K455.Zip Mulut Ibu Ayah Jangan Keluar Kata Nakal Bila Marah Anak. Semua Tu Doa!
Mendidik dan membesarkan anak-anak satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.
Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.
Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Selain itu, ibu bapa seeloknya jangan mengeluarkan perkataan NAKAL jika geram atau nak marah sekalipun dengan anak. Perkataan ini sebenarnya pantang untuk anak-anak. Begitu juga kata DEGIL atau TAK DENGAR KATA.
Mungkin tujuan ibu bapa bercakap begitu kerana geram dan tiada niat namun ia sebenarnya doa yang tak disengajakan dan kesannya sangat tak elok untuk seseorang anak.
Perkongsian dari Dr Redza Zainol yang juga doktor pediatrik dan penulis ilmu keibubapaan ini menjelaskan kenapa ibu bapa kena kunci atau buang perkataan tak elok dari keluar melalui mulut.
Kanak-kanak kecil tak faham konsep “Nakal”. Perkara “nakal” yang anak buat tu sebenarnya mereka buat tanpa niat. Bagi anak kecil, mereka cuma nak meneroka dunia sekeliling.
Jika mak ayah nak anak lebih mendengar arahan kita?
Elakkan guna perkataan abstrak terutamanya pada anak umur 5 tahun ke bawah. Contohnya :
“Along jangan nakal ye kalau kita pergi ke rumah pakcik.”
Guna perkataan yang RINGKAS dan JELAS ketika berikan arahan. Contohnya :
“Along duduk dan jangan masuk ke bilik orang ye kalau pergi ke rumah pakcik.”
Arahan yang jelas dan ringkas lebih difahami anak daripada arahan yang banyak dan abstrak.
Mak ayah boleh beritahu secara jelas apa yang kita SUKA dan apa yang kita TAK SUKA, sebelum anak buat perkara yang kita tak suka.
Bila anak buat perkara yang positif dan baik, ambil peluang untuk terus puji anak. Jangan bertangguh.
Anak akan jadi gembira sebab dia tahu kita sedang beri perhatian. Dia akan bersemangat untuk buat lagi perkara yang baik.
Walaupun anak belum pandai bercakap, kita boleh cakap pada anak dengan baik tentang perkara salah yang dibuat.
Bagus untuk anak kenal konsep BETUL dan SALAH sejak kecil.
Saya paling sedih di hospital bila mak ayah guna perkataan MALAS dan NAKAL untuk gambarkan perangai anak sendiri.
Sudah-sudah la ya. Sama-sama kita belajar yang anak kita tak nakal dan bukan pemalas.
Bantu saya sebarkan pada mak ayah yang lain. Penting sangat untuk bangunkan emosi dan keyakinan anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan