Sahih bukhari kitab iman sesi 01 165
___________________________________________________________
seorang hamba wanita dengan adanya tashdiq (dengan hati sebagai komponen utama iman) dan iqrar (mengaku dengan lidah sebagai komponen keduanya) sahaja tanpa ada juzu' (komponen) ketiganya iaitu amal dengan anggota Jil badan. Lihat haditsnya:
أنَّ رجلًا من الأنصارِ جاء إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم بجاريةٍ له سوداءَ فقال : يا رسولَ اللهِ إنَّ عليَّ رقبةً مؤمنةً أفأعتق هذه فقال لها رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : أتشهدين أن لا إلهَ إلَّا اللهُ ؟ قالت : نعم ، قال : أتشهدين أنَّ محمَّدًا رسولُ اللهِ ؟ قالت : نعم ، قال أتؤمنين بالبعثِ ؟ قالت : نعم ، قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم أعتِقْها
Bermaksud: Sesungguhnya ada seorang lelaki Anshaar datang menemui Rasulullah s.a.w. sambil membawa bersamanya seorang hamba perempuan yang hitam (warna kulitnya). Lelaki itu bertanya: "Wahai Rasulallah! Saya kena merdekakan seorang hamba yang beriman. Bolehkah saya memerdekakan dia ini?" Rasulullah s.a.w. lantas bertanya: "Adakah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah?" Jawab hamba perempuan itu," Ya." Rasulullah s.a.w. terus bertanya. "Adakah engkau bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah?" Jawab perempuan itu, "Ya." Rasulullah s.a.w. seterusnya bertanya: "Adakah engkau percaya kepada kebangkitan sesudah mati?" Jawab perempuan itu, "Ya." Maka Baginda s.a.w. bersabda: "Merdekakanlah dia."
(Malik di dalam Muwatha'nya, Ahmad, 'Abdur Razzaaq, Ibnu al-Jaarud, at-Thabaraani dan lain-lain).
Hadits ini jelas menunjukkan amal bukanlah komponen yang tidak dapat dipisahkan sama sekali dari iman. Kerana itulah Rasulullah s.a,w. langsung tidak bertanya tentangnya.
Iman menurut Murji'ah tidak lebih daripada nama kepada membenarkan agama Islam dengan hati (تصديق بالجنان) semata-mata. Pengakuan dengan lidah (إقرار بالسان) dan عمل بالأركان (melakukan suruhan agama dengan anggota badan) bagi mereka bukan syarat dan dan bukan juga juzu' iman. Cogan kata mereka ialah
لا تضر مع الإيمان معصية كمالا تنفع الطاعة مع الكفر
(Tidak mengapa melakukan ma'shiat kalau beriman. Tidak berguna keta'atan kalau ia dilakukan dalam kekufuran).
إن المؤمن وإن عصى لا يدخل النار
(Sesungguhnya orang mu'min tidak akan masuk neraka walaupun ia melakukan ma'shiat).
Firqah (aliran) Jahmiyyah pula berpendapat, iman adalah nama kepada ilmu dan pengetahuan( معرفة) tentang agama Islam. Apabila seseorang mengetahui Islam adalah benar dan ia adalah agama Allah, itu bererti mereka sudah pun beriman. Iman mereka bahkan sudah sempurna!
Golongan Khawarij berpendapat, iman adalah gabungan tiga rukun berikut: التصديق بالجنان(menerima atau membenarkan dengan hati),العمل بالأركان (melakukan suruhan agama dengan anggota badan) dan الإقرار باللسان(mengaku dengan lidah). Oleh kerana mereka menganggap (العل بالأركان) sebagai juzu' hakiki (komponen sebenar) dan asas iman yang tidak dapat dipisahkan, mereka menghukum kafir terhadap orang yang meninggalkannya. Orang yang melakukan dosa besar bahkan akan kekal di dalam neraka menurut mereka. Golongan Mustazilah juga mempercayai iman adalah gabungan tiga rukun tersebut, tetapi seseorang yang tidak mengamalkan amalan agama, tidaklah sampai menjadi kafir. la bagaimanapun telah terkeluar dari sempadan iman. Kedudukan orang-orang yang tidak mengamalkan perintah agama bagi mereka adalah di antara sempadan iman dan sempadan kekufuran ( منزلة بين المنز لتين).
Sebenarnya latar belakang semasa merupakan salah satu faktor penting yang melahirkan perbezaan pendapat di antara dua golongan Ahli as-Sunnah wa alJamaah yang tersebut tadi. Kewujudan gelombang Murji'ah dan Jahmiyyah telah mendorong golongan pertama bertegas mengatakan 'amal bil arkaan sebagai juzu' iman. Walaupun pada hakikatnya 'amal bil arkaan itu di sisi mereka tidak lebih daripada juzu' penyempurna atau juzu mukammil sahaja. Ini kerana golongan Murji'ah percaya amal sama ada baik atau buruk tidak memberi apa-apa kesan kepada iman seseorang. Menerima agama Islam sebagai agama yang benar di dalam hati sahaja sudah memadai untuk dianggap seseorang itu mu'min yang pasti akan
165
Tiada ulasan:
Catat Ulasan