Jumaat, Januari 29, 2021

Daurah tafsir 2016 sesi 157 Al-Jasiah 1-26s

Daurah tafsir 2016 sesi 157 Al-Jasiah 1-26s
045.Surah Al Jasiyah

Kesamaran dlm tauhid istianah.
Orang yg telah mati tidak boleh mendengar kecuali allah yg bagi tau untuk didengar.
Makna bersandar hanya kepada qudrat.ini kekeliruan.
Orang mati tidak boleh mendengar adalah jelas dari banyak ayat quran.
Hadis yang khabar wahid yg bg tau orang mati boleh dengar  bercanggah dgn quran tidak boleh diterima.
-Nabi saw bercakap dengan orang telah mati.
Umar tanya ,nabi saw ,orang mati boleh dengar ?sebab Umar sudah tahu orang mati tak boleh dengar
Aisyah kata bukan dengar tapi tahu.bezaoan antara tahu dan dengar.
Atau mungkin mukjizat dan mukjizat bukan akan jadi sentiasa.
Dalam surah ini jawab dan bagi tau bahawa orang yg mati tidak dengar bila orang hidup seru orang mati.
Ayat manakah yang bagintahunorang mati boleh dengar cakap orang hidup?Tiada dalam quran dan hadis.

Ayat 18,
Da'wa surah al jasiyah

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٍ مِنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap,agong ,jelas dengan dalil dan bukti jadi tak perlu kepada syariat yang lain) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu,  dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

👉Bukan makna zaman ثُمَّ,hakikat sebenar ia  hanya susunan dalam quran.

Mana ayat quran yg bagi tahu ,Alah bg tahu orang mati dengar bila diseru?
Iaitu syariat sudah jelas.orangbyang mati tidak akan dapat dengar apa yang orang hidup cakap.
-dalilnya tiada.
- hanya dalil minat boleh yanh dikatakan nafsu أَهْوَاءَ jika mengabaikan syariat yang telah ditetapkan.
-agama adalah sesuatu yang mempunyai dalil yang jelas
- celek alquran adalah faham alquran.

-syariat  شَرِيعَةٍ adalah pegangan (bagaimana nak percaya)dan cara hidup (bagaimana  nak buat)
Cara hidup dengan Allah dipanggil Ibadah.
Cara hidup dengan hamba Allah yang lain dipanggil adat.

Hamiyah ke6
Mudah2an keraguan kesamaran biasa ada dlm berdoa bila habis belajar surah hamim yg ke7nanti akan hilang.
Minit 16

Ayat 1
حم
Haa, Miim.

Ayat 2
تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ 
الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

Turunnya Al-Quran ini, 
dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉

Ayat 3
إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ 
لَآيَاتٍ لِلْمُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
👉Dalil aqli
Dalil dan bukti qudrat allah.

Ayat 4
وَفِي خَلْقِكُمْ 
وَمَا يَبُثُّ 
مِنْ دَابَّةٍ 
آيَاتٌ 
لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Dan pada kejadian diri kamu sendiri, 
serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, 
terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
👉

Ayat 5
وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ 
وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ 
مِنْ رِزْقٍ 
فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ 
بَعْدَ مَوْتِهَا 
وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ 
آيَاتٌ 
لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit,
lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, 
serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) 
tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) 
bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.
👉orang guna aqal untuk tengok qudrat يَعْقِلُونَ
Untuk yakin ,untuk faham dan untuk beriman ,semuanya orang yg sama dgn يَعْقِلُونَ


Ayat 6
تِلْكَ آيَاتُ اللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّ ۖ 
فَبِأَيِّ حَدِيثٍ 
بَعْدَ اللَّهِ وَآيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ

Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; 
maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, 
sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
👉Takhwif duniawi
Apa yg allah buat diluar sana dan juga apa yg allah bg tau  dlm quran,untuk kenal allah.

Ayat 7
وَيْلٌ 
لِكُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

Kecelakaanlah
bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, -
👉Zajrun dan takhwif ukhrowi.
Jika tak mahu dengar,akibatnya diakhirat nanti.
Membohongi أَفَّاكٍ

Ayat 8
يَسْمَعُ آيَاتِ اللَّه
ِتُتْلَىٰ عَلَيْهِ 
ثُمَّ يُصِرُّ مُسْتَكْبِرًا 
كَأَنْ لَمْ يَسْمَعْهَا ۖ 
فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, 
kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), 
seolah-olah ia tidak mendengarnya; 
oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉golongan yg dengar tapi tak mahu pakai.
Teguran pertama

Ayat 9
وَإِذَا عَلِمَ مِنْ آيَاتِنَا شَيْئًا 
اتَّخَذَهَا هُزُوًا ۚ 
أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, 
ia menjadikannya ejek-ejekan; 
mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.
👉Teguran ke2
Jadikan ayat persendaan اتَّخَذَهَا هُزُوًاbuat main2.


Ayat 10
مِنْ وَرَائِهِمْ جَهَنَّمُ ۖ 
وَلَا يُغْنِي عَنْهُمْ مَا كَسَبُوا شَيْئًا 
وَلَا مَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ ۖ 
وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada neraka Jahannam (yang disediakan untuk mereka), 
dan apa jua yang mereka usahakan, 
tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, 
tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; 
dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar.
👉Penerangan مِنْuntuk عَذَابٌ مُهِينٌ
Amalan baik ْ مَاseperti buat baik kepada ibu bapa,batu orang miskin atau amalan yg masyarakat kata baik.

Ayat 11
هَٰذَا هُدًى ۖ 
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ 
لَهُمْ عَذَابٌ مِنْ رِجْزٍ أَلِيمٌ

Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, 
mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Ilmu petunjuk هَٰذَا هُدًى
Jalalain kata هَٰذَاini quran.
Takhwif ukhrowi.

Ayat 12 
اللَّهُ الَّذِي سَخَّرَ لَكُمُ الْبَحْرَ 
لِتَجْرِيَ الْفُلْكُ فِيهِ 
بِأَمْرِهِ 
وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ 
وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya 
dengan perintahNya, 
dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.
👉dalil aqli.
Berniaga guna laut.
Laut adalah alat perniagaan yg sangat besar.
Allah adakan laut tu penting untuk perniagaan.
Juga ada bermacam rezeki seperti ikan.


Ayat 13
وَسَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ 
جَمِيعًا مِنْهُ ۚ 
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ 
لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, 
(sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.
👉


Ayat 14
قُلْ لِلَّذِينَ آمَنُوا 
يَغْفِرُوا لِلَّذِينَ لَا يَرْجُونَ أَيَّامَ اللَّهِ 
لِيَجْزِيَ قَوْمًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: 
hendaklah mereka memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; 
(disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan.
👉Takhwif duniawi.
Jgn buat tindakan yg gopoh pada orang yg melawan dakwah.
Perang mesti ada khalifah.
Secara Personal ,negeri dan negara tidak boleh.
Allah suruh biarkan ,nanti allah sendiri akan balas.

Ayat 15
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ 
وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۖ 
ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

(Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; 
dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; 
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.
👉Masing2 fikir untuk rebut peluang memperbanyakan amal soleh.


Ayat 16
وَلَقَدْ آتَيْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ 
وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ 
وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; 
dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, 
serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya.
👉Dalil aqli.
Cuma allah adakan cerita nabi musa bani musa
Qibti kafir asli
Bani israel orang islam
Cukup baik untuk belajar dari kisah mereka.
Rezeki yg baik2,yg biasa pun  dan luar biasa pun ada.
Isteri jabir tak risau bila nabi panggil.

Ayat 17
وَآتَيْنَاهُمْ بَيِّنَاتٍ مِنَ الْأَمْرِ ۖ 
فَمَا اخْتَلَفُوا 
إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ 
بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ 
إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ 
فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara ugama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara ugama itu) 
melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) 
kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.
👉Zalim kerana dengki بَغْيًاyg boleh meranapkan imam,punca tak mahu mengalah.
Sanggup tak terima wahyu kerana dengki.
Nak jadi tuan ,jadi tak sanggup ikut wahyu
Dengki tak ingin orang lain lebih dari kita.
Zalim dengki ilmiah.

Ayat 18
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٍ مِنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا 
وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; 
maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
👉

Ayat 19
إِنَّهُمْ لَنْ يُغْنُوا عَنْكَ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ۚ 
وَإِنَّ الظَّالِمِينَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۖ 
وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُتَّقِينَ

Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); 
dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); 
dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).
👉Hawa nafsu =minat.tiada dlm ajaran.
Buat dan kata itu syariat pula ,ini salah.

Ayat 20
هَٰذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ 
وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, 
dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
👉Quran هَٰذَا
Perkara sebenar dan bolh diterima بَصَائِرُ
Sumber ilmu وَهُدًىdan rahmat bila diamalkan.

Ayat 21
أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ 
أَنْ نَجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ 
سَوَاءً مَحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ ۚ 
سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? 
Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.
👉Zajrun
Menyamakan dunia dgn akhirat.
Tak mahu ubah dgn tidak memperdulikan ajaran wahyu

Ayat 22
وَخَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ 
وَلِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ 
وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), 
dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), 
sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
👉Dalil aqli yg ke2

Ayat 23
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ 
وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ 
وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ 
وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً 
فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ ۚ 
أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, 
dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), 
dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? 
Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
👉Dalil, boleh meninggalkan syariat tuhan kerana minat atau hawa nafsu.
Semua tahu,tapi ikut nafsu juga.
Boleh faham dan dengar, tapi tak boleh terima .

Ayat 24
وَقَالُوا مَا هِيَ 
إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا 
نَمُوتُ وَنَحْيَا 
وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ ۚ 
وَمَا لَهُمْ بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ ۖ 
إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. 
Kita mati dan kita hidup (silih berganti); 
dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". 
Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.
👉Syikayah.
Allah bg tahu perkataan bodoh mereka.

Ayat 25
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا 
بَيِّنَاتٍ 
مَا كَانَ حُجَّتَهُمْ 
إِلَّا أَنْ قَالُوا 
ائْتُوا بِآبَائِنَا 
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata (mengenai soal hidup semula sesudah mati), 
tidaklah ada hujah mereka (untuk menolak kebenarannya) 
selain daripada berkata: "Bawakanlah datuk nenek kami (hidup semula) 
kalau betul kami orang-orang yang benar!"
👉Syikayah ke2

Ayat 26
قُلِ اللَّهُ يُحْيِيكُمْ 
ثُمَّ يُمِيتُكُمْ 
ثُمَّ يَجْمَعُكُمْ 
إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ 
لَا رَيْبَ فِيهِ 
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menghidupkan kamu, 
kemudian Ia akan mematikan kamu, 
setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; 
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)".
👉Jawab syikayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan