Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms37-50
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 notabc37-45
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms037
Misykatul masabiih kitab Iman
matan hadis sesi 1
24 feb 13
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْجَطَابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الشِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعَرِ لا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلا يَعْرِفُهُ مِنًّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صَلَّى اللهُ عِلَيهِ وَسَلَّمَ فَأَسْنَدَ رَكْبَتَيْهِ إِلَى رُكَبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِى عَنِ الاسْلامُ فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم أَلاسْلَمُ أَنْ تَشْهَدُ أَنْ لا اله الا اللهُ وَاَنْ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم أَلاسْلَمُ
وَتُقِيمَ الصَّلاةَ وَتُؤتِيَ الزَّكَاة وَتصُومُ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْت إِنِ اسْتَطَعْتَ اِلَيْهِ سَبِيْلا قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَعَجِبْنَالَهُ وَيُصَدِّقُهُ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ الايِمَانِ قَالَ أَنْ تُؤْمِنَ بِا الله وَمَلائكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالقَدَرِخَيْرهِ وَشَرِّهِ قَالَ صَدَقْدَ فَأَخْبِرْنِى عَنِ الاحْسَانِ قَالَ اَنْ تَعْبُدَ الله كَانَكَ تَرَاهُ فَانْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَأنَّهُ يَرَاكَ قَالَ فَأَخْبِرْنِى عَنِ السَّاعَةِ قَالَ مَا المُسؤُلُ عَنْهَا بِأعْلَمَ مِنَ السَّائلِ قَالَ فَأخْبِرْنِى عَنِ أَمَارَتِهَا قَالَ أَنْ تَلِدَ الامَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاء الشَّاءِ يَتَطَاوَلوُنَ فِى الْبُنْيَا قَالَ ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيَّا ثُمَّ قَالَ لِى يَاعُمَرُا تَدْرِى مَنِ السَّائلُ قُلْتُ الله وَرَسُولُهُ اعلم قَالَ فَاِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يَعْلَمُكُمْ دِيْنَكُمْ
رَوَاهُ مُسْلِم
وَرَوَاهُ أَبُو هُرِيرَة مِعَ اخْتِلَافٍ وَفِيهِ : " وَإِذَا رِأَيْتَ الْحُفَاةِ الْعُرَاة الصَّمَ الْبُكْمُ مُلُوكَ الأَرْضِ فِي خَمْسٍ لَا يِعْلِمُهُنْ إِلَّا الله . ثُمَّ قَرَأَ إِنَّ اللهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَة وَيُنَزِلُ الغَيْث الآية . مُتَفَقٌ عَلَيه
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 37
1-'Umar bin al-Khaththaab r.a. meriwayatkan, katanya: "Pernah pada suatu hari ketika kami sedang duduk di samping Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang³⁸ seorang lelaki dengan
___________________________________________________________
³⁸ Perkataan datang ini boleh juga ditukarkan dengan perkataan muncul sebagai terjemahan kepada perkataan طلع . Bahkan perkataan muncul mungkin lebih sesuai diguna, memandangkan malaikat adalah makhluk halus yang diciptakan daripada cahaya. 'Aaisyah meriwayatkan, katanya
خُلِقَتِ المَلائِكَةُ مِنْ نُورِ وِخُلقَ الجَانٌ من مَارِجٍ من نَارٍ وَخَلِقَ اَدَمٌ وُصِفَ لَكَم
Bermaksud: Malaikat dijadikan daripada cahaya. Jin dijadikan dåripada Iidah api yang menjulang-julang. Adam (pula) dijadikan daripada tanah seperti mana telah diceritakan (oleh Allah) kepada kamu (di dalam al-Qur'an) (Muslim, Ahmad, 'Abd bin Humaid, Ibnu Hibbaan, Baihaqi, Ishaq bin Rahawaih dan lain-lain).
Selain itu, di dalam bahasa 'Arab perkataan sering diguna untuk menyatakan kemunculan jisim-jisim yang bercahaya sepertiطَلَعَ الْبَدْرُ، طَلَعَتِ الشَّمْسُ dan sebagainya. Maka penggunaan perkataan oleh perawi di sini amat tepat sekali. Kedatangan Jibril dalam rupa manusia adalah untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Kerana proses pengajaran dan pembelajaran lebih sukar diterima daripada orang yang berlainan jenis. Berdasarkan riwayat Ibnu Mandah di dalam Kitab al-Iman dengan isnadnya yang menepati syarat Muslim, kedatangan Jibril kali ini adalah selepas semua hukum-hakam agama selesai diturunkan, sebagai pengesahan dan rumusan kepada ajaran-ajaran agama yang telah disampaikan Baginda s.a.w. secara terpisah-pisah sebelum itu. la dirumuskan dalam satu majlis supaya senang dihafal dan dan dikuasai inti pati ajarannya. Sebab wurud hadits ini ialah seperti tersebut di dalam Sahih Muslim, bahawa setelah Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tanyalah aku." Mereka (para sahabat) berasa gerun untuk bertanya Baginda s.a.w. Tiba-tiba datanglah -seorang lelaki lalu duduk dekat dua lutut Nabi s.a.w. . .. Di penghujungnya Nabi s.a.w. bersabda:
هَذَا جِبْرِيلُ أَرَادَ أَنْ تُعَلَّمَوا لَمْ تَسْالُوا
(Itu Jibril, oleh kerana kamu tidak bertanya, dia hendak kamu tetap mendapat ilmu). Hadits ini dikenali sebagai hadits Jibril kerana orang yang datang bertanya Nabi s.a.w. itu adalah Jibril. la juga dikenali sebagai ibu
37
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms038.
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 38.
berpakaian amat putih dan berambut amat hitam.³⁹ Sedikitpun tidak terlihat padanya kesan-kesan (orang yang sedang dalam) perjalanan dan tiada seorangpun daripada kami yang mengenalinya.⁴⁰ Lalu ia duduk di hadapan Nabi dengan merapatkan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda s.a.w. dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua pahanya.⁴¹ Kemudian lelaki itu berkata: "Wahai Muhammad!" Beritahulah kepadaku
___________________________________________________________
segala hadits (أم الأحاديث)kerana segala ilmu syari'at sama ada yang berkaitan dengan Ushuluddin, fiqh, adab, akhlaq, kemasyarakatan, tashawwuf, hikmat, falsafah dan lain-lain.
³⁹ شَدِيْدُ بَيَاضِ الشِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعَرِ
adalah dua jumlah (ayat) atau dua murakkab idhafi, jika perkataan dibaca tanpa tanwin (baris dua) seperti di dalam hadits di atas. la boleh juga dibaca dengan tanwin. Dalam keadaan ini pula perkataan بَيَاض dan سَوَاد akan menjadi faa'il kepadanya. Hukumnya adalah marfuk dengan dhammah. Taqdir jumlah pertama ialahشَدِيْدُ بَيَاضِ الشِّيَابِهِ dan taqdir bagi jumlah kedua ialah شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعَرِهِ . Jumlah atau ayat pertama mengisyaratkan kepada kebersihan tubuh badan dan pakaian orang itu. Jumlah atau ayat kedua pula mengisyaratkan kepada kemudaan, kekuatan dan kesihatannya. Secara simbolik kedua-dua jumlah (ayat) itu mengandungi banyak pengajaran untuk pelajar khususnya. Antara lainnya adalah seperti berikut:
(a) Para pelajar hendaklah berada dalam keadaan bersih semasa belajar.
(b) Mereka dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian supaya cahaya ilmu dapat memancar lalu menyerap masuk ke dalam hatinya dengan mudah.
(c) Ketika pergi menghadap guru, seseorang pelajar itu hendaklah bersih pakaian dan hatinya supaya memperolehi perkenan hati guru dan keberkatan ilmunya.
(d) Menuntut ilmu seelok-eloknya adalah pada ketika masih muda belia. Kerana orang muda yang kosong fikirannya daripada lain sahaja dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pelajaran. Orang muda yang-sihat, penuh dengan tenaga dan semangat jugalah yang dapat menanggung beban ilmu dan segala kesukaran semasa belajar.
⁴⁰ Saiyyidina 'Umar berkata begini sama ada berdasarkan fikiran beliau semata-mata atau setelah beliau bertanya lain yang turut serta dalam majlis itu seperti tersebut di dalam satu riwayat sahih yang dilemukakan oleh Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Baihaqi edi dalam Syu'ab al-Imannya, bahawa 'Umar berkata:
فَنَظَرَ الْقَوْمُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ فقالو مَا نَعْرِفُ هَذَا وَمَا هَذَا بِصَاحِي سَفَرٍ
Bermaksud: "Maka sebahagian yang hadhir melihat kepada sebahagian yang lain. (Mereka berkata) Kita tidak kenal orang ini dan dia bukan seorang musafir (kerana tidak kelihatan padanya kesan-kesan orang yang sedang dalam perjalanan). Andaian kedua ini lebih baik kerana disokong oleh riwayat Ahmad dan Baihaqi itu.
⁴¹ Terdapat dua pendapat berhubung dengan dhamir pada perkataan فِخِذَيْهِ. Adakah ia kembali kepada perkataan رجل ya'ni orang yang datang menemui Nabi s.a.w. atau ia kembali kepada Rasulullah s.a.w.? Kalau ia kembali kepada orang berkenaan, maka maksudnya ialah ia meletakkan kedua tangannya di atas kedua pahanya sendiri seperti keadaan duduk seorang pelajar di hadapan gurunya. Inilah pendapat an-Nawawi dan at-Turpasyti. Cara duduk seperti ini menampakkan lebih beradab di hadapan guru. Dan kalau ia kembali kepada Nabi s.a.w., maka maksudnya ialah orang itu meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi s.a.w. Ini pendapat pilihan Imam Baghawi, Ismail at-Taimi dan lain-lain. Tujuan dia berbuat begitu mungkin untuk menyatakan tiga perkara berikut:
(a) Menyatakan kesediaannya yang penuh untuk menerima apa-apa ajaran yang akan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. (b) Menyembunyikan hakikat dirinya sehingga orang-orang yang ada di majlis itu menyangka dia hanya seorang badwi. (c) Menyatakan kasih sayangnya dan kemesraannya dengan Rasulullah s.a.w.
Pendapat kedua ini disokong oleh at-Thibi dan diperkuat oleh Hafiz Ibnu Hajar dan Hafiz al-Aini r.a. Alasan mereka ialah adanya riwayat Ibnu Khuzaimah, an-Nasaa'i dan lain-lain yang menunjukkan dengan jelas Jibril telah meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa itu.Antara sahabat yang dikatakan telah meriwayatkan hadits-hadits yang menyokong pendapat
38
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms039.
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 39
kedua ini ialah Ibnu Abbaas, Abu 'Aamir al-Asyîari, Ibnu Umar, Abu Zarr dan Abu Hurairah. Bagi penulis, hadits-hadits ini sebenarnya tidak mahfuz. Ia berkisar di antara dha'if, mungkar atau syaz. Kerana itu ia tidak dapat menandingi hadits Bukhari dan Muslim yang sedang kita bicarakan ini. Sebagai contoh, lihatlah saja riwayat an-Nasaa'i di bawah nanti, Ia merupakan riwayat terbaik berhubung dengan perkara ini, namun di dalamnya tetap juga ada beberapa unsur syuzuz . Perhatikan terutamanya, perkataan-perkataan atau rangkai kata-rangkai kata yang bergaris dibawahnya @[ ]
- أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ عَنْ جَرِيرٍ عَنْ أَبِي فَرْوَةَ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي ذَرٍّ قَالَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْلِسُ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ أَصْحَابِهِ فَيَجِيءُ الْغَرِيبُ فَلَا يَدْرِي أَيُّهُمْ هُوَ حَتَّى يَسْأَلَ فَطَلَبْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَجْعَلَ لَهُ مَجْلِسًا يَعْرِفُهُ الْغَرِيبُ إِذَا أَتَاهُ فَبَنَيْنَا لَهُ دُكَّانًا مِنْ طِينٍ كَانَ يَجْلِسُ عَلَيْهِ وَإِنَّا لَجُلُوسٌ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسِهِ إِذْ أَقْبَلَ رَجُلٌ أَحْسَنُ النَّاسِ وَجْهًا وَأَطْيَبُ النَّاسِ رِيحًا كَأَنَّ ثِيَابَهُ لَمْ يَمَسَّهَا دَنَسٌ حَتَّى سَلَّمَ فِي طَرَفِ الْبِسَاطِ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا مُحَمَّدُ فَرَدَّ عَلَيْهِ السَّلَامُ قَالَ أَدْنُو يَا مُحَمَّدُ قَالَ ادْنُهْ فَمَا زَالَ يَقُولُ أَدْنُو مِرَارًا وَيَقُولُ لَهُ ادْنُ
[حَتَّى وَضَعَ يَدَهُ عَلَى رُكْبَتَيْ]
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي مَا الْإِسْلَامُ قَالَ الْإِسْلَامُ
[أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ وَلَا تُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا]
وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ قَالَ إِذَا فَعَلْتُ ذَلِكَ فَقَدْ أَسْلَمْتُ قَالَ نَعَمْ قَالَ صَدَقْتَ فَلَمَّا سَمِعْنَا قَوْلَ الرَّجُلِ صَدَقْتَ أَنْكَرْنَاهُ قَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي مَا الْإِيمَانُ قَالَ الْإِيمَانُ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ
[ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَتُؤْمِنُ بِالْقَدَرِ ]
قَالَ فَإِذَا فَعَلْتُ ذَلِكَ فَقَدْ آمَنْتُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَمْ قَالَ صَدَقْتَ قَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي مَا الْإِحْسَانُ قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ قَالَ صَدَقْتَ قَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي مَتَى السَّاعَةُ قَالَ فَنَكَسَ فَلَمْ يُجِبْهُ شَيْئًا ثُمَّ أَعَادَ فَلَمْ يُجِبْهُ شَيْئًا ثُمَّ أَعَادَ فَلَمْ يُجِبْهُ شَيْئًا وَرَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ وَلَكِنْ لَهَا عَلَامَاتٌ تُعْرَفُ بِهَا إِذَا رَأَيْتَ الرِّعَاءَ الْبُهُمَ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ وَرَأَيْتَ الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ مُلُوكَ الْأَرْضِ وَرَأَيْتَ الْمَرْأَةَ تَلِدُ رَبَّهَا خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ { إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ إِلَى قَوْلِهِ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ } ثُمَّ قَالَ لَا وَالَّذِي بَعَثَ مُحَمَّدًا بِالْحَقِّ هُدًى وَبَشِيرًا مَا كُنْتُ بِأَعْلَمَ بِهِ مِنْ رَجُلٍ مِنْكُمْ وَإِنَّهُ لَجِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام نَزَلَ فِي صُورَةِ دِحْيَةَ الْكَلْبِيِّ
Bermaksud: Hurairah dan Abu Zarr bercerita, kata mereka berdua: Rasulullah s.a.w, duduk di hadapan para sahabatnya dalam keadaan orang asing yang datang tidak mengetahui siapa dia (Rasulullah s.a.w.) antara mereka kalau tidak ditanya. Maka kami meminta kepada Rasulullah s.a.w. untuk membuatkan satu tempat duduk khusus buat Baginda yang dapat membuatkan orang asing yang datang mengenali Baginda. Lalu kami buatkanlah satu tempat duduk daripada tanah untuk Rasulullah s.a.w. duduk di atasnya, pernah ketika kami sedang duduk dan Rasulullah s.a.w. pula duduk di tempatnya itu, tiba-tiba datang seorang Ielaki yang sangat cantik wajahnya dan sangat wangi pula baunya. Kainnya (sangat bersih) semacam tidak terkena apa-apa kekotoran. Dia memberi salam di hujung hamparan dengan katanya: Setelah Nabi s.a.w. menjawab salamnya dia berkata: ”Boleh saya mendekatimu wahai Muhammad?” Nabi s.a.w. menjawab: ”Silakan.” Dia terus meminta untuk (lebih) mendekati Baginda s.a.w. beberapa kali. Nabi s.a.w. pula terus berkata: ”Silakan.” Sehingga (akhirnya) [dia meletakkan țangannya di atas dua lutut] Rasulullah s.a.w. (Ketika itu) Berkatalah dia: "Wahai Muhammad! Beritahulah kepadaku apa itu (rukun) Islam". Jawab Nabi s.a.w.:[ Islam itu ialah engkau menyęmbah Ąllah di șamping țidak menyęngutukan apa-apa dengąnNya]. Engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitillah dan berpuasa di bulan Ramadhan,” Lelaki itu bertanya: "KaIau saya melakukannya, apakah itu bererti saya telah Islam?” Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya.” Kata orang itu: ”Benarlah engkau.” (Kata Abu Hurairah dan Abu Zarr) Apabila kami mendengar orang itu berkata: ”Benarlah engkau”, kami berasa pelik. Seterusnya dia bertanya: ”Beritahulah kepadaku tentang imam” Jawab Nabi: [ Iman itu ialah engkau percaya kępada Allah, para malaikatNya, kițab-kitabNyą. nabiNya dan engkau percayă kepada țaqdir].Orang itu bertanya: ”Kalau saya melakukannya, apakah itu bererti saya telah beriman?” Jawab Rasulullah s.a.w.: ”Ya.” Kata orang itu: ”Benarlah engkau.” Dia bertanya (Iagi): ”Beritahulah (pula) kepadaku tentang Ihsan. ”Jawab Nabi: "lhsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-ôlah engkau melihatnya. Jika engkau tidak dapat melihatNya, maka (ketahuilah) sesungguhnya Dia sentiasa melihatmu”. Kata orang itu: ”Benarlah engkau.” Orang itu terus bertanya: "Wahai Muhammad, ceritakanlah kepadaku bila kiamat (akan berlaku)?” Berkata perawi: Nabi s.a.w. menundukkan kepala tanpa memberi apa-apa jawapan kepadanya. Dia mengulangi pertanyaannya, Tetapi Nabi s.a.w. tidak memberi apa-apa jawapan, Diulanginya lagi pertanyaan itu, Nabi s.a.w. pula tetap tidak memberi apa-apa jawapan. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengangkat kepala sambil bersabda: ”0rang yang ditanya tentangnya tidaklah lebih tahu daripada orang yang bertanya. Tetapi ia dapat diketahui dengan beberapa alamat. Apabila engkau melihat penggembala-penggembala kambing berlomba-lomba mendirikan bangunan-bangunan
39
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms040.
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 40
tentang rukun Islam itu.⁴³ Jawab Nabi s.a.w :Islam itu iwlah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad adalah utusan Allah,mendirikan sembahyang
___________________________________________________________
yang tinggi ,orang-orang yang tidak berkasut dan orang-orang yang bertelanjang menjadi raja-raja dibumi
dan engkau melihat orang perempuan melahirkan tuannya. (Termasuk salah satu daripada) Lima perkara yang tidak diketahui kecuali oleh Allah. (Firman Allah) "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya." Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak, demi tuhan yang mengutuskan Muhammad membawa petunjuk dan pembawa gembira, aku tidak lebih mengenalinya( jibril )daripada kamu.Dia adalah sebenarnya adalah Jibrail as .Dia turun dalam rupa Dihyah.
(hadits riwayat Nasaai)Kenapa Rasulullah s.a.w. berkata "Aku tidak lebih mengenalinya (Jibril) daripada kamu, kalau ia datang dalam rupa Dihyah? Bukankah Dihyah dikenali Rasulullah s.aw. dan hampir semua sahabat Baginda s.a.w.??
⁴² Sekalli pandang penggunaan 'Wahai Muhammad' untuk memanggil Rasulullah s.a.w. menampakkan ketidaksopanan pemanggilnya. selain itu ia juga bercanggah dengan firman Allah
An-Nur 24:63
لَّا تَجْعَلُوا۟ دُعَآءَ ٱلرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَآءِ بَعْضِكُم بَعْضًاۚ قَدْ يَعْلَمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنكُمْ لِوَاذًاۚ فَلْيَحْذَرِ ٱلَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِۦٓ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang menarü diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan sampai mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi saktnya. (an-Nuur.63).
Tetapi yang memanggil Baginda s.a.w. begini dalam peristiwa ini bukan sebarang orang. Dia adalah Jibril. Jadi apakah jawapan yang dapat merungkai kemusykilan di atas? Ada tiga jawapannya.
(1) Ayat di atas ditujukan kepada manusia. Maka manusialah juga yang terikat dengannya. la tiada kena mengena dengan malaikat' Jibril yang ditugaskan untuk mengajar manusia agama mereka.
(2) Perkataan Muhammad tidak dipakai Jibril dengan ma'na nama Rasulullah s.a.w., tetapi dengan ma'na sifat Baginda. Muhammad sebagai sifat bererti orang yang terpuji dan orang yang layak dipuji segala tindak-tanduknya.
(3) Supaya langsung tidak terlintas di fikiran orang-orang yang berada di majlis itu bahawa dia adalah Jibril. Tetapi bagaimana dengan sesetengah riwayat, termasuk riwayat Bukhari dan Muslim sendiri daripada Abu Hurairah r.a. yang menyebutkan Jibril memanggil Baginda s.a.w. dengan katanya: "Wahai Rasulallah!? Jawapannya ialah kedua-dua hadits itu boleh ditathbiqkan (disesuaikan) dengan mengatakan misalnya:
(a) Mula-mula Nabi s.a.w. dipanggil Jibril 'Wahai Muhammad' supaya tidak disangka orang dia Jibril, lalu disusulinya dengan panggilan 'Wahai Rasulallah' pula selepasnya untuk lebih beradab.
(b) Boleh jadi juga masing-masing perawi menceritakan apa yang didengarnya.
(c) Mungkin juga salah satu daripadanya merupakan riwayat berdasarkan ma'na dan yang satu lagi pula merupakan riwayat berdasarkan lafaz sebenarnya. Apa pun adanya, kebanyakan ulama' hadits lebih mengutamakan hadits Jibril yang diriwayatkan oleh 'Umar berbanding riwayat orang-orang lain.
⁴³ Di dalam riwayat ini pertanyaan Jibril tentang Islam didahulukan daripada pertanyaannya tentang iman. Demikianlah tersebut di dalam Sahih Kitab al-Jam'i Baina as-Sahihain oleh al-Humaidi, Jaami'u al-Ushul oleh Ibnu al-Atsir, Riyaadhu as-Salihin oleh an-Nawawi' dan Syarhu as-Sunnah oleh al-Baghawi dan lain-lain. Sebabnya ialah Islam bererti kepasrahan lahiriah. Selain itu zahir juga menunjukkan batin. Tetapi berdasarkan riwayat Bukhari daripada Abi Hurairah mula-mula sekali Jibril bertanya Rasulullah s.a.w. tentang iman. Selepas itu baru beliau bertanya tentang Islam. Kewajarannya terletak pada penerimaan segala amalan taat yang zahir terhenti atas iman. Tanpa iman atau 'aqidah yang betul segala amalan tidak akan diterima
40
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms041.
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 41
menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitillah, jika engkaü mampu pergi ke sana.⁴⁴ Lelaki itu berkata: "Benarlah engkau! Kami berasa hairan, kerana dia yang bertanya, tapi dia pula yang membenarkannya.⁴⁵ Katanya lagi:
___________________________________________________________
Allah Bagaimanapun kebanyakan 'ulama' mentarjıhkan riwayat Umar daripada riwayat Abu Hurairah. Mungkin juga riwayat Abu Humairah itü beradasarkan makna, bukan berdasarkan lafaz hadits yang asal memandangkan kedua-dua Islam dan iman itü memang berkait rapat dan saling diperlukan. Menurut Hafız İbnu Hajar, ini termasuk dalam tasharruf (pindaan / perbuatan) perawi ketika menyampaikan hadits. Sebabnya ialah peristiwa kedatangan Jibril itü telah berlaku sekali sahaja, bukan beberapa kali. Beliau mentarjihkan lafaz riwayat Umar di atas daripada riwayat-riwayat yang lain. Tetapi di dalam Kitab Mashaabih as-Sunnah Imam Baghawi mengemukakan hadits ini dengan pertanyaan Jibril tentang iman terlebih dahulu sebelum tentang Isam. Perbuatan pengarang Misykaat memilih riwayat 'Umar dengan haditsnya ini, secara halus memberi erti bahawa beIiau tidak bersetuju dan membantah pilihan imam Baghawi di dalam Kitab Mashaabih as-Sunnahnya itu.
⁴⁴ Lima perkara yang disebutkan swbagai rukun İslam itü sememangnya dapat dikesan dan disaksikan dengan pancaindera lahir. Ucapan dua kalimah syahadah dapat didengari dengan deria pendengaran dan ia pula dituturkan dengan lidah. Demikian juga dengan empat rukun selainnya. Kesemuanya dapat dikesan dengan deria lahir. Kesemuanya merupakan pernyataan kepasrahan total kepada Allah s.w.t. hikmat di sebalik ketentuan sembahyang, zakat, puasa dan haji sebagai rukun Islam selain syahadah ialah untuk menyatakan dua sifat utama Allah iaitu sifat jalaali (keagungan dan kekerasanNya) dan sifat jamaaliNya (kelembutan dan Sifat jalaaliNya adalah seperti sifat murka, marah, menghukum, membalas, menyiksa, perkasa, kuat, memiliki segala keagungan, mematikan, menghancurkan, membinasakan dan sebagainya. Sifat jamaaliNya pula ialah seperti mengasihani, menyayangi, menyintai, suci, sejahtera, memelihara, cantik, mengurniakan keamanan, mengampun, mencipta, membentuk rupa, menerima taubat, belas kasihan dan sebagainya. Sifat-sifat itü nyata melalui sekian banyak fenomena alam yang berlaku saban hari. Gempa bumi yang berlaku di mana-mana, kematian, pembunuhan beramai-ramai;penjajahan, pengabdian sesuatu bangsa dan lain-lain adalah antara fenomena sifat jalaalİ Allah. Sementara rasa simpati, kasih sayang, kecantikan dan keindahan alam yang menawan hati, kebersihan, maaf memaafkan, keamanan dan kedamaian serta lain-lain fenomena alam yang menenangkan jiwa dan perasaan adalah hasil tajalli sifat jamaalıNya. Dalam konteks ibadat sembahyang dan zakat yang mcrupakan rukun Islam kedua dan ketiga, cuba perhatikan betapa terserlah sifat jalaali Allah padanya. Bukankah orang yang bersembahyang itü berdiri tegak sambil memaut tangan ke bahagian bawah perut (mendakap qiam) tanpa bergerak bebas dan menoleh ke kiri atau ke kanan, menggambarkan ia seolah-olahnya seorang pesalah yang sedang menghadap pemerintah atau ketua yang perkasa dan penuh dengan keagungan? Orang yang menunaikan zakat pula bukankah kelihatan seperti seorang yang sedang membayar denda kepada pihak penguasa yang cukup berwibawa? Rukun Islam keempat dan kelima adalah peryataan sifat jamaali Allah. Orang yang berpuasa sebenarnya mendakwa cintakan Allah. Dengan berpuasa dia membuktikan kebenaran cintanya. Dia sanggup meninggalkan segala keinginan dan nafsu semata-mata untuk memenuhi tuntutan orang yang dicintainya. Tingkah laku dan gerak-geri orang yang mengerjakan haji benar-benar mencerminkan seorang asyiq yang sangat-sangat merindukan ma'syuqnya. Lihatlah keadaan dirinya yang kusut masai, tidak terurus, ke sana ke mari semacam sedang mencari sesuatu. Dikucup dan disentuhnya dinding rumah kekasih. Dikelilingi pula rumahnya berkali-kali. Dan pada aklıirnya, setelah mengorbankan sesuatu yang paling dikasihi, ia berpatah balik ke rumah kekasihnya. Ketara sekali di situ sifat jamaali Allah. Banyak perkara sebenarnya yang menyebabkan Umar dan para sahabat yang lain berasa hairan. Antaranya ialah: (1) Dia yang bertanya, tapi dia pula yang membenarkannya. Penyoal yang jahil biasanya tidak berkata begitu. Keadaan ini jelas menunjukkan penyoal memang telah
41
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms042.
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 42
"Beritahulah kepadaku tentang iman.” Jawab Nabi: "Iman itü ialah engkau percaya kepada Allah,⁴⁶ para malaikatNya,⁴⁷ kitab-kitabNya,⁴⁸ para rasulNya,⁴⁹ hari kemudian⁵⁰
___________________________________________________________
mengetahui tentang apa yang disoalnya. Bagaimana dia boleh mengetahuinya? Sedangkan pada ketika itü tidak ada orang lain yang mengajarkannya selain Nabi s.a.w. inilah yang menghairankan! (2) Pakaiannya putih bersih, rambutnya hitam, langsung tidak berdebu. Pendek kata sedikitpun tidak terlihat padanya kesan-kesan orang yang sedang dalam perjalanan. Dia kelihatan seperti orang tempatan saja, tetapi tiada seorangpun daripada kami yang mengenalinya. (3) Cara duduknya di hadapan Nabi dengan merapatkan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda s.a.w. sena meletakkan kedua telapak tangan di atas kedua paha, menampakkan dia amat beradab dengan Rasulullah s.a.w, namun jika dilihat kepada panggilannya "Wahai Muhammad” bukan "Wahai Rasulallah” pula menampakkan kebadwian atau kejakunannya.
⁴⁶ Sekali pandang jawapan yang diberikan Rasulullah s.a.w. ini tidak menepati soalan yang dikemukakan Jibril dari beberapa sudut.
(1) Kerana pertanyaan adalah berkenaan dengan iman (kepercayaan). Jawapan pula adalah berkenaan dengan apa yang dipercayai مُؤْمَنُ بِهِ Kalau pertanyaan itü benar-benar tentang makna perkataan iman, maka jawapan sepatutnya ialah التصديق (menerima dan membenarkan) atau التصديق بالقلب والإقرار بالسان والعمل بالأركان (menerima atau membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan melakukan suruhan agama dengan anggota badan) misalnya. Melihat kepada jawapan Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di ataş, dapat disimpul bahawa berdasarkan petunjuk-petunjuk tertentu Nabi s.a.w. telah memahaminya dengan erti apa yang dipercayai ( مُؤْمَنُ بِهِ ). Maka wajarlah Baginda s.a.w. membilang satu per satu apa yang perlu diimani dan dipercayai itu.
(2) Kemusykilan kedua yang timbul daripada jawapan Rasulullah s.a.w. ialah takrif atau mukarrif (مُعَرَّف) dan apa yang dita'rifkan (مُعَرَّف) adalah perkara yang sama. Sedangkan kedua-duanya mestilah dua perkara yang berbeda. Atau seperti kata atThibi, jawapan semacam mengulang semula apa yang ditanya. Sebabnya ialah perkataan أن pada أن تؤمن بالله di dalam jawapan Baginda s.a.w. itü adalah مصدرية. la boleh menghancurkan Fil mudharik selepasnya, lalü gabungan kedua-duanya bertukar menjadi mashdar. Pada ketika itü jadilah solalan Jibril dan jawapan Nabi s.a.w. itü begini: الإيمان الإيمان بالله. Itulah yang dikatakan pengulangan atau keserupaan مُعَرَّف dan مُعَرَّف . Anda dapat merungkai kemusykilan tersebut dengan mengangap perkataan الإيمان di dalam soalan Jibril dipakai dengan erti iman syarii. Perkataan di dalam jawapan Nabi s.a.w. itü pula dipakai dengan erti iman lughawi iaitu أن تصدق معترفا بالله. Gabungan iman lughawi dan segala apa yang berkaitan dengannya menjadi mu'arrif atau tarif kepada iman syar'i. Pada ketika itü kedua-duanya akan jadi dua perkara yang berbeda dan tiada lagi berlaku pengulangan. Maksud percaya kepada Allah ialah membenarkan dan menerima kewujudanNya. Di samping mempercayai Dia bersifat dengan segah sifat kesempumaan dan suci daripada segala sifat kekurangan.
⁴⁷ Maksud percaya kepada malaikat ialah mempercayai. kewujudan mereka dengan sifat-sifat yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Qur'an dan Nabi s.a.w. di dalam hadits-haditsnya yang sahih. Antara sifat mereka yang disebutkan ialah:
(1) Mereka adalah hamba-hamba (Allah) yang dimuliakan. (al-Ambiyaa':26).
(2) Mereka selalu bertasbih (beribadat) malam dan siang dengan tidak berhenti-henti. (al-Ambiyaa':20).
(3) Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (at-Tahrim:6). (4) Boleh menjelma dalam rupa manusia. (Maryam: 17).
(5) Mereka tidak lelaki atau jantan dan tidakjuga perempuan atau betina.
(6) Tidak makan dan tidak minum.
(7) Hidup dan mati seperti jin dan manusia juga. Cuma umur mereka jauh lebih panjang daripada umur manusia. Disebut malaikat sebelum kitab-kitab dan rasul-rasul tidaklah kerana mereka lebih mulia daripadapara rasul. Sebaliknya kerana melihat kepada peranan dan kerja malaikat yang membawa kitab-kitab suci daripada Allah kepada para rasulNya.
⁴⁸ Percaya kepada kitab-kitab ialah percaya tentang adanya kitab-kitab suci yang diturunkan Oleh Allah kepada rasul-rasulNya melalui para malaikat. Kitab-kitab itü mengandungi kalam Allah'
42
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms043
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 43
dan engkau percaya kepada taqdir (ketentuan Allah), baik atau buruknya”.⁵¹ Lelaki iłu berkata: "Benarlah engkau! Dia bertanya lagi: "Beritahulah pula kepadaku tentang
___________________________________________________________
Semua kandungannya adalah benar dan tidak boleh diragui kerana ia tsabit berdasarkan al-Qur'an dan hadits-hadits yang mutawaatir. Antaranya wajib diketahui dan dipercayai secara terperinci, iaitulah empat buah kitab suci yang disebutkan nama-namanya di dałam al-Qur'an: Taurat, Zabur, Injil dan al-Qur'an. Yang tidak tersebut di dałam al-Qur'an, memadailah dengan percaya kepadanya secara umum. Wajib juga dipercayai bahawa kitab-kitab suci yang lain selain alQur'an telah pun dimansukhkan. Di samping iłu kita berkewajipan mepercayai al-Qur'an yang ada hari ini adalah terpelihara daripada sebarang penyelewengan dan tokok tambah. la adalah sebuah kitab suci yang sah dan terpakai hingga ke hari kiamat.
⁴⁹ Para rasul adalah manusia-manusia terpilih yang diutuskan oleh Allah untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Semua mereka adalah benar. Rasul-rasul yang nama-nama dan peranan mereka tersebut secara terperinci di dałam al-Qur'an mestilah dipercayai secara terperinci. Yang tidak tersebut secara terperinci, memadailah dengan percaya kepada mereka secara umum. Antara yang wajib dipercayai tentang mereka ialah:
(1) Para rasul iłu telah melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin.
(2) Mereka adalah orang-orang yang ma'shum (terpelihara daripada segala bentuk dosa, sama ada besar atau kecil). (3) Asas ajaran semua mereka adalah tauhid.
(4) Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian rasul dan penutup sekalian Nabi a.s.
(5) Setiap mereka mempunyai mu'jizat yang membuktikan kebenaran mereka sebagai utusan Allah. Antara para rasul iłu diutuskan ialah Allah s.w.t. adalah zat yang suci daripada segala keț aiban dan kekurangan. Manusia dan jin pula bersifat dengan segala sifat kekurangan dan bergelumang dałam segala macam dosa. Maka adalah tidak sesuai sama sekali Allah yang Maha Agung iłu berinteraksi secara langsung dengan mereka. Kerana itulah Dia memilih sejumlah orang yang zahirnya bersifat dengan sifat-sifat manusia, tetapi jiwa mereka suci daripada kekotoran batin. Orang-orang ini mempuńyai perhubungan dengan Allah dan manusia dałam masa yang sama. Merekalah yang membawa ajaran Allah kepada:žmanusia. Mereka juga menjadi perantara di antara Allah dan makhluq mukallafNya. Menerusi orang-orang inilah tujuan kejadian manusia dan jin menjadi kenyataan di alam rendah.
⁵⁰ Percâya kepada hari kemudian bererti percaya kepada kehidupan sesudah mati dengan segala apa yang akan berlaku dan akan ada padanya. Antara yang wajib diyakini akan berlaku dan akan ada dałam kehidupan sesudah mati iłu ialah kebangkitan semula tubuh kasar manusia, kiraan amalan baik dan buruk, syurga, neraka dan lain-lain. Hikmat kewujudan hari kemudian amat apabila dilihat kepada sekian ramai manusia yang telah melakukan kerja-kerja kebajikan semasa hidup, tetapi mereka tidak sempat pun mendapat hasil atau ganjarannya dałam kehidupan di dunia. Berapa ramai pula orang-orang yang telah melakukan kerja-kerja jahat dan durjana, tetapi terlepas daripada hukuman. Keadilan Allah menghendaki adanya suatu hari di mana setiap manusia akan mendapat ganjaran daripada setiap perbuatan baiknya dan balasan buruk daripada setiap perbuatan jahatnya. Sekiranya hari seperti iłu tidak wujud, niscaya manusia mungkin boleh menuduh Allah bersifat dengan sifat zalim. والعياذ بالله.
⁵¹ Oleh kerana persoalan taqdir sering kali membuatkan manusia tergelincir daripada landasan sebenar, Nabi s.a.w. menyebut semula perkataan تؤمن (engkau percaya) yang tidak disebutkan sebelum perkara-perkara lain yang seharusnya diimani seperti malaikat dan lain-lain untuk menarik perhatian semua pihak kepada 'aqidah yang sangat penting ini. Hakikatnya ialah kita percaya bahawa Allah telah menentukan segala yang baik dan buruk untuk setiap makhluk ciptaanNya sebelum ia diciptakan Allah lagi. Menurut sesetengah 'ulama' taqdir dan qadha' Allah adalah dua nama bagi -hakikat yang sama. Ada juga 'ulama' mengatakan ketentuan Allah yang azali secara kasar adalah qadha'. Ketentuan Allah secara terperinci sesuai dengan ketentuan asal yang azali iłu adalah taqdir. Maulana Muhammad Qasim an-Nanutwi (pengasas Darul
Uloom Deoband) memilih sebalikłya. Bagi beliau sebagai perbandingan ialah seseorang yang
43
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms044
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 44
hendak membina sesebuah bangunan .Sudah tentu telah ada di dalam kepalanya pelan bangunan itu secara kasar.
Inilah peringkat taqdir.Bangunan yang kemudiannya tersergam dalam kenyataan sesuai dengan pelan asal secara kasar itu pula dinamakan qadha'.Istilah lain untuk taqdir yang diguna dalam alquran ialah Sunnatullah. Sampai disini timbul dua persoalan yang lain pula.
(1) Kalau kekufuran telah ditaqdirkan untuk sesaorang maka apakah erti nya mentaklifkan (membebaninya) dengan iman dan amal ? Kenapa pula bila tidak beriman dan beramal ia disiksa?Bukankah kekufuran itu telah ditaqdirkan untuk nya? Jika segala ditaqdirkan , maka apakah erti nya pula faedah menghantarkan para rasul, menurunkan kitab-kitab dan dan janji-janji yang buruk?? Bukankah dengan adanya taqdir, sesaorang akan berada dalam keadaan terpaksa dan tidak berdaya pada hakikatnya?
(2) Kalau yang baik dan buruk itu tadi dengan kehendak dan iradat Allah, maka kekejian yang berlaku adalah daripada Allah! Untuk menjawab dua persoalan ini:
Pertama:
Golongan Qadariyyah dan Syiah .Mereka berpendapat, seseorang manusia mencipta sendiri segala perbuatan dan tindak-tanduknya. Dengan pilihan yang bebas mereka melakukan segala kebaikan dan keburukan. Perbuatan manusia tidak dijadikan Allah, bahkan ia dijadikan olehnya sendiri. Kalau begitu wajarlah dia mendapat pahala atau dosa dari perbuatannya. Patut dan berguna sekali segala galakan dan ancaman diberikan kepadanya. Penghantaran para rasul dan penurunan kitab-kitab juga akan bererti semuanya. Sebabnya ialah manusia bukan saja bebas sepenuhnya memilih apa baik dan apa yang buruk, malah ia sendiri menciptakan segala perbuatannya. Dengan itu juga kita terhindar daripada mengaitkan segala keburukan dengan Allah. Kerana segala kebaikan keburukan itu adalah ciptaan manusia sendiri. Pegangan mereka dibantah pihak Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah dengan beberapa alasan. Antaranya ialah:
(a) Kalau manusia sendiri menciptakan segala perbuatannya, bagainana firman Allah berikut ini akan benar?
Az-Zumar 39:62
ٱللَّهُ خَٰلِقُ كُلِّ شَىْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ وَكِيلٌ
Bermaksud: Allah menciptakan segala sesuatu dan Dialah yang mentadbir serta menguasai segala-galanya. (az-Zumar:62).
(b) Ibnu al-Qaiyyim mengemukakan hujahnya dengan berkåta. "Kalau manusia sendiri menciptakan segala perbuatannya, maka bukankah perbuatan manusia itu
sangat banyak? Mungkin sekali kalau begitu, makhluk manusia (hamba) akan lebih banyak daripada makhluk Allah!"
(c) Semua pihak menerima bahawa perbuatan manusia, bahkan wujud manusia itu sendiri adalah mumkin (sesuatu yang tidak ini pasti apakah ada dan yang tiadanya). Kuasa Allah adalah sempurna, mutlaq dan sebenar. Dalam keadaan ini apakah yang dapat menghalang kuasa Allah yang mutlaq dan sebenar itu daripada mempengaruhi segala yang mumkin?
(d) Kalau benar menciptakan keburukan itu keji dan ia tidak layak dikaitkan dengan Allah, maka siapakah pula yang menciptakan syaitan yang merupakan punca segala bentuk kejahatan itu?
(e) Imam Abu Hanifah pernah berdebat dengan seorang Qadari (orang yang berfahaman Qadariyyah). Kata beliau: "Cuba kamu sebutkan huruf ح dan ف. Pastikan juga makhraj kedua-dua huruf itu terlebih dahulu. Kemudian cuba kamu sebut huruf ح dengan menggunakan makhraj huruf ف dan seterusnya cuba sebut huruf ف dengan menggunakan makhraj huruf ح pula. Bolehkah atau tidak? Kalau tidak boleh, bagaimana kamu menda'wa manusia sendirilah yang menciptakan segala perbuatannya??" Soalan Imam Abu Hanifah itu terus mematikan hujah Qadari yang berdebat dengannya.
Kedua: Golongan Jabriyyah dan Jahmiyyah. Golongan ini berpendapat, manusia langsung tidak mempunyai kuasa. Mereka hanya seperti sabut atau batu yang tidak mempunnyai apa-apa ikhtiar dan pilihan. Pendek kata, manusia pada pandangan mereka adalah majbur mahdh (makhluk hidup yang segala perbuatan dan gerak-gerinya menurut kehendak orang lain semata-mata). Fahaman seperti ini juga terpesong daripada landasan kebenaran. Alasan Ahli as-sunnah wa al-Jama'ah dalam membantah pegangan mereka antara lainnya ialah:
(a) Kalau manusia majbur mahdh, tentulah tidak ada langsung perbedaan di antara perbuatan dan pergerakan yang dipilihnya dengan perbuatan dan pergerakan yang tidak dipilihnya. Dalam keadaan biasa manusia
44
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms045
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 45
Ihsan.⁵² "Jawab Nabi: "Ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau nampak Dia. Sekalipun engkau tidak nampak Dia, (ingat!) Dia tetap nampak engkau.⁵³
__________________________________________________________
akan menyuap makanan ke mulutnya sesuai dengan pilihan, kemampuan dan kesedaran yang ada padanya. Tetapi jika ia mengalami penyakit Parkinson misalnya, di mana pergerakan anggota badan scseorang itu berada dalam keadaan tidak terkawal, tangannya mungkin tidak ke mulut, tetapi ke dahi. Semua ini menunjukkan setengah-setengah perbuatan dan pergerakan manusia itu berlaku dengan kehendak dan pilihannya sendiri. Bukan semua perbuatan dan pergerakannya berlaku tanpa kchendak dan pilihannya.
(b) Kalau manusia langsung tidak berkuasa dan tidak mempunyai pilihan, kenapakah ada hukuman terhadap pesalah-pesalah dan penjenayah-penjenayah? Bukan Allah sahaja menetapkan hukuman untuk mereka, manusia juga menerima baik hukuman untuk orang-orang seperti itu. Kerananya mereka mengadakan penjara, mengenakan denda dan sebagainya. Orang-orang yang baik dan berjasa juga tidak layak disanjung dan dipuji, apa lagi diberikan habuan dan ganjaran kerana kebaikan dan jasa-jasanya.
Lantaran kesemua keistimewaannya itu bukanlah hasil usahanya sendiri. Segala penat lelah dan jerih perih yang ditanggung pekerja dan pengusaha pada hakikatnya tidak ada apa pun. Kerana itu tidaklah layak dia menerima apa-apa upah atas segala pekerjaan yang dibuatnya! Bolehkah sesiapa, termasuk golongan Jabariyyah sendiri menerima akibat fahaman seperti itu?! Ketiga ialah golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah. Mereka adalah golongan yang berada di atas kebenaran kerana pegangan mereka yang bersesuaian dengan ajaran al-Qur'an, as-Sunnah dan 'aqal yang sejahtera. Menurut pegangan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah, manusia itu mempunyai kuasa, usaha dan ikhtiar yang cukup tetapi terhad untuk melakukan sesuatu perbuatan. Semua itu dikurniakan oleh Allah kepada mereka dalam kadar yang layak dia diberikan ganjaran atas kerja-kerja dan usaha-usahanya yang baik dan layak pula dia dihukum atas perbuatan-perbuatan dan usaha-usahanya yang buruk. Syah Waliyyullah berkata: "Manusia memang menghendaki dan memilih kebanyakan perbuatan yang dilakukannya. Tetapi sifat menghendaki dan memilih yang ada pada manusia itu di luar daripada (bukan) kehendak dan pilihannya. Keadaannya sama seperti dan melihat yang ada pada manusia. Semuanya adalah kurniaan Allah kepadånya. Walaupun manusia bukan pencipta sifat-sifat itu, namun tetap boleh dikatakan dia melihat, dia mendengar, dia menghendaki dan dia memilih itu dan ini, apabila sifat-sifat itu ada padanya." Oleh kerana Kitab Misykaat mengandungi bab khusus tentang kepercayaan kepada taqdir, perbincangan selebihnya tentang taqdir in syaa' Allah dapat anda ikuti pada babnya nanti.
⁵² Oleh kerana al-Qur'an berkali-kali menyebutkan perkataan ihsan dan pecahan-pecahan perkataannya, Jibril bertanya pula tentang hakikatnya. Justeru secara tidak langsung ia menunjukkan kepentingan dan keistimewaan ihsan itu dalam sesuatu pekerjaan manusia. Ayat-ayat di bawah jelas menggambarkan peri pentingnya ihsan itu dalam amalan seseorang:
(1)Ar-Rahman 55:60
هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ
Bermaksud: Bukankah tidak ada balasan bagi amalan yang baik melainkan balasan yang baik juga? (Ar-Rahman:60).
(2)An-Nahl 16:90
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِ وَٱلْإِحْسَٰنِ وَإِيتَآئِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ وَٱلْبَغْىِۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan (Dia) melarang (kamu) daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, kemungkaran dan kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan. (an-Nahl:90).
(3)Aal-e-Imran 3:134
ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ
45
Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms046
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms046
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 46.
Bermaksud :Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan)orang.Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.(Aali Imran:134)
(4)Al-A'raf 7:56
وَلَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَٰحِهَا وَٱدْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحْمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ ٱلْمُحْسِنِينَ
Bermaksud: dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudah Allah menyediakan segala yanb membawa kebaikan padanya, berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah yang memperbaiki amalannya. (al-Araaf:56).
(5)Al-Ahqaf 46:12
وَمِن قَبْلِهِۦ كِتَٰبُ مُوسَىٰٓ إِمَامًا وَرَحْمَةًۚ وَهَٰذَا كِتَٰبٌ مُّصَدِّقٌ لِّسَانًا عَرَبِيًّا لِّيُنذِرَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ وَبُشْرَىٰ لِلْمُحْسِنِينَ
Bermaksud: (bagaimana mereka tergamak mengatakan al-Quran ini rekaan duşta yang telah lama?) pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa sebagai petunjuk dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula adalah sebuah Kitab yang membenarkannya dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. (al-Ahqaaf: 12).
(6)Yunus 10:26
لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ ٱلْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌۖ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌۚ أُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلْجَنَّةِۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Bermaksud:Untuk orang yang berusaha menjadikan amalnya baik, dikumiakan pahala yang terbaik (syurga) dan satu tambahan lain (yang cukup istimewa iaitu dapat melihat Allah). Muka mereka (berseri-seri) tidak diliputi sebarang kesedihm dan kehinaan. Mereka ituıah ahli syurga. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Yunus:26).
(7)An-Nahl 16:30
وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوْا۟ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمْۚ قَالُوا۟ خَيْرًاۗ لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌۚ وَلَدَارُ ٱلْءَاخِرَةِ خَيْرٌۚ وَلَنِعْمَ دَارُ ٱلْمُتَّقِينَ
Bermaksud: dan ditanya pula kepada yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan". Orang-orang yang berbuat kebaıkan di dunia ini beroleh balasan yang baik Sesungguhnya balasan negeri akhirat itü lebih baik laği dan memanglah negeri akhirat itü adalah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa. (anNahl:30).
(8)Al-Kahf 18:30
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Kahfi:30).
Demikianlah sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan ihsan dan pecahan-pecahan perkataannya. Pada umumnya mina lughawinyalah (dari sudut bahasanyalah) yang dipakai. Dari sudut bahasa Arab ia bererti berbuat baik, berusaha memperbaiki (amaları dan lain-lain), memperelokkan, berusaha menjadikan (sesuatu amalan dan lain-lain) baik, amalan yang baik, balasan yang baik dan sebagainya. Dari segi istilahnya İhsan ialah yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. di dalam hadits ini. la mempunyai dua darjat.
Pertama: Darjat musyahadah. Seseorang yang berada pada darjat ini beribadat dalam keadaan seolah-olahnya dia nampak Allah.
Kedua: Darjat muraqabah. Seseorang yang berada pada darjat ini pula beribadat dalam keadaan şedar dan penuh yakin bahawa Allah sedang dan sentiasa melihatnya. Kalau darjat pertama ihsan tidak dapat dicapai, sekurang-kurangnya seseorang itü hendaklah berada pada darjat keduanya. Itulah maksud sabda Baginda s.aw.
أَنْ تَعْبُدَ الله كَانَكَ تَرَاهُ فَانْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَأنَّهُ يَرَاكَ
Bagaimanapun kedua-dua darjat itü tidaklah merupakan syarat untuk sahnya sesuatu ibadat yang dikerjakan. la hanya syarat untuk kempurnaan sesuatu amalan semata-mata. Sekadar untuk sah sahaja, menjaga syarat-syarat yang disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh sudah pun memadai. Jadi
46
Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms047
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms047
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 47
IeIaki itu seterusnya berkata: "Beritahulah kepadaku tentang hari kiamat.⁵⁴ Jawab Nabi '*Tidaklah orang Yang ditanya lebih tahu daripada yang bertanya".⁵⁵ Kata lelaki itu (lagi):
__________________________________________________________
di dalam maksud ihsan istilahi juga tetap terkandung masna lughawinya iaitu memperelokkan, berusaha memperbaiki dan berusaha mcngerjakan ibadat dengan sebaik mungkin supaya ganjaran dan balasan yang diperolehi juga merupakan yang terbaik. Usaha itu boleh dicapai apabila seseorang beribadat dengan penuh ikhlas, khusyu', khudhu(penuh dengan rasa rendah diri), cinta dan rindu kepada Allah s.w.t. Ibadat seseorang akan dikira telah mencapai dua darjat ihsan tersebut sekiranya ia berasa seronok, sedap, ni'mat, lazat, puas dan tenang (sama ada biasa atau luar biasa) apabila mengerjakannya. Keadaan inilah yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabda Baginda: Bermaksud: "Ketenangan jiwaku terletak di dalam sembahyang." Apa yang disebut Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di atas hanya suatu tamsilan untuk memahamkan manusia sahaja. Kerana itulah Baginda s.a.w. bersabda: "seolah-olahnya engkau nampak Dia." Kita tentunya tidak akan dapat melihat Allah di dunia ini, maka dikatakanlah 'seolah-olahnya'. Memandangkan manusia pada ketika melakukan sesuatu pekerjaan, pasti akan lebih bersungguh-sungguh dan lebih memberikan perhatian kepada kerjanya, jika dia nampak sang majikan tercegat di hadapannya. Manusia yang hidup di zaman moden yang serba canggih ini kiranya akan lebih mudah memahami maksud tamsilan Rasulullah s.a-w. itu. Ambil saja sebagai contoh sebuah pejabat. Bagaimana keadaan pekerja-pekerja yang terdiri daripada pelbagai tahap pangkatnya, pegawai, kerani, peon, pengawal keselamatan dan Iain-Iain. Tidakkah semua mereka lebih tekun menjalankan kerja masing-masing jika bos atau majikan ada di hadapan mereka? Dalam keadaan majikan tidak ada di hadapan, suasana pejabat biasanya menjadi Iain. Agak lesu. Kadang-kadang jadi seperti pasar! Bagaimana pula kalau semua pekerja itu sedar, walaupun majikan tidak ada di hadapan, mereka juga tidak nampak dia, tetapi dia tetap nampak mereka. Menerusi kamera litar tertutup (cctv) misalnya. Tidakkah dalam keadaan ini, suasana pejabat tetap akan teratur dan kerja-kerjanya berjalan lancar seperti bos atau majikan ada di hadapan mereka juga?? Ya, tentu kan! Kenapa? Jawabnya ialah kerana "Sekalipun engkau tidak nampak dia, (ingat!) dia tetap nampak engkau." Macam mana? Macam-macamlah caranya.
⁵³ Selalu juga jawapan Nabi s.a.w. ini diterjemahkan begini: "Ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya. Jika engkau tidak dapat melihatNya, maka (ketahuilah) sesungguhnya Dia sentiasa melihatmu". Penulis berpendapat, terjemahan ini betul juga. Perkataan إِنْ pada فَإِنْ; dipakai sebagai إِنْ syarat إن شرطية yang menghendaki jawab dan jazaa'nya. Huruf faa' pada فَإِنَّهُ يَرَاكَ bukan jawab kepada sebenarnya. la bahkan faa' ta'lil yang memberi erti kerana, sebab dan sebagainya. Jawab إِنْ yang sebenarnya dibuang (محذوف). Taqdirnya ialah
فاستمر على إحستن العبادة
(teruslah engkau memperelokkan ibadatmu) فَإِنَّه يَرَاكَ (kerana / sebab dia sentiasa melihatmu).
Perkataan إِنْ pada فَإِنْ dalam terjemahan yang dipilih penulis pula dipakai sebagai وَصْلِيَّة bukan شرطية . Kerana itulah ia diterjemahkan dengan 'sekalipun'. Taqdirnya ialah
فإنك لم تكن تراه فإنه يراك
(Sesungguhnya engkau sekali pun tidak nampak Dia, Dia tetap nampak engkau).
⁵⁴ Agak jelas kelihatan kesinambungan antara tiga soalan Jibril sebelum ini. Kerana Islam, iman dan ihsan (memperelokkan atau mengikhlaskan ibadat dan amalan) memang berkait rapat dan saling memerlukan. Berbeza dengan soalan keempat ini iaitu soalan tentang bila akan berlaku kiamat. Perkaitannya dengan tiga soalan sebelumnya tidak begitu ketara. Namun jika direnungi sejenak, akan nampaklah relevansinya dengan tiga soalan sebelumnya. Maksud kejadian bumi terhasil dengan adanya Islam, iman dan ihsan (ikhlas). Setelah ketiga-tiganya berada di puncak kejayaan, kesempurnaan dan kemenangan, tibalah pula masa kejatuhan dan kelenyapannya. Akibat daripada runtuh tiga perkara tersebut itulah runtuh pula bangunan alam bawah. Keruntuhan itu menurut istilah agama dipanggil kiamat. Itulah rahsia di sebalik empat soalan Jibril dengan tertib yang dikemukakan oleh hadits di atas.
47
Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms048
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms048
Kalau begitu beritahulah kepadaku tentang tanda-tandanya.
" Jawab Nabi s.a.w.: "Bila hamba wanita melahirkan tuannya ⁵⁶ dan bila kamu melihat orang-orang yang tidak
berkasut, tidak berpakaian, penggembala kambing berlomba-lomba dan saling
___________________________________________________________
⁵⁵ Nabi s.a.w. tidak menjawab: ما أنا باعلم بها منك (aku tidak lebih tahu tentangnya daripadamu). Sebaliknya beliau s.a.w. menjawab dengan berkata: قَالَ مَا المُسؤُلُ عَنْهَا بِأعْلَمَ مِنَ السَّائلِ(tidaklah orang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya). Tujuannya ialah supaya termasuk dalam sifat tidak tahu itu semua orang yang bertanya dan yang ditanya sampai kiamat itu sendiri berlaku. Kalau Rasulullah s.a.w. menjawab dengan berkata: ما أنا باعلم بها منك(aku tidak lebih tahu tentangnya daripadamu), niscaya masih terdapat ruang untuk sesiapa berkata: "Ada orang lain
⁵⁶ Tuannya adalah terjemahan yang dipilih untuk perkataan رَبَّتَهَا . Terjemahan harfiahnya menghendaki ia diterjemahkan dengan: "puannya" atau "tuan wanitanya", lantaran perkataan ini mu'annats. Penulis tidak memakai harfiahnya kerana beberapa sebab. Antaranya ialah
(1) Di dalam kebanyakan riwayat tersebut di sini perkataanرَبَّهَا bukan رَبَّتَهَا
(2) Perkataan dita'wil (dipakai) dengan yang bererti diri manusia. Maka terangkumlah dalamnya lelaki dan perempuan kedua-duanya sekali.
(3) Oleh kerana perkataan رَبَّ sering digunakan dengan ma'na Tuhan (Allah), maka untuk memisahkan ma'na itu daripada ma'na tuan ditambahlah taa' di akhirnya.
(4) Perkataan di sini dipakai dengan ma'na anak perempuan بِنْت. Tetapi termasuk dalamnya anak lelaki mengikut qaedah من باب الأولى(lebih-lebih Iagi). Maksudnya ialah kalau anak perempuan boleh menjadi tuan kepada ibunya di akhir zaman, anak laki-laki lebih-lebih lagilah adanya- Apakah maksud sabda s.a.w.: "Bila hamba wanita melahirkan tuannya" Macam-macamlah pandangan 'ulama' dinukilkan. Antara lainnya ialah:
(1) Peraturan dan sistem dunia akan bercelaru. Yang utama menjadi tidak utama. Yang tidak utama pula dianggap utama. Pada ketika itu tampuk kekuasaan akan diserahkan ke tangan orapg yang tidak berkelayakan, sesuai dengan satu hadits lain yang berbunyi:
إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
Bermaksud: Apabila tampuk kekuasaan akan diserahkan ke tangan orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah (itulah masa akan berlaku kiamat).
(Hadits riwayat alBukhari).
(2) la mengisyaratkan kepada terabainya hak-hak ibu bapa di akhir aman. Ibu bapa, terutamanya ibu seperti tersebut di dalam hadits ini, akan dilayani dengan buruk .Mereka dihina, ditengkeng, dimaki hamun dan disuruh bekerja seperti hamba abdi oleh anak-anak sendiri.
(3) Anak-anak hamba akan menjadi pemerintah. Pada ketika itu ibunya akan menjadi rakyat kepadanya.
(4) Sabda Rasulullah s.a.w. ini mengisyaratkan kepada banyaknya jumlah hamba dan zuriat mereka di akhir zaman. Sebabnya ialah sistem perhambaan tersebar dengan meluas sekali sehingga seseorang ibu yang merupakan hamba berkemungkinan diwarisi atau dibeli oleh anaknya sendiri. Kemudian ia dilayani sebagai hamba oleh anaknya itu.
(5) Pada pendapat penulis, termasuk juga dalam sabda Rasulullah s.a.w. ini perempuan-perempuan yang berkerja di luar rumah untuk menampung keperluan hidup semasa. Si ibu pula memenuhi keperluan anak perempuannya itu dengan berkerja di rumah seperti pembantu rumah atau orang gaji. Dalam keadaan ini yang tersebut di dalam hadits di atas tidak Iagi dipakai dengan ma'na hamba perempuan. Tetapi dengan ma'na seorang ibu atau seorang perempuan sahaja. Sama ada ia merdeka atau hamba. Perkataan pula dipakai dengan makna asalnya sebagai perkataan mu'annats tanpa sebarang ta'wilan. Sabda Rasulullah s.a.w. ini seolah-olahnya menggambarkan salah satu daripada beberapa fenomena masyarakat akhir zaman. Orang-orang yang terlibat seharusnya berwaspada dan mengambil i'tibar daripada sabda Baginda s.a.w. itu. Jangan sekali-kali kalau ditaqdirkan ibu anda yang menjaga anak-anak anda di rumah, dia yang menyempurnakan urusan rumah tangga anda, tiba-tiba dia dilayan seperti pembantu rumah atau orang gaji pula. Penulis juga berpendapat, pendapat ke (4) mungkin sekali tidak dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana pada masa Baginda s.a.w. sendiri fenomena seperti itu telah pun wujud.
48
Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms049
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms049
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 49
berbangga-bangga dalam mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi".⁵⁷ Kemudian Ielaki itu pergi. Tiga hari selepas itu Rasulullah s.a.w. bertanya aku:⁵⁸ "Wahai 'Umar, (tahukah kamu siapakah lelaki itu? Jawabku: "Hanya Allah dan RasulNya yang lebih tahu". Kata Nabi s.a,w.: "Itulah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan (asasasas) agama kamu".⁵⁹ (Hadits riwayat Muslim).⁶⁰ Abu Hurairah juga meriwayatkannya
___________________________________________________________
⁵⁷ Maksud sabda Nabi s.a.w. ini ialah orang-orang yang dahulunya miskin, papa kedana, tidak berkelayakan, berkerja sebagai penggembala kambing dan hidup dengan hanya menumpang orang lain, kemudiannya menjadi orang-orang ternama dan maju dalam bidang keduniaan. Mereka juga mengambil alih kuasa pemerintahan daripada kalangan bangsawan dan raja-raja yang memerintah sebelumnya. Pendek kata perubahan radikal dan revolusi sosial akan berlaku di mana-mana. Keadaan masyarakat menjadi terbalik paih dan betul-betul bertukar wajahnya.
⁵⁸ Ini adalah terjemahan yang paling sesuai pada pandangan penulis. فَلَبِثْتُ مَلِيًّا adalah satu simpulan bahasa 'Arab yang asalnya bererti "Setelah berlalu kepadaku suatu jangka masa yang panjang (lama) atau setelah berlalu kepadaku beberapa ketika". Tetapi jangka masa yang lama atau beberapa ketika itu tidak pula ditentukan batasnya.
Terjemahan yang oleh penulis di atas adalah berasaskan dua fakta berikut:
(1) Riwayat Abu Daud, Ahmad, Nasaa'i, Tirmizi dan Baihaqi menjelaskan jangka masa yang tidak jelas di dalam riwayat ini. Lafaz riwayat mereka ialah .
Di dalam satu riwayat Tirmizi yang lain Saiyyidina Umar berkata: فلقيني النبي فلقيني النبي بعد ثلا.(selepas tiga malam kemudiannya).
Di dalam satu Iagi riwayat Tirmizi tersebut:
فلبثت ليالي فلقيني النبي بعد ثلاث
(Nabi s.a.w. bertemu denganku selepas tiga malam kemudiannya).
Ibnu Hibbaan meriwayat dengan lafaz بعد ثالثة (selepas malam ketiganya). Di dalam riwayat Ibnu Mandah pula tersebut dengan lafaz (selepas tiga hari). Semuanya menunjukkan selepas tiga malam atau tiga hari.
(2) Menurut sesetengah ahli bahasa 'Arab, perkataan itu sendiri sememangnya bererti tiga malam, bererti malam dan siang. Kenyataan di dalam hadits ini zahirnya kelihatan bercanggah dengan apa yang tersebut di dalam riwayat Abu Hurairah. Kerana di dalam riwayat Abu Hurairah tersebut, selepas orang itu pergi Rasulullah s.a.w. terus berkata:
رُدُّوهُ عَلَيَّ فَالْتُمِسَ فَلَمْ يَجِدُوهُ فَقَالَ رَسُولُ الله صلَّى اللهُ عليه وَسَلَّمَ هَذَا جِبْرِلُ اَرَادَ أَنْ تَعْلَّمُوا إِذْ تَسْاَلُوا
Bermaksud: "Kembalikan semula' orang itu kepadaku." Maka dicarilah dia, tetapi mereka tidak menemuinya. Lantas Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ini Jibril, oleh kerana kamu tidak bertanya, dia hendak kamu tetap mendapat ilmu."(lladits riwayat Muslim).
Riwayat 'Umar di atas pula menyebutkan selepas tiga hari, baru Rasulullah s.a.w. bertanya Umar tentang orang yang telah datang kepada Baginda itu dan menceritakan kepada beliau siapa orang itu sebenarnya. Para ulama' hadits menthathiqkan (memadankan) kedua hadits 'Umar dan Abu Hurairah dengan mengatakan, mungkin Umar kerana ada sesuatu hal telah meninggalkan majlis tersebut sebaik sahaja segala pertanyaan Jibril selesai dijawab Rasulullah s.a.w. Bcliau tidak berada di majlis itu hingga ke akhirnya. Maka tidak sempatlah beliau mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. yang terdapat di akhir riwayat Abu Hurairah r.a. Adapun orang-orang lain, termasuk Abu Hurairah sendiri sempat mendengar keterangan Baginda tetus sebaik sahaja mereka gagal mendapatkan Jibril selepas majlis itu berakhir.
⁵⁹ Antara pengajaran dan panduan yang terdapat di dalam hadits ini ialah:
(1) la merupakan sebuah hadits yang sangat penting dan besar ertinya, kerana terkmmpul di dalamnya rukun Islam, rukun iman, pengertian ihsan dan beberapa alamat kiamat. (2) Berkeadaan bersih dan segak ketika menghadhiri majlis ilmu. Sama ada untuk mengajar atau belajar,
(3) Menuntut ilmu scbaik-baiknya hendaklah pada ketika masih muda belia dan sihat sejahtera.
(4) Beradab dan bersopan santun dengan guru di samping menampakkan minat yang luar biasa kepadanya ketika bclajar adalah antara disiplin yang harus ada pada setiap orang pelajar. Itu semua seharusnya dijaga dengan maksud memperolehi perkenan hati guru dan keberkatan
(5) Bersikap lembut terhadap pelajar dan mesra dengan penyoal supaya ia berani tampil ke hadapan untuk
49
Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms050
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms050
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 50
dengan sedikit perbezaan .Didalam riwayat itu tersebut: Bila kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut,tidak berpakaian,tuli dan bisu⁶¹ menjadi raja (pemerintah). Kiamat termasuk dalam salah satu daripada 5 perkara yang tidak diketahui kecuali oleh Allah”. Kemudian Nabi membacakan ayat
إِنَّ الله عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ
seterusnya.⁶² (Bukhari-Muslim).⁶³
___________________________________________________________
bertanyakan apa-apa masalah.
(6) Di dalanı majlis ilmu seseorang boleh bertanya orang alim tentang sesuatu yang sudah diketahuinya dengan maksud supaya jawapannya diketahui juga para hadhirin yang lain.
(7) Gabungan İslam, iman, ihsan dan lain-lain maklumat keugamaan dikatakan diin atau ugama.
(8) Islam dan iman digambarkan di dalam hadits ini sebagai dua konsep yang berbeda Islam lebih menjurus kepada amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan zahir. Iman pula lebih menjuruskan kepada amalan-amaıan atau perbuatan-pcrbuatan batin (hati) berupa kepercayaan dan iktiqad.
(9) Kepercayaan kepada taqdir adalah salah satu rukun imam Oleh kerana persoalan taqdir sering kali membuatkan manusia tergelincir daripada landasan sebenar, Nabi s.a.w. menyebut semula perkataan (engkau percaya) yang tidak disebutkan sebelum perkara-perkara lain yang seharusnya diimani seperti malaikat dan lain-lain untuk menarik perhatian semua pıhak kepada 'aqidah yang sangat penting İni.
(10) Pengetahuan tentang bila akan berlaku kiamat termasuk dalam salah satu ilmu yang khusus dengan Allah swt.
(11) Orang alim seharusnya tidak malu mengaku 'tidak tahu', sekiranya soalan yang ditanya itumemang tidak diketahuinya. Pengakuan seperti itü tidaklah menjejaskan kedudukannya, malah sebaliknya hendaklah dianggap sebagai kelebihan dan sifat rendah dirinya yang terpuji.
(12) Antara alamat kiamat ialah keadaan masyarakat berubah teruk. Orang yang mulia jadi. hina dan orang yang hina pula jadi mulia.
(13) Soalan yang baik boleh dianggap sebagai pengajaran secara tidak langsung. Ini kerana Rasulullah s.a.w. telah berkata tentang jıbril: "Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan (asas-asas) agama kamu”. Padahal dalam peristiwa itü Jibrİl tidak melakukan apa-apa selain hanya bertanya Rasulullah s.a.w.
(14) Malaikat, boleh menjelma dalam rupa seorang manusia. Jibril a.s. sering kali datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam rupa seorang manusia.
(15) Selalunya Nabi s.a.w. mengenali Jibril yang datang dalam rupa seseorang manusia. Tetapi pada kali ini Bağnda s.a.w. tidak mengenalinya.
(16) Ihsan bererti melaksanakan ibadat dan amal kebaikan dengan sebaik mungkin pada zahir dan batinnya.
(17) Seseorang yang beragama mestilah menjadi muslim, mu'min dan muhsin dalam erti kata yang sebenarnya.
⁶⁰ Selain Muslim hadits 'Umar ini diriwayatkan juga oleh Ahmad, Abu Daud, Tirmİzi, Nasaa'i, ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Abu Awaanah, İbnu Hibbaan dan lain-lain. Menurut Hafiz Ibnu Hajar, Bukhari tidak meriwayatkannya kerana ketiadaan kesepakatan di antara perawi-perawinya dalam mengemukakannya.
⁶¹ Tüli dan bisu adalah kiasan kepada bodoh dan dungu. Boleh juga ia diertikan dengan orang yang tuli daripada mendengar kebenaran dan orang yang bisu daripada memperkatakan kebenaran. Walaupun secara zahirnya dia tidak tuli dan bisu.
⁶² Ayat ini selengkapnya adalah seperti berikut:
Luqman 31:34
إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلْمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِى ٱلْأَرْحَامِۖ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًاۖ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌۢ بِأَىِّ أَرْضٍ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۢ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisıNya jualah ada pengetahuan tentang han Kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui dengan sebenar-benamya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahuİ lagi Maha Mengenal.(Luqman 34)
50
Tiada ulasan:
Catat Ulasan