Selasa, September 08, 2020

Tafsir asas quran nota 5(071).

Tafsir asas quran nota 5(071).

Sad 38:49
هَٰذَا ذِكْرٌۚ وَإِنَّ لِلْمُتَّقِينَ لَحُسْنَ مَـَٔابٍ 
Bermaksud: Ini adalah satu sebutan yang baik; dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (di akhirat kelak)  (49)

Ayat ini merupakan 'intiqaal' (perpindahan atau pertukaran topik). Al-Qur'an juga satu sebutan yang baik. Setelah disebutkan tentang para nabi a.s., Allah hendak menyebutkan pula di dalam al-Qur'an ini tentang orang-
orang yang bertaqwa (selain nabi-nabi) dan tempat kesudahan mereka, iaitu syurga. Setelah menyebutkan kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi mereka di dalam syurga, Allah berfirman pula:
هَٰذَاۚ وَإِنَّ لِلطَّٰغِينَ لَشَرَّ مَـَٔابٍ 
Bermaksud: Beginilah (keadaan mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang durhaka benar-benar (disediakan) tempat kembali yang buruk, (55)


Bermula daripada ayat ini sekali lagi berlaku 'intiqaal' daripada ayat-ayat sebelumnya.Supaya lebih jelas di bawah ini dikemukakan ayar-ayat berkenaan secara lengkap:


هَٰذَا ذِكْرٌۚ وَإِنَّ لِلْمُتَّقِينَ لَحُسْنَ مَـَٔابٍ (49)

جَنَّٰتِ عَدْنٍ مُّفَتَّحَةً لَّهُمُ ٱلْأَبْوَٰبُ (50)

مُتَّكِـِٔينَ فِيهَا يَدْعُونَ فِيهَا بِفَٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ وَشَرَابٍ (51)

وَعِندَهُمْ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ أَتْرَابٌ(52) 

هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِيَوْمِ ٱلْحِسَابِ (53)

إِنَّ هَٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ (54)

Bermaksud: Ini adalah satu sebutan yang baik; dan sesungguhnya bagi orang-orang yang
bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (di akhirat kelak) (49) 
Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal. yang terbuka pintu-pintunya untukmereka; (50)
 Sambil berbaring di dalam Syurga itu (di atas pelamin) mereka meminta disitu buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya. (51) 
Dan di sisi mereka pula ada bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata). lagi yang sebaya umurnya.(52) 
Inilah dia balasan yang dijanjikan kepadamu setelah selesai hitungan amal. (53) 
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepadamu, pemberian yang tidak akan habis-habis (54) 
Beginilah (keadaan mereka).Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang durhaka benar-benar (disediakan) tempat


71

Tiada ulasan:

Catat Ulasan