Tafsir asas quran nota 4(058).
(vi) Menurut Fadhal bin Syazaan, tujuh puluh ribu empat ratus(77439)
(vii) Menurut Dr. Zul Fiqaar Kaazim didalam Quran e Hakeem Ensiklopedia, jumlahnya ialah lapan ratus enam puluh empat ribu puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh perkataan (86430).
Di sana ada dua pendapat yang masyhur berkenaan dengan jumlah semua sekali huruf didalam al-Qur'an, iatu:
(i) Tiga ratus dua puluh tiga ribu enam ratus tujuh puluh satu huruf (323671).
(ii) Tiga ratus dua puluh tiga ribu tujuh ratus enam puluh huruf (323760).
(e) Setiap Surah seharusnya diterima sebagai satu unit tersendiri.
Para pelajar hendaklah mengkaji dan memahami al-Qur'an berpandukan surah-surahnya, setelah menerima setiap surah sebagai satu unit tersendiri.
Keadaan Surah-Surah Al-Qur'An Yang Saling Berkaitan.
Surah-surah al-Quean itu saling berkait rapat di antara satu dengan yang lain. Al-Qur'an laksana sebuah bangunan agam dengan ruang-ruang atau bilik-biliknya bersambungan diantara satu sama lain. 114 surah yang terkandung di dalamnya bagaikan ruang-ruang atau
bilik-bilik yang saling bersambungan dan berkaitan.
Sebagai contohnya:
(i) Surah al-Baqarah terletak berdempet dengan Surah Aali 'lmraan. Kedua-duarnya saling berkait rapat. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. memanggil kedua-duanya dengan الزهراوان
(dua surah yang cerah dan bersinar-sinar) dan غمامتان (dua surah yang berkilauan dan bersinar-sinar). Surah al-Baqarah banyak mengandungi tafsiran tentang المغضوب عليهم
(golongan yang dimurkai Allah) yang tersebut di akhir Surah al-Faatihah. Surah Aali 'lmraan pula banyak mengandungi tafsiran tentang الضالين (golongan sesat) yang juga
tersebut di akhir Surah al-Faatihah.
(ii) Surah at-T'halaaq terletak berdampingan dengan Surah at-Tahrim. Topik kedua-duanya sama. [Berkenaan dengan kehidupan kekeluargaan]
58
Tiada ulasan:
Catat Ulasan