereka adalah tauhid.
(4) Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian rasul dan penutup sekalian Nabi a.s.
(5) Setiap mereka mempunyai mu'jizat yang membuktikan kebenaran mereka sebagai utusan Allah. Antara para rasul iłu diutuskan ialah Allah s.w.t. adalah zat yang suci daripada segala keț aiban dan kekurangan. Manusia dan jin pula bersifat dengan segala sifat kekurangan dan bergelumang dałam segala macam dosa. Maka adalah tidak sesuai sama sekali Allah yang Maha Agung iłu berinteraksi secara langsung dengan mereka. Kerana itulah Dia memilih sejumlah orang yang zahirnya bersifat dengan sifat-sifat manusia, tetapi jiwa mereka suci daripada kekotoran batin. Orang-orang ini mempuńyai perhubungan dengan Allah dan manusia dałam masa yang sama. Merekalah yang membawa ajaran Allah kepada:žmanusia. Mereka juga menjadi perantara di antara Allah dan makhluq mukallafNya. Menerusi orang-orang inilah tujuan kejadian manusia dan jin menjadi kenyataan di alam rendah.
⁵⁰ Percâya kepada hari kemudian bererti percaya kepada kehidupan sesudah mati dengan segala apa yang akan berlaku dan akan ada padanya. Antara yang wajib diyakini akan berlaku dan akan ada dałam kehidupan sesudah mati iłu ialah kebangkitan semula tubuh kasar manusia, kiraan amalan baik dan buruk, syurga, neraka dan lain-lain. Hikmat kewujudan hari kemudian amat apabila dilihat kepada sekian ramai manusia yang telah melakukan kerja-kerja kebajikan semasa hidup, tetapi mereka tidak sempat pun mendapat hasil atau ganjarannya dałam kehidupan di dunia. Berapa ramai pula orang-orang yang telah melakukan kerja-kerja jahat dan durjana, tetapi terlepas daripada hukuman. Keadilan Allah menghendaki adanya suatu hari di mana setiap manusia akan mendapat ganjaran daripada setiap perbuatan baiknya dan balasan buruk daripada setiap perbuatan jahatnya. Sekiranya hari seperti iłu tidak wujud, niscaya manusia mungkin boleh menuduh Allah bersifat dengan sifat zalim. والعياذ بالله.
⁵¹ Oleh kerana persoalan taqdir sering kali membuatkan manusia tergelincir daripada landasan sebenar, Nabi s.a.w. menyebut semula perkataan تؤمن (engkau percaya) yang tidak disebutkan sebelum perkara-perkara lain yang seharusnya diimani seperti malaikat dan lain-lain untuk menarik perhatian semua pihak kepada 'aqidah yang sangat penting ini. Hakikatnya ialah kita percaya bahawa Allah telah menentukan segala yang baik dan buruk untuk setiap makhluk ciptaanNya sebelum ia diciptakan Allah lagi. Menurut sesetengah 'ulama' taqdir dan qadha' Allah adalah dua nama bagi -hakikat yang sama. Ada juga 'ulama' mengatakan ketentuan Allah yang azali secara kasar adalah qadha'. Ketentuan Allah secara terperinci sesuai dengan ketentuan asal yang azali iłu adalah taqdir. Maulana Muhammad Qasim an-Nanutwi (pengasas Darul
Uloom Deoband) memilih sebalikłya. Bagi beliau sebagai perbandingan ialah seseorang yang
43
Tiada ulasan:
Catat Ulasan