Tafsir asas quran nota 9(185)12
Dalil berupa nas-nas tersebut menunjukkan dan menjelaskan memang berlaku perubahan dan
pertukaran dalam hukum yang diturunkan dari masa ke semasa. oleh itu perkataan badal dan nasakh dalam ayat tersebut membawa maksud: penghapusan dan pertukaran.
Justeru itu' jumhur 'ulama' muta'akklririn berpendapat bahawa konsep nasikh dan mansukh dalam bab hukum-hakam adalah harus berlaku. Tambahan pula, konsep kenabian dan kerasulan Muhamad diutuskan untuk menasakhkan sebahagian syari'at nabi sebelumnya.
Di bawah ini dikemukakan beberapa contoh ayat yang menunjukkan berlakunya nasakh dan pertukaran dalam hukum, antaranya ialah:mFirman Allah mengenai perubahan masa 'iddah perempuan yang kematian suami. Sebagaimana firman Allah:
Al-Baqarah 2:240
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَٰجًا وَصِيَّةً لِّأَزْوَٰجِهِم مَّتَٰعًا إِلَى ٱلْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِى مَا فَعَلْنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Bermaksud: Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri' hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka
tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang maaruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah:240).
Ayat di atas telah dinasakhkan (dimansukhkan) oleh ayat berikut:
Al-Baqarah 2:234
وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَٰجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًاۖ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِىٓ أَنفُسِهِنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
234.orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari.Kemudian apabila telah habis "iddahnya. maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kami perbuat.
185
Tiada ulasan:
Catat Ulasan