Rabu, Disember 09, 2020

K472.“Biar Anak Belajar Dari Mainan Dia” Dr Izzar Saran Mak Ayah Lebihkan Masa Main Dengan Anak!

K472.“Biar Anak Belajar Dari Mainan Dia” Dr Izzar Saran Mak Ayah Lebihkan Masa Main Dengan Anak!

Ada sesetengah ibu bapa berpendapat membelikan anak mainan dianggap sebagai satu pembaziran malah turut membuatkan rumah bersepah. Itu pendapat sesetengah orang. Namun hakikatnya mainan biar pun kecil saiznya, ia memberi begitu banyak kebaikan pada anak kecil kita. Bukanlah hanya bermain semata-mata.

Menerusi instagram miliknya, Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera turut berkongsi mengenai kelebihan anak-anak bermain dengan mainannya sendiri berbanding menghabiskan masa dengan gajet atau juga menonton televisyen yang sememangnya kurang baik untuk perkembangan anak kecil kita.

Malah katanya lagi bermain dengan mainan sebenarnya dapat melatih anak berfikir sambil bermain.
.“Sekarang ni anak-anak menghabiskan masa mereka di rumah sahaja. Yela, semua pusat asuhan dan sekolah semuanya ditutup. So, ibu bapa di rumah mungkin cenderung untuk memberi gajet (phone) atau tv untuk melayan anak-anak.

“Kalau diberi je anak ‘screen time’ tak terkawal ni, anak-anak mungkin boleh lambat perkembangannya (bercakap, bersosial), atau boleh mendapat masalah mental, ADHD, Autism, dan macam-macam lagi.
.“Bagi saya, adalah penting untuk ibu bapa memberi permainan yang mendidik (educational toys) dan juga membuatkan anak-anak berfikir sambil bermain. Bukannya sekadar mainan semata-mata sahaja. Kita pilihlah mainan yang kena atau sesuai dengan minat anak tu,” katanya berkongsi.

Malah bapa penyayang ini turut sama melakukan hal yang sama kepada anaknya, Ayra. Kata Dr Izzar lagi Ayra cukup gemar main masak-masak dan bagi menggalakkan Ayra lebih tertarik, dia dan isterinya turut membelikan set lengkap memasak bagi mendorong minatnya.

“Macam yang Ayra tengah main Toy Kitchen ni. Ayra memang suka main masak-masak dan pink pula warna kegemaran dia. Tu saya pilih mainan ni. Dia akan kacau-kacau periuk tu dengan senduk, tak pun letak barang-barang dalam peti ais mainan, dan letak barang dalam dishwasher.

“Semua tu dia fikir sendiri tanpa saya suruh. Dia belajar sendiri dari apa yang kita buat dalam kehidupan sebenar cuma Ayra tak dapat nak main dengan dapur periuk n peti ais sebenar sebab merbahaya la kan,” katanya lagi yang seronok melihat perkembangan anaknya
.Dalam pada itu kata Dr Izzar lagi, bukan hanya Ayra bahkan dia dan isteri turut sama bermain bagi menggalakkan minat dan bonding bersama anak. Barulah hubungan kekeluargaan makin erat.


.“Jadi, bolehla dia main Toy Kitchen ni dengan selamat. Isteri dan saya pun ikut sekali bermain dengan Ayra tu. Layan dia. Dia suap makanan dan air dan kitorang pun tolong-tolong Ayra memasak. Baru anak semangat nak main. Yang lawaknya, Ayra siap letak buah epal betul dalam microwave toy tu. Nak masak katanya,” kongsi Dr Izzar lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati ibu bapa agar bijak memilih jenis permainan untuk anak-anak.

“Pilihlah education toys yang sesuai untuk anak masing-masing. Kenal pasti minat anak masing-masing.

“Ibu bapa patut tahu kan. Semoga ibu bapa semua diberi kesabaran dan kekuatan untuk melayan anak-anak semasa pandemic COVID-19 ini. Stay safe ya dan duduk dirumah je,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan