Jumaat, Disember 25, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 164

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 164


___________________________________________________________
iman. Sebagai contohnya lihatlah firman Allah ini 
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh .
Ini menunjukan kelainan hakikat iman dan amal saleh itu.
Kalau tidak , akan berlakulah pengulangan ma'thuf  yang sia-sia.
Padahal qeadah nahu menyebut  العطف يقتضي المغايرة (athaf memberi erti  hakikat ma'thuf dan ma'thuf'alaih adalah berbeza dan berlainan .

(5) Firman  Allah di dalam al-Quran  menegaskan iman boleh berada bersama perbuatan  yang bukan merupakan amal saleh  atau lawan amal saleh. Lihat firman ini 
وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱقْتَتَلُوا۟
Bermaksud: dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang, (al-Hujuraat:9).

Sedangkan logik menghukum bahawa sesuatu tidak boleh berada bersama lawan juzu'nya. Tetapi jelas tersebut di dalam ayat di atas bahawa iman boleh berada bersama lawan amal saleh iaitu berperang. Maka dengan sendirinya ia menunjukkan amal bukan juzu' (sebahagian daripada) imam 

(6) Iman merupakan syarat untuk sahnya sesuatu amal saleh. Hakikat ini dapat dilihat di dalam dua firman Allah berikut ini sebagai contohnya:

Al-Anbiya 21:94
فَمَن يَعْمَلْ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا كُفْرَانَ لِسَعْيِهِۦ وَإِنَّا لَهُۥ كَٰتِبُونَ 
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, tidaklah disiasiakan (amal) usahanya itu; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya. (al-Ambiyaa':94).


Al-Anfal 8:1
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْأَنفَالِۖ قُلِ ٱلْأَنفَالُ لِلَّهِ وَٱلرَّسُولِۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَصْلِحُوا۟ ذَاتَ بَيْنِكُمْۖ وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 
Bermaksud: bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika benar kamu orang-orang yang beriman. (alAnfaal:1). 

Sedia dimaklumi bahawa syarat sesuatu bukan sebahagian daripada hakikatnya شرط الشيء يكون خارجا عن ماهيته

(7) Setiap kali hendak menyuruh hamba-hambaNya mengerjakan sesuatu amal ketaatan, Allah akan menyeru mereka dengan sifat iman. Lihatlah misalnya Allah berfirman: يأيها الذين آممنوا(wahai orang-orang yang beriman) di permulaan ayat-ayat yang memerintahkan hamba- hambaNya bersembahyang, berpuasa, berwudhu' dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan amalan itu sendiri tidak termasuk dalam mafhum iman. Kalau tidak, apakah ertinya memerintah atau menyuruh supaya beramal secara berasingan setelah mereka disifatkan dengan beriman?! 

(8) Di dalam hadits Jibril tersebut pertanyaannya ما الإيمان. Apa itu iman?
Bukankah jawapan Rasulullah s.a.w. kepadanya ialah: 
أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الأخروتؤمن بالقدره وشره
(Engkau percaya kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya dan hari kemudian, di samping engkau percaya juga kepada taqdir (ketentuan Allah), baik dan buruknya)." 

Apa yang terkandung di dalam jawapan ini semuanya berkaitan dengan kepercayaan yang merupakan perbuatan hati semata-mata. Tidak ada satu pun daripadanya yang berkait dengan amal atau perbuatan anggota badan.

(9) Menerusi ayat berikut Allah memerintahkan orang-orang mu'min supaya bertaubat:

At-Tahrim 66:8

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya. (at-Tahrim:8). 

Ia secara tidak langsung menunjukkan iman dan masshiat dapat berkumpul bersama. Kerana tidak ada ertinya perintah bertaubat, sekiranya orang-orang musmin itu tidak ada langsung melakukan ma'shiat. Hakikat ma'shiat ialah melakukan sesuatu perkara bercanggah dengan ketentuan agama. Dengan itu iman boleh ada, walaupun tidak ada amal yang baik bersamanya. Secara tidak langsung ia membuktikan amal bukan juzu' (bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada) iman. 

(10) Rasulullah s.a.w. pernah mengesahkan iman


164

Tiada ulasan:

Catat Ulasan