K130Asing bilik tidur anak
K130
K153
K173
K198
K206
K130.Asingkan Bilik Tidur Anak Sejak Usia 6 Bulan, Nanti Dia Biasa Dengan Rutin” Ibu Ini Kongsi Pengalaman.
Menjadi satu kebiasaan bagi ibu bapa di Asia ini untuk tidur bersama dengan anak terutama bagi yang masih bayi. Situasi ini berbeza dengan ibu bapa di Barat yang sudah membiasakan anak mereka, walaupun masih bayi, untuk mempunyai bilik tidur sendiri.
Namun ibu bapa di asia sekarang lebih terbuka dan mula memisahkan anak-anak dari bilik tidur. Bunyinya agak kejam namun secara hakikinya, kanak-kanak tidak memerlukan ibu bapa pada waktu malam. Yang mereka perlukan adalah rehat. Jadi, tidur sendirian di waktu malam adalah yang terbaik untuk setiap kanak-kanak.
Tambahan pula, belajar untuk tidur sendiri adalah kemahiran penting yang perlu dicapai oleh kanak-kanak. Dengan tidur sendirian dapat membantu kanak-kanak berasa dia boleh berseorangan dan selamat. Apatah lagi, dia tahu ibu bapanya ada di sebelah biliknya jika berlaku sebarang perkara. Ikuti perkongsian daripada ibu ini dimana sahabatnya berjaya mendidik anak untuk tidur di bilik sendiri ketika usia anak masih bayi.
Beberapa hari yang lepas saya berjumpa dengan seorang sahabat bekerjaya sebagai seorang guru, ibu kepada 3 orang anak, berPJJ lagi dengan suami kerana tempat kerja yang berlainan. MasyaAllah saya lihat anak-anak nya well behaved dan apa lagi, inilah masa untuk tanya tips tips dari ibu ibu hebat. Beliau berkongsi pengalamannya tentang pentingnya anak mempunyai tidur yang cukup. Antara point penting yang saya dapat;
1️⃣ Biasakan anak anak tidur awal setiap hari lebih lebih lagi waktu suami tiada dirumah. Mula tidurkan anak waktu suami ke surau solat isyak berjemaah.
2️⃣ Pastikan anak siap makan malam sebelum jam 8.
3️⃣ Selepas solat isyak jam 9 malam tutup semua lampu dan segala gadget yang ada. Beritahu anak sekarang dah malam dan masa untuk tidur.
4️⃣ Asingkan tempat tidur anak dan ibu bapa. Tidurkan anak dalam bilik anak anak. Setelah anak lena, bangun dan tidur didalam bilik sendiri. Katanya awal awal perlu berkorban sedikit, berulang alik ke bilik anak jika anak menangis, lama lama anak akan terbiasa tidur didalam biliknya sendiri.
MasyaAllah kata sahabat saya beliau bermula mengasingkan bilik tidur anak sejak anak berusia 6 bulan. Terbiasa dengan rutin akhirnya waktu siang pun anak anak masuk ke bilik untuk tidur sendiri kerana lebih selesa. Pesannya, memang perlu bersusah susah dulu pada awalnya dan kentalkan hati, namun impaknya banyak kemudahan dikemudian hari bila anak semakin besar dan pandai tidur di bilik sendiri.
K153.Pisahkan Tempat Tidur Anak Seawal 3 Tahun. Bukan Kejam Tapi Jaga Aib Mak Ayah.
Ramai ibu bapa tertanya-tanya bila waktu sesuai nak pisahkan tempat tidur anak. Alasan yang selalu diberi anak tak mahu tidur kalau tak ada teman dan risau anak tidur sendirian.
Memang betul jika ibu bapa rasa risau tapi jika dah sampai umur yang sesuai, nak tak nak ibu bapa kena berkeras dan biasakan agar tak timbul perkara lain yang mungkin akan memberi kesan tak elok pada perkembangan anak.
Perkongsian dari Nieza Termizi mengenai bila waktu sesuai pisahkan tempat tidur dan bagaimana nak pastikan ia berjaya boleh ibu bapa praktikkan bermula dari sekarang.
Haritu ada seorang ibu tanya kat group fb, “Perlu ke pisahkan tempat tidur parents dengan anak-anak? Anak saya dah besar masih takut tidur sorang-sorang”
Lepas tu scroll baca komen. Ya allah.. ramainya mak mak belum pisahkan tempat tidur antara ibu bapa dan anak walaupun anak dah masuk sekolah rendah. Bukan sebab tak cukup bilik tapi belum ready, susah, fed up, anak takut, dah terbiasa, tak jadi hal tidur sekali sebab bilik besar dan macam-macam lagi.
Ada lagi parah, mak dah cuba nak pisahkan tempat tidur tapi ayah pulak hati tisu tak sampai hati. Siap angkat anak tidur atas katil sekali. Anak berumur 4-5 tahun.
Rupa-rupanya kesedaran kita untuk pisahkan tempat tidur dengan anak-anak masih rendah.
Risau sangat bila baca fakta yang didedahkan dan dikongsi di FB. Kanak-kanak tadika mula buat aksi seks dengan kawan sekelas. Bila ditanya puncanya, meniru aksi ibu bapa dalam bilik tidur. Allahuakbar! Kita sangka mereka tidur, tapi sebenarnya memerhati. Please ibu bapa. Tolong la ada common sense.
Ramai parents yang masih tercari-cari cara nak pisahkan tempat tidur dengan anak. Saya nak share sedikit berdasarkan pembacaan dan pengalaman.
1. Kerjasama mak dan ayah
Macam biasa, mak dan ayah kena ada persetujuan bersama sebab usaha ni apa yang penting? Yesss kerjasama! Janganlah ayah nak try, mak pula tak sampai hati. Halahaii..
2. Mulakan dengan tidur di bawah
Untuk bilik yang ada katil, mula-mula kita biasakan anak tidur di bawah. Bukan sama-sama dengan kita di atas katil. Bentang la toto ke, tilam ke dan mula latih mereka tidur. Yes, memang masih dalam bilik yang sama.
3. Hias bilik anak
Kanak-kanak ni biasanya excited bila ada bilik sendiri. Mungkin kita tak mampu nak deco bilik secantik bilik pameran IKEA. Memadailah kalau kita belikan katil kecil dengan tilam yang dibalut cadar superhero kegemaran mereka. Boleh tampal gambar dan hiasan bersesuaian di dinding.
Masukkan gambar comel mereka dalam frame. Susun baju dalam almari mereka sendiri, rak buku dan meja kecil. Di situlah mereka mula belajar untuk tidak masuk lagi bilik ibu bapa. Beraktiviti di bilik sendiri sampailah waktu tidur.
4. Bed time story
Teman mereka sebelum tidur dengan membaca buku kegemaran. Boleh juga ceritakan kisah nabi, kisah-kisah dalam Al-quran dan kisah pengajaran. Jadikan rutin setiap malam tanpa gagal. Jangan paksa mereka masuk bilik dan tidur sendiri!
5. Teman mereka tidur kemudian…
Tutuplah lampu dan tidur bersama di bilik mereka. Tapi awas, tidur tidur ayam je. Bila anak dah mula lena, tinggalkan mereka dan kembali ke bilik anda. Keesokan harinya, kejut anak. Bila mereka sedar yang mereka tidur di bilik sendiri, lama kelamaan keyakinan diri mereka untuk tidur sendiri mula meningkat.
Ada juga kes, anak terjaga di tengah malam dan mula mengetuk pintu bilik kita. Jangan benarkan mereka tidur bersama. Again, kembali temani mereka di bilik mereka. Dan kembali semula ke bilik anda selepas mereka lena. Fuhhh..nampak macam complicated semacam kan. Itulah pengorbanan.
6. Didik anak
Ini bab education. Untuk anak yang dah besar dan mula faham, terangkan mengapa kita sudah tidak boleh tidur bersama. Kaitkan dengan agama dan suruhan Allah. Bagi mereka peluang untuk belajar, berfikir dan menerima.
Sebenarnya, usaha ni jadi lebih mudah jika anak-anak dah ada kakak atau abang yang lebih besar. Share room dari kecil, mereka lebih mudah berpisah tempat tidur dengan kita. Jangan lupa juga pisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan yaa..
K173.Jangan Paksa, Malam Je ‘Pukau’ Anak Masuk Bilik Dengan Rutin Rahsia Ni. Tahu-Tahu Tidur.
Rutin sebelum masuk tidur yang dibuat secara konsisten dapat membantu anak-anak tidur lama dan nyenyak. Ini salah satu cara untuk anda habiskan masa berkualiti dengan mereka.
Para saintis mengatakan rutin sebelum masuk tidur ini dapat membantu anak-anak untuk mereka membesar dengan kemampuan untuk berkomunikasi dan berdikari.
Kebanyakan ibu bapa kurang peka dengan kebaikan melakukan rutin ini. Perkara yang sebenanrnya jika rutin ini dibuat setiap hari, ia dapat mengurangkan stres ibu dan ayah. Anak-anak pula akan merasa lebih disayangi, tingkah laku mereka akan menjadi lebih baik dan sentiasa bersedia untuk belajar.
Senaraikan aktiviti contoh yang boleh anda lakukan dengan anak-anak:
MEMBACA BUKU.
Melakukan rutin ini membuka ruang untuk anak-anak bermanja dengan anda. Ketika anda bacakan buku untuk mereka, biarkan mereka dalam pelukan atau berbaring atas riba. Waktu membaca juga membantu anak-anak belajar pelbagai konsep baharu, penggunaan bahasa yang lebih luas dan membuka minat mereka untuk membaca.
GOSOK GIGI DAN PAKAI BAJU TIDUR.
Aktiviti ini dapat membina sifat berdikari serta kemahiran mereka menguruskan diri sendiri.
MINUM AIR MASAK.
Selepas minum air, selimutkan mereka dan kucup dahi mereka. Itu salah satu cara mereka tahu yang anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka.
BERITAHU ANAK ANDA SAYANGKAN MEREKA
Bukan itu saja, beritahu juga betapa anda bangga dengan mereka. Sebut juga setiap perkara possitif yang mereka lakukan sepanjang hari dan sentiasa ingatkan mereka jika ada yang tidak betul mereka lakukan. Kalau ada perkara nakal yang mereka buat, tegur dengan berhemah sebelum menghukum. Jangan lupa untuk beritahu anak anda yang mereka itu manusia kegemaran anda di seluruh dunia!
PELUK ANAK-ANAK.
Berikan mereka pelukan waktu malam dapat menyalurkan rasa sayang dan kebaikan kepada mereka tanpa perlukan berkata apa-apa.
Bukan sahaja semua kebaikan ini akan anda perolehi, bahkan rutin ini dapat membuka ruang untuk anda menjadi pendengar yang baik untuk anak-anak. Ketika di dalam bilik tidur, keadaan sunyi dan tenang. Anak-anak akan lebih terbuka untuk bercerita kepada anda. Setiap kerisauan, kegembiraan atau apa saja yang mereka rasakan akan mereka kongsikan dengan anda.
Perasan atau tidak, anak-anak suka bersembang ketika mahu lena? Anda pula menyuruh mereka terus tidur tanpa mahu mendengar cerita mereka. Itu sebenarnya yang menjadi punca mengapa anak-anak berahsia dan ‘menjauh’ dari anda. Cubalah rutin ini dan mungkin anda dapat lihat sendiri perubahannya kepada anda sekeluarga.
K198.Umur 3 Tahun Boleh Mula Asingkan Tempat Tidur. Penting Untuk Jaga Aurat Ibu Ayah.
Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak sangat penting ya. Berapa banyak kes-kes yang tidak kita jangka berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak-anak tidak diasingkan!
Menurut Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Wan Nur Syakira, anak melihat apa yang berlaku antara kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa sangka mereka tidur. Lalu anak ada rasa ingin tahu dan mencuba. Akhirnya terjebak.
Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan. Kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi. Ambil masa.
Ia sangat berkait dengan persediaan emosi (boleh berdikari), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu, ruang privasi) dan fizikal anak (dah lulus toilet training).
Jaga dan didik anak-anak kita dari sekarang. Pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Jangan pandang enteng perkara ini. Jom cakna ye mak ayah!
Berikut infografik yang boleh bantu ibu ayah asingkan tempat tidur anak untuk kebaikan bersama.
مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
Perintahkanlah anak-anak kalian untuk melaksanakan shalat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun, dan apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya, dan pisahkanlah mereka dalam tempat tidurnya."
Riwayat Ahmad(6689),Abu Daud(495)
UMUR 0-2
Fokus untuk sentias bercerita pada anak ,nanti adik akan tidur ditilam sendiri ada bilik sendiri.
Sediakan emosi dan mental mereka untuk berpisah tempat tidur.
UMUR 3-4
Mula pisahkan tempat tidur anak dengan kita .Mungkin bilik yang sama ,tapi compartment berbeza,tilam lain-lain.Bukan kongsi.
Ada yang dah asingkan tempat tidur masa bayi .Ini lagi baik .Senang dimasa hadapan.
Kena mula toilet training untuk persediaan menjadi lebih berdikari.
Teruskan up bercerita dan up grade tentang perasaan malu,aurat dan privasi.
Umur 5-6
Anak perlu ada bilik sendiri.Didik anak berdikari.
Biar anak tahu ,dia ada riang privasi untuk tukar baju,buat homework,bermain dan aktiviti peribadi.
Umur 7
Dah boleh tidur bilik sendiri.
Jangan ada yang masih tidur dengan ibu bapa bila masuk sekolah rendah.Big NO.
Panduan yang sama boleh diaplikasi dalam situasi tidur dengan nenek ,bapa atau mak saudara.
Sediakan bilik yang selesa
Memadai bilik tersebut bersih dan kemas.
Ajak anak untuk hias bilik mengikut citarasa mereka aupaya mereka seronok untuk disitu.
Hias mengikut kesukaan mereka mengikut kemampuan ibubapa.
Mulakan latih tidur bilik sendiri siang hari.
Temankan dia terlebih dahulu dan bqcakan buku cerita yg memberi manfaat kepada mereka.
Lakukan sekerap boleh.
Cara ini dapat membantu membiasakan mereka.
Gunakan sistem reward.
Seperti beli stiker atau pelekat bergambar dan lekatkan dipapan khusus untuk tunjuk berapa kali dalam seminggun anak2 tidur pada waktu yg ditetapka.
Biasakan dari awal.
Bila anak datang bilik ibubapa bawa kembali kebilik mereka.
Perlu bersabar dan pimpin anak2 setiap kali keluarmasuk bilik tidur ibubapa.
Tidurkan kembali anak2 dibilik mereka.
Wujudkan suasana selesa.
Selidiki rutin dan suasana tidur kesukaan anak.
Berikan alatan yang buatkan mereka rasa selamat denganya.
Kalu suka bantal peluk belikannya.
Sediakan pencahayaan dan lampu tidur yg bersesuain untuk anak2.
Baca doa pelindung
3 qul
Rangsang minda sapara sedar anak semasa anak tidur.
Bisikan ditelinga anak agar jadi anak yg dapat berdikari dan tidur sendiri
Menasihati anak2 ketika waktu begini secara istiqamah sangat berkesan.
Ibu ayah boleh cuba.
K206.Kalau Nak Anak Tidur Jam 9 Malam, Tak Boleh Ubah-Ubah Jadual! Tidur Lewat Jejaskan Perkembangan Anak.
Apabila anak-anak sudah dididik sejak kecil tidur awal akan memudahkan ibu bapa kelak apabila anak kena bangun pagi untuk ke tadika. Memang masalah anak-anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa. Apabila anak tidur lewat berjaga maka akan sukar untuk bangun pagi.
Jumlah purata jam yang diperlukan untukna kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam dan tempoh tidur ini membantu pertumbuhan tubuh anak-anak.
Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga.
Ibu bapa akan berasa stress jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Esok anak-anak kena bangun pagi nak ke tadika. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur dan seharusnya anak-anak dibiasakan tidur awal sejak kecil lagi.
Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah memberi kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.
1.Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
2.Tidak ikut permintaan anak.
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
2.Tegas.
Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur.
3.Beri pujian.
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.
4.Baca buku.
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
5.Tutup televisyen.
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan