Selasa, Disember 08, 2020

K470.Setiap Hari Anak-Anak Berebut Nak Ibu Doakan Mereka, Rupanya Ini Rahsia Yang Ibu Buat.

K470.Setiap Hari Anak-Anak Berebut Nak Ibu Doakan Mereka, Rupanya Ini Rahsia Yang Ibu Buat.

Anak-anak memang lumrah sukakan perhatian daripada papa dan mama. Ketika mereka sedang membesarlah saat paling sesuai untuk papa dan mama mengajar mereka tentang adab dan peribadi yang baik.

Jangan lupa untuk sentiasa mendoakan anak, jadikan amalan dan lakukan dihadapanya agar kelak dia membesar menjadi manusia yang sentiasa memohon daripada-Nya.

Berebut-rebut la tangan ibu ni nak letak pada ubun-ubun dorang. Tersenyum-senyum la ibu melihat keletah dua beradik ni.

Alhamdulillah hampir setahun ibu amalkan, dan nampak perubahan anak-anak ibu.

Sebagai ibu, jangan sia siakan peluang yang Allah bagi. Doa setiap masa, doa tanpa henti, cakap yang baik-baik.

Doa ibu .
Amin Ya Allah Ya Mujib
=================================
Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan Asmaul Husna.

Ya Fattah
Ya Alim
Ya Nur
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Hafiz
Ya Muhaimin


YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI ( sebut nama penuh anak) DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.


0020.Doa untuk keturunan.


١.رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ 
وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
[البقرة :128]

2. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. [QS 2:128]


٢.رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ 
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.Ibrahim 14:40



٣.رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
[الفرقان :74]
32. Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [QS 25:74]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan