Tafsir asas quran nota baca 4(042-059)s
Tafsir asas quran nota 4(042).
(9) Memahami Al-Qur'an Berdasarkan Tertib AI-Qur'an Yang Ada ( فهم القرآن على ضوء الترتيب الكتابي )
Usul kesembilan ialah memahami al-Qur"an berdasarkan tertib al-Qur'an yang ada didalam Mushaf atau dalam bentuk sebuah buku di tangan umat Islam hari ini.
Di bawah usul kelapan telah pun dipaparkan bahawa mula-mula sekali lima ayat di permulaan Surah al-'Alaq diturunkan. Kemudian beberapa ayat di permulaan Surah al-Muddattsir, kemudian beberapa ayat di permulaan Surah al-Muzzammil dan seterusnya. Pendek kata, tertib turun al-Qur'an tidak sama dengan tertib al-Qur'an yang ada di dalam Mushaf hari ini. Kenapa berlaku begitu? Kenapa tidak dipakai saja susunan al-Qur'an menurut tertib turunnya? Apakah rahsia di sebalik ketidaksamaan dua tertib tersebut??
Anda akan mendapat jawapannya setelah memahami dengan baik beberapa perkara dibawah ini:
(a) Tertib Tauqifi (الترتيب توقيفي)
Tertib al-Qur'an seperti yang ada pada hari ini adalah tertib yang diterima para sahabat dari Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. pula menerimanya dari Jibril dan Jibril pula
menerimanya dari Allah s.w.t. Tertib sebegini dinamakan Tertib Tauqifi kerana pada hakikatnya bukan hasil ijtihad manusia. Justeru ia adalah suatu yang dikehendaki
Allah dan direstuiNya. Menurut tertib inilah al-Qur'an itu dihafal oleh para huffaaz dan qurra' semenjak zaman Sahabat,Tabi'inn,Tab'iat-Tabi'in dan generasi-generasi yang datang kemudian hingga ke hari ini. Di sebalik tertib tauqifi ini juga tersimpan banyak sekali hikmat al-Qur'an sebagai kalam Allah swt. Oleh itu ia perlu diteliti dan dikaji.
(b) Jalinan dan paduan yang cukup indah di antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah.
Surah al-Faatihah adalah Makkiyyah. Ia disusuli empat surah Madaniyyah, iaitu al-Baqarah, Aali 'lmraan, an-Nisaa'dan al-Maa'idah. Empat surah Madaniyyah ini diikuti pula oleh dua surah Makkiyyah iaitu al-An'aam dan al-A'raaf. Selepas itu berturutan pula dua surah Madaniyyah, iaitu al-Anfaal dan at-Taubah. Demikianlah berterusan jalinan dan paduan yang penuh makna antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyy'ah.
(c) Nama-nama Surah.
Tiga perkara penting perlu diingat berkenaan dengan nama-nama Surah.
(i) Sebahagian besar nama-nama Surah adalah tauqifi. Bagaimanapun tidak semuanya betul-betul tsabit (terbukti) diterima daripada Rasulullah s.a.w.
(ii) Banyak daripada nama-nama Surah tidak tauqifi. Ia diletakkan oleh para ulama berdasarkan ijtihad mereka.
(iii) Sesetengah Surah mempunyai beberapa nama termasuk yg tauqifi seperti Surah ad-Dahr. Nama keduanya ialah al-Insaan. Surah Muhammad, nama keduanya ialah al-Qitaal.
(d) Surah-surah, Juzu'-juzu' dan Ruku'-ruku
(i) Di dalam al-Qur'an ada 114 Surah semuanya. Pembahagian Surah-surah kepada 114 adalah berdasarkan wahyu dan ia adalah suatu yang tauqifi. Ia bukan hasil ijtihad sesiapa. Berdasarkan pembahagian inilah al-Qur'an itu seharusnya difahami. Pemahaman al-Qur"an berdasarkan pembahagiannya kepada juzu'-.juzu' merupakan usaha sia-sia.Ia cuma untuk memudahkan penghafalan untuk solat tarawih.
(ii) Pembahagian al-Qur'an kepada 30 juzuk bukan tauqifi. Ia adalah hasil ulama yang datang kemudian. Sesetengah ulama berpendapat, ia bermula semenjak zaman Saidina Utsman lagi. Ia tidak sedikit pun membantu anda memahami al-Qur'an. Pembahagian al-Qur'an kepada juzu' itu hanyalah pembahagian kuantitatif semata-mata.
(iii) Pembahagian al-Qur'an kepada ruku'-ruku' juga bukan tauqifi. Ia seperti pembahagian kepada juzu'-juzu' merupakan hasil ijtihad para ulama. Tujuannya lebih tertumpu kepada penentuan kuantiti. Walau bagaimanapun, pada banyak tempat,kesesuaian topik juga ada diambil kira.
Di bawah ini dikemukakan carta pembahagian al-Qur'an kepada Surah-surah menurut tertib Mushaf yang ada di kalangan umat manusia hari ini di samping pembahagiannya kepada, juzu-juzu'. ruku'-ruku' dan lain-lain.
Nombor surah 1
Nama Surah Al-Faatihah
Juzu'1
Makkiyyah Atau Madaniyyah
Bilangan Ayat-Ayatnya 7
Bilangan Ruku'nya
Nama lain bagi Surah
(2)فاتحة الكتاب
(3)فاتحة القرأن
(4)أم الكتاب
(5)القرآن العظيم
(6)أم القرآن السبع المثاني
(7)الرقية
(8)الوقية
(9)سورة الكَنْز
(11)الشفاء
(12)الصلوة
(14)الشافية
(15)النور
(16)الأساس
(17)سورة الحمد
(18)الشكر
(19)سورة الشكر
(20)سورة السؤال /الدؤع
(21)سورة الحمد الثانية
(22)سورة الدعاء
(23)تعليم المسئلة
(24)سورة المناجاة
(25)سورةالتفويض
(26)سورة الكافية
(27)باب القران
Nombor surah 2
Nama Surah Al-Baqarah
Juzu'1,2,3
Madaniyyah
Bilangan Ayat-Ayatnya 286
Bilangan Ruku'nya 40
Nama lain bagi Surah
(1)سورة فسطاط ايقرن
(2)سنام القران ( bonggol /kemuncak)
(3)سورة الزهراء(gemilang)
Nombor surah 3
Nama surah Aali 'lmraan
Juzuk 3-4
Madaniyyah
Bilangan ayat 200
Bilangan rukuk 20
Nama lain bagi surah
(2)سورة الطيِّبة
(3)الزهرين
Nombor surah 4
Nama surah An nisa
Juzuk 4-5-6
Madaniyah
Bilangan ayat 120
Bilangan rukuk 16
Nama lain bagi surah(2)سورة النساء الكبرى
Nombor surah 5
Nama surah Al maidah
Juzuk 6-7
Madaniyah
Bilangan ayat 120
Bilangan rukuk 16
Nama lain bagi surah (2)سورة المنقذة
Nombor surah 6
Nama surah Al Anaam
Juzuk 7-8
Makkiyah
Bilangan ayat 165
Bilangan rukuk 20
Nama lain bagi surah (2)سورة الحجَّة
Nombor surah 7
Nama surah Al araf
Juzuk 8-9
Makkiyah
Bilangan ayat 206
Bilangan rukuk 24
Nama lain bagi surah
Nombor surah 8
Nama surah Al anfal
Juzuk 9-10
Madaniyah
Bilangan ayat 75
Bilangan rukuk 10
Nama lain bagi surah (2)سورة البدر
Nombor surah 9
Nama surah At taubah
Juzuk 10-11
Madaniyah
Bilangan ayat 129
Bilangan rukuk 16
Nama lain bagi surah
(2)سورة البراءة Allah berlepas dari orang kafir
(3)سورة الفاضحةmendedahkan rahsia orang munafik
(4)سورة العذابperang
(5)سورة المخزءة sapa yg ikut perintah
Nombor surah 10
Nama surah Yunus
Juzuk 11
Makkiyah
Bilangan ayat 109
Bilangan rukuk 11
Nama lain bagi surah
Nombor surah 11
Nama surah Hud
Juzuk 11-12
Makkiyah
Bilangan ayat 123
Bilangan rukuk 10
Nama lain bagi surah
Nombor surah 12
Nama surah Yusuf
Juzuk 12-13
Makkiyah
Bilangan ayat 111
Bilangan rukuk 12
Nama lain bagi surah
Nombor surah 13
Nama surah Ar rad
Juzuk 13
Makkiyah atau Madaniyah
Bilangan ayat 43
Bilangan rukuk 6
Nama lain bagi surah(2)آلمر
Nombor surah 14
Nama surah Ibrahim
Juzuk 13
Makkiyah
Bilangan ayat 52
Bilangan rukuk 7
Nama lain bagi surah
Nombor surah 15
Nama surah Al hijr
Juzuk 13-14
Makkiyah
Bilangan ayat 99
Bilangan rukuk 6
Nama lain bagi surah
Nombor surah 16
Nama surah An nahl
Juzuk 14
Makkiyah
Bilangan ayat 128
Bilangan rukuk 16
Nama lain bagi surah(2)سورة النعم
Nombor surah 17
Nama surah Al Israa
Juzuk 15
Makkiyyah
Bilangan ayat 111
Bilangan rukuk 12
Nama lain bagi surah
سوره بني إسرائيل
سوره سبحان
Nombor surah 18
Nama surah Al kahf
Juzuk 15-16
Makkiyah
Bilangan ayat 110
Bilangan rukuk 12
Nama lain bagi surah
Nombor surah 19
Nama surah Maryam
Juzuk 16
Makkiyah
Bilangan ayat 98
Bilangan rukuk 6
Nama lain bagi surah
Nombor surah 20
Nama surah Thaha
Juzuk 16
Makkiyah
Bilangan ayat 135
Bilangan rukuk 7
Nama lain bagi surah سورة كليم
Nombor surah 21
Nama surah Al anbiya
Juzuk 17
Makkiyah
Bilangan ayat 112
Bilangan rukuk 7
Nama lain bagi surah
Nombor surah 22
Nama surah Al Hajj
Juzuk 17
Madaniyyah
Bilangan ayat 78
Bilangan rukuk 10
Nama lain bagi surah
Nombor surah 23
Nama surah Al mukminun
Juzuk 18
Makkiyah
Bilangan ayat 118
Bilangan rukuk 6
Nama lain bagi surah
Nombor surah 24
Nama surah An nur
Juzuk 18-19
Makkiyah
Bilangan ayat 77
Bilangan rukuk 6
Nama lain bagi surah
Nombor surah 25
Nama surah Al furqan
Juzuk 18-19
Makkiyah
Bilangan ayat 77
Bilangan rukuk 6
Nama lain bagi surah
Nombor surah 26
Nama surah Asy-Syuaraa
Juzuk 19
Makkiyah
Bilangan ayat 227
Bilangan rukuk 11
Nama lain bagi surah (2) سورة طسم
Nombor surah 27
Nama surah An naml
Juzuk 19-20
Makkiyah
Bilangan ayat 93
Bilangan rukuk 7
Nama lain bagi surah
(2)سورة سليمان
(3)سورة طس
Nombor surah 28
Nama surah Al Qashash
Juzuk 19-20
Makkiyah
Bilangan ayat 88
Bilangan rukuk 9
Nama lain bagi surah(2)سورة موسى
Nombor surah 29
Nama surah Al ankabuut
Juzuk 20-21
Makkiyah
Bilangan ayat 69
Bilangan rukuk 7
Nama lain bagi surah(2)سورة الم أحسب الناس
Nombor surah 30
Nama surah Ar-Ruum
Juzuk 21
Makkiyah
Bilangan ayat 60
Bilangan rukuk 4
Nama lain bagi surah(2)سورة الم غلبت الروم
Nombor surah 31
Nama surah Luqman
Juzuk 21
Makkiyah
Bilangan ayat 34
Bilangan rukuk 4
Nama lain bagi surah
Nombor surah 32
Nama surah As-Sajdah
Juzuk 21
Makkiyah
Bilangan ayat 30
Bilangan rukuk 3
Nama lain bagi surah(2) سورة المضاجع
Nombor surah 33
Nama surah Al Ahzab
Juzuk 21-22
Madaniyyah
Bilangan ayat 73
Bilangan rukuk 9
Nama lain bagi surah
Nombor surah 34
Nama surah Saba
Juzuk 22
Makkiyah
Bilangan ayat 54
Bilangan rukuk 6
Nama lain bagi surah
Nombor surah 35
Nama surah Faathir
Juzuk 22
Makkiyah
Bilangan ayat 45
Bilangan rukuk 5
Nama lain bagi surah(2) سورة المئكة
Nombor surah 36
Nama surah Yaasin
Juzuk 22-23
Makkiyah
Bilangan ayat 83
Bilangan rukuk 5
Nama lain bagi surah(2)قلب القرأن
Nombor surah 37
Nama surah Ash-Shaffaat
Juzuk 23
Makkiyah
Bilangan ayat 182
Bilangan rukuk 5
Nama lain bagi surah
Nombor surah 38
Nama surah Shaad
Juzuk 23
Makkiyah
Bilangan ayat 88
Bilangan rukuk 5
Nama lain bagi surah(2)سورة داؤد
Nombor surah 39
Nama surah Az-zumar
Juzuk 23-24
Makkiyah
Bilangan ayat 75
Bilangan rukuk 8
Nama lain bagi surah(2)سورة تلغرف
Nombor surah 40
Nama surah Ghafir
Juzuk 24
Makkiyah
Bilangan ayat 85
Bilangan rukuk 9
Nama lain bagi surah(2)سورة المؤمن(3)سورة الطول
Nombor surah 41
Nama surah Fushshilat
Juzuk 24-25
Makkiyah
Bilangan ayat 54
Bilangan rukuk 6
Nama lain bagi surah(2)حم السجدة(3)سورة تلمصابيح
Nombor surah 42
Nama surah Asy-Syura
Juzuk 25
Makkiyah
Bilangan ayat 53
Bilangan rukuk 5
Nama lain bagi surah(2)سورة حم عسق
Nombor surah 43
Nama surah Az-Zukhruf
Juzuk 25
Makkiyah
Bilangan ayat 89
Bilangan rukuk 7
Nama lain bagi surah
Nombor surah 44
Nama surah Ad dukhan
Juzuk 25
Makkiyah
Bilangan ayat 59
Bilangan rukuk 3
Nama lain bagi surah
Nombor surah 45
Nama surah Al Jaatsiyah
Juzuk 25
Makkiyah
Bilangan ayat 37
Bilangan rukuk 4
Nama lain bagi surah(2)سورة الشريعة
Nombor surah 46
Nama surah Al Ahqaaf
Juzuk 26
Makkiyah
Bilangan ayat 35
Bilangan rukuk 4
Nama lain bagi surah
Nombor surah 47
Nama surah Muhamad
Juzuk 26
Madaniyah
Bilangan ayat 38
Bilangan rukuk 4
Nama lain bagi surah(2)سورة القتال
(3)سورة الذين كفروا
Nombor surah 48
Nama surah Al Fath
Juzuk 26
Madaniyah
Bilangan ayat 38
Bilangan rukuk 4
Nama lain bagi surah
Nombor surah 49
Nama surah Al Hujurat
Juzuk 26
Madaniyah
Bilangan ayat 18
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
Nombor surah 50
Nama surah Qaf
Juzuk 26
Makkiyah
Bilangan ayat 45
Bilangan rukuk 3
Nama lain bagi surah(2)سورة البسقت
Nombor surah 51
Nama surah Adz-Dzaariyaat
Juzuk 26-27
Makkiyah
Bilangan ayat 60
Bilangan rukuk 3
Nama lain bagi surah
Nombor surah 52
Nama surah At Thur
Juzuk 27
Makkiyah
Bilangan ayat 49
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
Nombor surah 53
Nama surah An najm
Juzuk 27
Makkiyah
Bilangan ayat 62
Bilangan rukuk 3
Nama lain bagi surah
Nombor surah 54
Nama surah Al qamar
Juzuk 27
Makkiyah
Bilangan ayat 55
Bilangan rukuk 3
Nama lain bagi surah(2)سورة اقتربت الساعة
Nombor surah 55
Nama surah Ar Rahman
Juzuk 27
Makkiyah/Madaniyah
Bilangan ayat 78
Bilangan rukuk 3
Nama lain bagi surah(2)سورة عروس القرآن
(3)زينة القرآن
Nombor surah 56
Nama surah Al waqiah
Juzuk 27
Makkiyah
Bilangan ayat 96
Bilangan rukuk 3
Nama lain bagi surah(2)سورة الغنى
Nombor surah 57
Nama surah Al Hadid
Juzuk 27
Madaniyah
Bilangan ayat 29
Bilangan rukuk 4
Nama lain bagi surah
Nombor surah 58
Nama surah Al Mujadalah
Juzuk 28
Madaniyah
Bilangan ayat 22
Bilangan rukuk 3
Nama lain bagi surah(2)سورة الظهر(3)سورة قد سمع
Nombor surah 59
Nama surah Al Hasyr
Juzuk 22
Madaniyah
Bilangan ayat 24
Bilangan rukuk 3
Nama lain bagi surah(2)سورة بني النضير
Nombor surah 60
Nama surah Al Mumtahanah
Juzuk 28
Madaniyah
Bilangan ayat 13
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
(2)سورة الامتحان
(3)سورة المراة المهاجرة
(4)سورة المود
Nombor surah 61
Nama surah Ash Shaff
Juzuk 28
Makkiyah Madaniyah
Bilangan ayat 14
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
(2)سورة الحواربين
(3)سورة عيسى
Nombor surah 62
Nama surah Al Jumaah
Juzuk 28
Madaniyah
Bilangan ayat 11
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
Nombor surah 63
Nama surah Al Munafiqun
Juzuk 28
Madaniyah
Bilangan ayat 11
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
Nombor surah 64
Nama surah At Thaghabun
Juzuk 28
Makkiyah/Madaniyah
Bilangan ayat 18
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
Nombor surah 65
Nama surah At Thalaaq
Juzuk 28
Madaniyah
Bilangan ayat 28
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
(2)سورة النساء الصغزى
Nombor surah 66
Nama surah At Tahrim
Juzuk 28
Madaniyah
Bilangan ayat 12
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
(2)سورة ابمحترمة
(3)سورة النبيصلى الله عليه وسلم
Nombor surah 67
Nama surah Al Mulk
Juzuk 29
Makkiyah
Bilangan ayat 30
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
(2)سورة تبارك
(3)سورة المانعة
(4)سورة المنازعة
(5)سورة المنجية
(6)سورة الواقية
Nombor surah 68
Nama surah Al Qalam
Juzuk 29
Makkiyah
Bilangan ayat 52
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah(2)سورة ن
Nombor surah 69
Nama surah Al Haaqqah
Juzuk 29
Makkiyah
Bilangan ayat 44
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
Nombor surah 70
Nama surah Al Maarij
Juzuk 29
Makkiyah
Bilangan ayat 44
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
(2)سورة سال سائل
(3)سورة الواقع
Nombor surah 71
Nama surah Nuuh
Juzuk 29
Makkiyah
Bilangan ayat 28
Bilangan rukuk
Nama lain bagi surah
Nombor surah 72
Nama surah Al Jin
Juzuk 29
Makkiyah
Bilangan ayat 28
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
(2)سورة قل أوحي
(3)سورة الوحي
Nombor surah 73
Nama surah Al Muzzammil
Juzuk 28
Makkiyah
Bilangan ayat 20
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
Nombor surah 74
Nama surah Al Muddasir
Juzuk 29
Makkiyah
Bilangan ayat 20
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
Nombor surah 75
Nama surah Al Qiayaamah
Juzuk 29
Makkiyah
Bilangan ayat 40
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
(2)سورة لا أقسم
Nombor surah 76
Nama surah Al Insan
Juzuk 29
Madaniyyah
Bilangan ayat 31
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
(2)سورة الدهر
(3)سورة هل أتى
Nombor surah 77
Nama surah Al Mursalat
Juzuk 29
Makkiyah
Bilangan ayat 50
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah.
Nombor surah 78
Nama surah An naba
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 40
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
(2)سورة عم يتساءلون
(3)سورة النتنساؤل
Nombor surah 79
Nama surah An Naaziaat
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 46
Bilangan rukuk 2
Nama lain bagi surah
(2)سورة الساهرة
(3)سورة الطامة
Nombor surah 80
Nama surah Abasa
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 42
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة السَّفَرَةِ
(3)سورة الصَّاخَّة
Nombor surah 81
Nama surah At Takwir
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 29
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة كُوْرَتُ
(3)سورة إذا الشمس كورت
Nombor surah 82
Nama surah Al Infithaar
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 19
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة إذا السماء انفطرت
Nombor surah 83
Nama surah Al Muthafifin
Juzuk 30
Makkiyah Madaniyah
Bilangan ayat 36
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة التطفيف
Nombor surah 84
Nama surah Al Insyiqaaq
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 25
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة إذا السماء انشقت
Nombor surah 85
Nama surah Al Buruj
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 22
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 86
Nama surah Al Thaariq
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 17
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 87
Nama surah Al A'la
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 19
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة سبح
Nombor surah 88
Nama surah Al Ghasyiyah
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 30
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 89
Nama surah Al Fajr
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 30
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 90
Nama surah Al Balad
Juzuk 30
Makkiyah Madaniyah
Bilangan ayat 20
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 91
Nama surah Al Syam
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 15
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 92
Nama surah Al-Lail
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 21
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 93
Nama surah Adh-Dhuha
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 11
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 94
Nama surah Asy-Syarh
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 8
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة الم نشرح
(3)الانشراح
Nombor surah 95
Nama surah Al Tiin
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 8
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 96
Nama surah Al Alaq
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 19
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة اقرا
(3)سورة القلم
Nombor surah 97
Nama surah Al Qadr
Juzuk 30
Makkiyah Madaniyah
Bilangan ayat 5
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 98
Nama surah Al Bayyinah
Juzuk 30
Makkiyah Madaniyah
Bilangan ayat 8
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورو لميكن
(3)سورة البرية
(4)سورة القيامة
(5)سورة الانفكاك
Nombor surah 99
Nama surah Al Zalzalah
Juzuk 30
Makkiyah Madaniyah
Bilangan ayat 8
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة الزلزال
(3)سورة إذا زلزلت
Nombor surah 100
Nama surah Al Aadiyaat
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 11
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 101
Nama surah Al Qaariah
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 11
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 102
Nama surah Al Takaatsur
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 8
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة الهاكم
Nombor surah 103
Nama surah AlAshr
Juzuk 30
Makkiyah Madaniyah
Bilangan ayat 3
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 104
Nama surah Al Humazah
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 9
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 105
Nama surah Al Fiil
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 5
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 106
Nama surah Al Quraisy
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 4
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah(2)سورة الشتاء
Nombor surah 107
Nama surah Al Maun
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 7
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة الرأيت
(3)سورة الدين
Nombor surah 108
Nama surah Al Kautsar
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 3
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
Nombor surah 109
Nama surah Al Kaafirun
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 6
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة قل يأيها الكافرون
(3)سورة الإخلاص
(4)سورة العبادة
(5)سورة الْمّقِشْقِشَةِ أي الْمُبْرِّئة من الشرك والنفاق
Nombor surah 110
Nama surah An Nasr
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 3
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة التوديع
(3)سورة إذا جاء
Nombor surah 111
Nama surah Al Masad
Juzuk 30
Makkiyah
Bilangan ayat 5
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة اللهب
(3)سورة تبت
Nombor surah 112
Nama surah Al Ikhlas
Juzuk 30
Makkiyah Madaniyah
Bilangan ayat 4
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة قل هو الله أحد
(3)الأساس
(4)سورة التوحيد
(5)سورة الإيمان
Nombor surah 113
Nama surah Al Falaq
Juzuk 30
Makkiyah Madaniyah
Bilangan ayat 5
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة الْمُعَوِّذَة
Nombor surah 114
Nama surah An naas
Juzuk 30
Makkiyah Madaniyah
Bilangan ayat 6
Bilangan rukuk 1
Nama lain bagi surah
(2)سورة الْمُعَوِّذَة
Peringatan (1):-
Surah-surah yang disepakati ahli taf'sir sebagai surah-surah Madaniyyah ada 20
kesemuanya. Di bawah ini dikemukakan senarainya:
( 1) البقر
(2) ال عمران
(3)النساء
(4)المائدة
(5)الأنفال
(6)التوبة
(7)النور
(8) الأحزاب
(9) محمد
(11)الفتح
(12)الحديد
(13)المجادلة
(14)الحشر
(15)المتحنه
(16)الجمعة
(17) المنافقون
(18)الطاق
(19) التحريم
(20) النصر
Surah-surah yang khilaf para ahli tafsir tentang Makkiyyah atau Madaniyyahnya pula ada 13. Senarainya adalah seperti berikut:
(1) الفاتحة
(2) الرغد
(3)الحج
(4) الرحمن
(5)الصف
(6) التغابن
(7) المطففين
(8) القدر
(9)البينة
(10) الزلزال
(11) الإخلاص
(12)الفلق
(13)الناس
Selebihnya adalah surah-surah yang disepakati mereka sebagai surah-surah Makkiyyah'
Kesimpulannya:
Jumlah kesemua sekali surah ada dalam al-Qur' an ada 114.20 daripadanya adalah surah-surah Mada'iyyah. 81 daripadanya adalah surah-surah Makkiyyah dan 13 daripadanya pula adalah yang dliperselisihkan, sama ada ia Makkiyyah atau Madanil'yah'
Peringatan (2):-
Sesuatu surah dikatakan Makkiyyah atau Madaniyyah berdasarkan kebanyakan isi kandungannya. la tidak bererti setiap ayat di dalam surah Makkiyyah diturunkan sebelum
Rasulullah saw berhijrah ke Madinah. Kerana mungkin juga ada di dalamnya satu atau dua ayat yang diturunkan setelah Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah. Demikian juga sebaliknya, mungkin ada didalam surah yang dikatakan Madaniyyah satu atau dua ayat yang diturunkan sebelum Rasulullah s.a'w' berhijrah ke Madinah. Bagaimanapun para ulam Tafsir ada menyebutkan beberapa qaedah umum dan ciri-ciri bagi masing-masing daripada surah Makkiyyah dan Madaniyyah'
Antara qaedah umum dan ciri-ciri surah Makkiyyah adalah sebagai berikut:
(i) Setiap surah yang di dalamnya ada ayat Sajdah:Makkiyyah, kecuali Surah al-Hajj.Kerana para ahli Tafsir masih khilaf tentangnya. Sama ada ia Makkiyyah atau Madaniyyah, meskipun di dalamnya terdapat dua ayat Sajdah.
(ii) Semua Surah yang di dalamnya digunakan perkataan كَلَّ adalah Makkiyyah" Perkataan ini berulang sebanyak 33 kali di bahagian separuh akhir al-qur'an. Ia bertaburan di dalam 15 Surah.
(iii) Surah yang di dalamnya terdapat ayat yang dimulakan dengan يَأَيُّهَا النَّاسُ adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah dan Surah al-Hajj.
(iv) Semua Surah yang dimulakan dengan Huruf Muqattha'at,Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah dan Aali 'lmraan.
(v) Semua Surah yang tersebut di dalamnya kisah para nabi dan umat-umat dizaman silam adalah Makkiyyali kecuali Surah al-Baqarah.
(vi) Setiap Surah yang tersebut di dalamnya kisah Adam dan lblis adalah Makkiyyah kecuali Surah al-Baqarah.
(vii) Surah-surah yang mengandungi pembuktian tentang 'aqidah tauhid. risalah(kerasulan), hari kebangkitat, hari kiamat, syurga dan neraka pada umumnya adalah
surah-surah Makkiyvah.
(viii) Surah-surah yang memaparkan akhlaq-akhlaq yang mulia di samping membantah jenayah dan perlakuan buruk golongan musyrikin, seperti membunuh orapg-orang yarg
tidak bersalah, memakan harta anak yatim, menanam hidup-hidup anak-anak perempuan dan lain-lain adalah Makkiyyah.
(ix) Surah-surah Makkiyyah pada umumnya mengandungi ayat-ayat yang pendek penuh erti dan banyak menggunakan seni bahasa Arab yang tinggi. Penggunaan seni bahasa seperti tasybih, tamsil, kinayah, majaaz dan istiarah adalah suatu yang lumrah didalamnya. Perbendaharaan katanya juga sangat luas.
Qaedah umum dan ciri-ciri surah Madaniyyah pula adalah sehagai berikut:
(i) Surah-surah yang mengandungi kewajipan-kewajipan agama (seperti puasa, zakat,haji dan sebagainya) dan hukum-hukum hudud adalah Madaniyyah.
(ii) Surah-surah yang menyebutkan tentang golongan munafiqin dan gelagat-gelagat mereka Madaniyyah, kecuali Surah al-' Ankabut.
(iii) Surah-surah yang mengandungi ayat-ayat yang ditujukan kepada Ahli al-Kitab dan dialog serta kritikan terhadap mereka adalah Madaniyyah
(iv) Surah-surah yang di dalamnya terdapat ayat yang dimulakan dengan يأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا
(v) Surah-surah yang mengandungi hukurn-hakam ibadat, muamalat, hudud, pusaka, perang', damai, kekeluargaan, kenegaraan dan kemasyarakatan serta hubungan antara
bangsa Madaniyyah kesemuanya.
(vi) Banyak daripada surah Madaniyyah panjang . Demikian juga dengan ayat-ayatnya. Di dalamnya terdapat panduan yang agak ter'perinci tentung sesuatu peraturan atau tatacaramelaksanakan sesuatu perintah dan larargan Allah.
(vii) Kalau surah-surah Makkiyyah lebih banyak menyatakan pertentangan antara orang-orang lslam dan penyembah berhala secara khususnya, maka surah-surah Madaniyyah
pula lebih banyak menyatakan pertentangan antara orang-orang Islam dan Ahli al-Kitab atau golongan munafiqin.
(viii) Gaya bahasa surah-surah Madaniyyah pada umumnya bersahaja dan terang. Penggunaan bahasa-bahasa berbunga dan penuh dengan pelbagai seni bahasa "Arab
kurang terdapat di dalamnya. Ini kerana realiti masyarakat Madinah adalah daripada latarbelakang yang berbeza-beza. Keadaan mereka sememangnya menghendaki bahasa yang terang dan sederhana digunakan.
(ix) Kalau surah-surah Makkiyyah lebih hanyak menekankan fasal tauhid,kenabian ,kehidupan di alam akhirat. pemandangan hari kiamat,menghiburkan Rasulullah s.a.w.
dan kisah-kisah zaman lampau, maka surah-surah Madaniyyah pula lebih banyak menekankan soal-soal kekeluargaan, kemasyarakatan dan ketamaddunan.
(x) Surah-surah yang mengandungi keizinan berjihad dan hukum-hakam semasa berperang, di samping apa-apa yang ada kaitan dgnnya adalah Madaniyyah.
Peringatan (3):-
Berhubung dengan bilangan ayat-ayat di dalam al-Qur'an, sememangnya terdapat khilaf di kalangan para ulama.
Perinciannya adalah seperti berikut:
(i) Menurut sebilangan besar ulama, jumlah kesemua sekali ayat-ayat al-Qur'an ialah enam ribu enam ratus enam puluh enam ayat (6,666).
(ii) Ada yang berpendapat enam ribu enam ratus enam belas (6616) sahaja.
(iii) Ada yang berpendapat hanya enam ribu dua ratus enam belas (6216) sahaja.
(iv) Ada juga yang berpendapat enam ribu dua ratus tiga puluh tujuh (6237) sahaja.
(iiv) Yang paling tepat berhubung dengan jumlah kesemua sekali (total) ayat-ayat al-Qur'an ialah enam ribu dua ratus dua belas (6212) sahaja. Inilah jumlah yang akan anda
perolehi apabila anda mencampurkan semua sekali ayat-ayat yang jelas di dalam 114 surah yang ada di dalam al-Qur'an.
Berhubung dengan bilangan perkataan di dalam al-Qur'an pula terdapat beberapa pendapat seperti berikut:
(i) Tujuh puluh tujuh ribu sembilan ratus tiga puluh tiga (77933).
(ii) Tujuh puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh tujuh (77437).
(iii) Tujuh puluh tujuh ribu dua ratus tujuh puluh tujuh (77277).
(iv) Menurut Mujahid, tujuh puluh enam ribu empat ratus tiga puluh (76430).
(v) Menurut 'Abdul 'Aziz bin 'Abdillah ,tujuh puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh
(77430).
(vi) Menurut Fadhal bin Syazaan, tujuh puluh ribu empat ratus(77439)
(vii) Menurut Dr. Zul Fiqaar Kaazim didalam Quran e Hakeem Ensiklopedia, jumlahnya ialah lapan ratus enam puluh empat ribu puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh perkataan (86430).
Di sana ada dua pendapat yang masyhur berkenaan dengan jumlah semua sekali huruf didalam al-Qur'an, iatu:
(i) Tiga ratus dua puluh tiga ribu enam ratus tujuh puluh satu huruf (323671).
(ii) Tiga ratus dua puluh tiga ribu tujuh ratus enam puluh huruf (323760).
(e) Setiap Surah seharusnya diterima sebagai satu unit tersendiri.
Para pelajar hendaklah mengkaji dan memahami al-Qur'an berpandukan surah-surahnya, setelah menerima setiap surah sebagai satu unit tersendiri.
Keadaan Surah-Surah Al-Qur'An Yang Saling Berkaitan.
Surah-surah al-Quean itu saling berkait rapat di antara satu dengan yang lain. Al-Qur'an laksana sebuah bangunan agam dengan ruang-ruang atau bilik-biliknya bersambungan diantara satu sama lain. 114 surah yang terkandung di dalamnya bagaikan ruang-ruang atau
bilik-bilik yang saling bersambungan dan berkaitan.
Sebagai contohnya:
(i) Surah al-Baqarah terletak berdempet dengan Surah Aali 'lmraan. Kedua-duarnya saling berkait rapat. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. memanggil kedua-duanya dengan الزهراوان
(dua surah yang cerah dan bersinar-sinar) dan غمامتان (dua surah yang berkilauan dan bersinar-sinar). Surah al-Baqarah banyak mengandungi tafsiran tentang المغضوب عليهم
(golongan yang dimurkai Allah) yang tersebut di akhir Surah al-Faatihah. Surah Aali 'lmraan pula banyak mengandungi tafsiran tentang الضالين (golongan sesat) yang juga
tersebut di akhir Surah al-Faatihah.
(ii) Surah at-T'halaaq terletak berdampingan dengan Surah at-Tahrim. Topik kedua-duanya sama. [Berkenaan dengan kehidupan kekeluargaan]
(iii) Surah al-Anfaal terletak berdempet dengan Surah at-taubah. Kedua-duanya membicarakan tentang jihad.
(iv) Surah ad-Dhuha dan al-lnsyiraah terletak berdampingan. Kedua-duanya sarna-sama menghiburkan hati Nabi s.a.w. dan membimbing Baginda melakukan sesuatu"
(v) Surah al-Falaq dan an-Naas juga terletak berdampingan. Kedua-duanya adalah sarana perlindungan. Kerana itulah Nabi s.a.w. menamakan kedua-duanya dengan مُعَوِّذَتَان (dua
surah pelindung).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan