Selasa, Ogos 25, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms045

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms045

Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13

Misykatul masabiih 45

Ihsan.⁵² "Jawab Nabi: "Ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau nampak Dia. Sekalipun engkau tidak nampak Dia, (ingat!) Dia tetap nampak engkau.⁵³
 __________________________________________________________
akan menyuap makanan ke mulutnya sesuai dengan pilihan, kemampuan dan kesedaran yang ada padanya. Tetapi jika ia mengalami penyakit Parkinson misalnya, di mana pergerakan anggota badan scseorang itu berada dalam keadaan tidak terkawal, tangannya mungkin tidak ke mulut, tetapi ke dahi. Semua ini menunjukkan setengah-setengah perbuatan dan pergerakan manusia itu berlaku dengan kehendak dan pilihannya sendiri. Bukan semua perbuatan dan pergerakannya berlaku tanpa kchendak dan pilihannya. 
(b) Kalau manusia langsung tidak berkuasa dan tidak mempunyai pilihan, kenapakah ada hukuman terhadap pesalah-pesalah dan penjenayah-penjenayah? Bukan Allah sahaja menetapkan hukuman untuk mereka, manusia juga menerima baik hukuman untuk orang-orang seperti itu. Kerananya mereka mengadakan penjara, mengenakan denda dan sebagainya. Orang-orang yang baik dan berjasa juga tidak layak disanjung dan dipuji, apa lagi diberikan habuan dan ganjaran kerana kebaikan dan jasa-jasanya.

 Lantaran kesemua keistimewaannya itu bukanlah hasil usahanya sendiri. Segala penat lelah dan jerih perih yang ditanggung pekerja dan pengusaha pada hakikatnya tidak ada apa pun. Kerana itu tidaklah layak dia menerima apa-apa upah atas segala pekerjaan yang dibuatnya! Bolehkah sesiapa, termasuk golongan Jabariyyah sendiri menerima akibat fahaman seperti itu?! Ketiga ialah golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah. Mereka adalah golongan yang berada di atas kebenaran kerana pegangan mereka yang bersesuaian dengan ajaran al-Qur'an, as-Sunnah dan 'aqal yang sejahtera. Menurut pegangan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah, manusia itu mempunyai kuasa, usaha dan ikhtiar yang cukup tetapi terhad untuk melakukan sesuatu perbuatan. Semua itu dikurniakan oleh Allah kepada mereka dalam kadar yang layak dia diberikan ganjaran atas kerja-kerja dan usaha-usahanya yang baik dan layak pula dia dihukum atas perbuatan-perbuatan dan usaha-usahanya yang buruk. Syah Waliyyullah berkata: "Manusia memang menghendaki dan memilih kebanyakan perbuatan yang dilakukannya. Tetapi sifat menghendaki dan memilih yang ada pada manusia itu di luar daripada (bukan) kehendak dan pilihannya. Keadaannya sama seperti  dan melihat yang ada pada manusia. Semuanya adalah kurniaan Allah kepadånya. Walaupun manusia bukan pencipta sifat-sifat itu, namun tetap boleh dikatakan dia melihat, dia mendengar, dia menghendaki dan dia memilih itu dan ini, apabila sifat-sifat itu ada padanya." Oleh kerana Kitab Misykaat mengandungi bab khusus tentang kepercayaan kepada taqdir, perbincangan selebihnya tentang taqdir in syaa' Allah dapat anda ikuti pada babnya nanti.

⁵² Oleh kerana al-Qur'an berkali-kali menyebutkan perkataan ihsan dan pecahan-pecahan perkataannya, Jibril bertanya pula tentang hakikatnya. Justeru secara tidak langsung ia menunjukkan kepentingan dan keistimewaan ihsan itu dalam sesuatu pekerjaan manusia. Ayat-ayat di bawah jelas menggambarkan peri pentingnya ihsan itu dalam amalan seseorang:
 (1)Ar-Rahman 55:60
هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ 
Bermaksud: Bukankah tidak ada balasan bagi amalan yang baik melainkan balasan yang baik juga? (Ar-Rahman:60).

(2)An-Nahl 16:90
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِ وَٱلْإِحْسَٰنِ وَإِيتَآئِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ وَٱلْبَغْىِۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan (Dia) melarang (kamu) daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, kemungkaran dan kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan. (an-Nahl:90).

(3)Aal-e-Imran 3:134

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ 


45



Tiada ulasan:

Catat Ulasan