Rabu, Disember 02, 2020

Tafsir asas quran nota 9(179)11

Tafsir asas quran nota 9(179)11

kadang-kadang menyebutkan sesuatu kisah atau peristiwa semata-mata kerana ada sedikit sahaja perkaitan dan kesesuaiannya dengan ayat-ayat tertentu.

Berkata al-Imam as-Shah Waliyyullah ad-Dihliwi r.a: Para ulama hadits banyak sekali menyebutkan perkara-perkara yang sebenarnya bukan merupakan sebab nuzul bagi ayat al-Qur'an. Ia tidak lebih daripada 
(i) Istisyhad (dalil yang dikemukakan) para sahabat
dalam perbincangan dan perdebatan mereka. 
(ii) Contoh yang diberi atau perumpamaan  yang dibuat mereka. 
(iii) Sebagai dalil penguat bagi percakapannya semata-mata. 
(iv)Meriwayatkan hadits yang bertepatan maksudnya dengan maksud ayat al-Qur'an. 
(v)Penentuan tempat turun ayat. 
(vi) Penentuan nama-nama orang yang tersebut di dalam
ayat secara samar dan tidak jelas" 
(vii) Menyatakan cara-cara menyebut perkataan yang
tersebut di dalam ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu. 
(viii) Menyatakan kelebihan surah-surah dan ayat'ayat tertentu. 
(ix) Menyatakan cara-cara bagaimana mengamal dan
mempraktikkan perintah Allah di dalam al-Qur'an. Semua itu pada hakikatnya bukanlah merupakan sebab turun ayat-ayat yang sebenar. (Lihat al-Fauzul Kabir m/s 6l).

(2) Adakah umum lafaz yang diambil kira atau khusus sebabnya? Pandangan para ulama' usul berbeza-beza dalam masalah ini. Mereka terbahagi kepada tiga golongan.
(i)Golongan jumhur. Mereka berpendapat yang diambil kira ialah umum lafaz. 
(ii) Yang diambil kira ialah khusus sebabnya. 
(iii) Perlukan perincian.

Secara ringkasnya dapatlah dikatakan ayat-ayat yang diturunkan berhubung dengan sesuatu peristiwa dan ada sebabnya terbahagi daripada segi umum dan khususnya kepada empat bahagian berikut:
(i) Ayat-ayat yang turun khusus berkenaan dengan orang tertentu. Namanya bahkan disebutkan. Ayat-ayat seperti ini berdasarkan ijma'  ulama' memang khusus dengan
orang berkenaan. Ia tidak melarat kepada orang-orang lain. Contohnya ialah firman Allah ini:
Bermaksud: Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama (al-Masad:1).

Al-Masad 111:1
تَبَّتْ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ وَتَبَّ 
Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia!



179

Tiada ulasan:

Catat Ulasan