Sabtu, November 28, 2020

Tafsir asas quran nota 9(175)11

Tafsir asas quran nota 9(175)11

Antara contoh bagi bab ini ialah hadits yang diriwayatkan oleh Ahmad, at-Thabaraani dan lain-lain daripada Ibnu "Abbaas, kata beliau: "Pernah Rasulullah s.a.w" duduk di
bawah naungan rumahnya, tiba-tiba Baginda bersabda "Nanti akan datang kepadamu orang yang akan melihatmu dengan dua mata syaitan. Bila ia datang, jangan kamu
bercakap dengannya. Tidak lama kemudian datanglah seorang lelaki yang biru warna dua matanya. Rasulullah s.a.w terus memanggilnya dan bertanya , "Kenapa engkau dan kawan-kawanmu mencerca aku?" Orang itu pergi lalu membawa datang kawan-kawannya. Mereka lantas bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak berkata begitu, sehingga akhirnya Nabi s.a"w" mema'afkan mereka. Maka Allah menurunkan firmanNya:

At-Taubah 9:74
يَحْلِفُونَ بِٱللَّهِ مَا قَالُوا۟ وَلَقَدْ قَالُوا۟ كَلِمَةَ ٱلْكُفْرِ وَكَفَرُوا۟ بَعْدَ إِسْلَٰمِهِمْ وَهَمُّوا۟ بِمَا لَمْ يَنَالُوا۟ۚ وَمَا نَقَمُوٓا۟ إِلَّآ أَنْ أَغْنَىٰهُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ مِن فَضْلِهِۦۚ فَإِن يَتُوبُوا۟ يَكُ خَيْرًا لَّهُمْۖ وَإِن يَتَوَلَّوْا۟ يُعَذِّبْهُمُ ٱللَّهُ عَذَابًا أَلِيمًا فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِۚ وَمَا لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مِن وَلِىٍّ وَلَا نَصِيرٍ 
Bermaksud: Mereka bersumpah dengan nama Allah, batrawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu) dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah
Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan dan jika mereka berpaling
(ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya didunia dan di akhirat dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akanmenjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong. (at-Taubah:74). 
(Hadits riwayat at-Thabaraani, Ahmad dan al-Maqdisi di datram al-Ahaaditsul Mukhtaratr).

Ahmad, at-Thabaraani dan al-Haakim juga mengemukakan hadits di atas, tetapi ayat al-Qur'an yang disebut mereka sebagai diturunkan kerananya bukanlah ayat 74 Surah at-
Taubah, sebaliknya dua ayat berikut:

175

Tiada ulasan:

Catat Ulasan